Mungkin Anak Lelaki;
- Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit. - My baby 145/min denyutan jantung dia.
- Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”. - Kalau tengok perut macam lonjong je.
- Perut anda “rendah”. - Tak rendah.Rasa macam sebiji bola depan perut.
- Anda sangat berseri-seri ketika hamil.- Tak pasti.Kena tanya orang.Hee ;p
- Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan.- Ada tapi kurang.
- Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri.- Rahsia!
- Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar. - Tak cuba lagi.
- Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging.- Tak suka.Suka makan manis-manis je.
- Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.-Ikut cuaca,sekarang panas!
- Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing. - Tak cuba lagi
- Kulit anda menjadi kering.- Sangat-sangat kering
- Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap.- Salah.Jadi nombor ganjil.
- Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.- Berkilat sungguh.Cantik pulak tu.haha
- Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.- Ye betul
- Anda lebih mudah diserang sakit kepala.- Sekali je pernah sakit kepala.Tu pun sebab kena hujan.
- Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur.- Tak pasti
- Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah.- Salah.Apa-apa pun memang suka tayang tapak tangan dulu.
- Anda tidur mengiring ke kiri.- Suka tidur arah kanan.Sebab kiri tak best,rasa benda tergantung dan boleh mimpi hantu kalau tidur belah kiri.
- Air kencing anda berwarna kuning cerah.- Selamanya kuning sejak awal-awal pregnant.
- Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu.-Tak pasti
- Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.- Tak pasti
- Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”.- Sekarang pregnant anak 1st
- Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.- Sekarang pregnant anak 1st
- Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.- My baby 145/min.hihi
- Perut anda bulat.- Agak bulat macam bola.
- Perut anda “tinggi”. - Tak pun!
- Muka anda tidak berseri-seri.- Selalunya memang tak berseri.
- Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.- Mabuk datang minggu ke 13.
- Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan.- Rahsia
- Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang.- Tak cuba lagi
- Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.- Memang suka manis!
- Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.-Tak cuba lagi
- Kulit anda lembut.-Kasar dan kering
- Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa.-Memang selalu badmood.
- Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas.-Selalu
- Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku.-Tak pasti
- Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.-Tak pasti
- Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil.-Ye,ganjil
- Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil.-Tak,rambut makin lebat
- Anda tidur mengiring ke kanan.-Ye
- Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.-Tak pasti
- Air kencing anda berwarna kuning samar.-Yang penting,memang kuning
- Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”.-Sekarang pregnant anak 1st
4 comments:
whoaa..nice sharing ni kak.. :)
salam kenal dari saya admin beritaKaki :P
@Berita Kaki
Tq singgah.. :)
sama2 kak.. :)
sama2 rakan blogger..saya support saja
@Berita Kaki
Bagus2..Sama2 support! ;)
Post a Comment