Friday, May 24, 2013

Kisah Anakku Part 1

Satu kisah yang aku tak pasti nak menangis atau buat biasa-biasa.

Tentang hati ibu.Aku baru tau,dan aku baru merasa rasa sedih tu.

13 Mei 2013

Aku datang ke klinik swasta dengan satu harapan.Nak tengok baby ni boboy ke gegirl.Lagi pun ramai orang kata,klinik tu bagus.Klinik Faizah,klinik pujaan semua orang.Tapi ni la first time aku ke situ.Aku datang lepas aku meeting projek Master dengan supervisor.Jarak tempat aku buat research ke klinik dalam 20km+.Aku dah buat appointment dengan klinik untuk datang scan.Masa tu dah week ke-26 pregnancy.Dalam hati excited dan aku tak fikir apa-apa yang pelik sebab kat klinik gov,doc kata semua ok.Baby pun ok,cuma last scan kat klinik gov,uri aku kat bawah.Kata doc,masih awal dan uri boleh naik lagi.

Aku sampai dalam 11pagi.Ramai orang.Aku tunggu turn,sampai 12.30 baru aku dapat jumpa doc.Mula-mula scan,dah nampak gender baby.Aku happy.Dalam hati tak kisah la boy ke girl,asalkan semua selamat nanti.Doc yang check memang betul-betul banyak experience.Dia boleh explain satu-satu.Aku boleh kata,memang berbaloi datang scan dengan dia sebab segala organ pada baby pun dia boleh explain,measure dan dia zoom setiap part pada organ,tengok keratan rentas.In fact,tulang,jari-jari baby,semua dia kira dan tunjuk satu-satu dengan explaination yang sangat-sangat memuaskan hati.Ok.Dia kata baby normal.Alhamdulillah.Syukur Ya Allah!

Tapi,

Doc kata part paru-paru,dia nampak ada cecair dan dia sendiri tak pasti cecair apa,sama ada darah atau air atau benda lain yang memenuhi ruang alveoli (paru-paru) yang sepatutnya paru-paru ambil ruang besar,tapi ni seolah-olah cecair tu nak mengatasi paru-paru.Ya Allah.Dugaan apa ni.Selamatkan anak aku Ya Tuhan.

Dalam hati,terima kasih doc,walaupun hari ni aku dapat berita ni,aku tetap bersyukur.Tuhan gerakkan hati seorang ibu untuk pergi jugak scan walaupun suami kata cukup lah monthly check up kat klinik.Tapi aku nak jugak pegi check kat klinik swasta tu.Suami bukan apa,dia kesian aku nak jalan sorang-sorang pergi situ sini sebab dia kerja jauh.Balik dari klinik,aku blur dalam kereta. Sebelum balik,doc ada bagi surat,suruh aku refer pada specialist di Hospital Tuanku Fauziah(HTF),Kangar.Ok.Petang ni jugak aku ke hospital.

2.30 Petang,13 Mei 2013
Aku datang dengan perasaan blur lagi.Hati kata,InsyaAllah tak de apa-apa kot.Nak sedapkan hati! Jumpa nurse dan dia bagi satu tarikh untuk jumpa pakar..22 Mei 2013,aku kena datang.Ok.Aku balik rumah dengan keadaan takde perasaan.Sebelum aku pergi hospital,aku text suami mintak izin dengan dia nak ke hospital.Agaknya dia pun blur kenapa tiba-tiba aku ke hospital.Balik dari hospital,suami call dan aku cerita segalanya.Dia kata,InsyaAllah.Harap-harap takde apa.

Hati ibu tu cukup unik.

Setiap hari menjelang tarikh aku kembali ke hospital,aku kata dalam hati,InsyaAllah,takde apa-apa! Suami pun kata macam tu.Memang la dia akan sedapkan hati aku.Aku jauh dengan dia.Menangis aku pun sorang,sakit aku pun sorang,suami tak ada.Bayangkan perasaan macammana seorang isteri yang tengah pregnant duk jauh dengan suami,semua benda pun buat sorang-sorang.Untung la jadi isteri yang sentiasa ada di sisi suami,jatuh sakit,susah senang pun,kekuatan ada setiap masa.Tapi aku belum lagi begitu.Aku isteri,aku student dan aku bakal ibu.Tanggungjawab aku banyak.Rasa sakit aku bukan satu.Tapi Alhamdulillah,Tuhan permudahkan urusan aku mengandung,aku takde alahan macam orang lain.

22 Mei 2013
Aku datang ke hospital (Klinik O&G,Klinik Perbidanan dan Sakit Puan) jam 2petang, aku bagi surat kat nurse dan tunggu turn untuk jumpa doc.Macam-macam ragam orang aku tengok.Kebanyakkan datang dengan suami.Suami aku? Takde,aku datang sorang. Yang datang situ semua ada kes-kes tertentu dan biasanya doc akan suruh suami masuk sekali jumpa doc.Aku takde siapa-siapa! ;( 

Hati ibu tu halus.

Walaupun sedih.Aku kuatkan hati demi seorang anak.Anugerah Tuhan yang tak ternilai ni.

Tuhan saja yang tahu,sakitnya pinggang aku waktu tunggu turn.Bayangkan datang 2 petang.Nama aku dipanggil jam 3.30 petang.Aku masih tak makan apa-apa.Ingatkan sekejap rupanya lama.Aku bersabar je.Ikutkan hati nak pergi tanya nurse lama lagi tak turn aku.Tapi tak jadi.Biar jela,kejap lagi la tu.

Masuk dalam bilik.Doc yang consult aku Dr.Mariani.Masih muda.Dia yang scan.Tapi mungkin agaknya dia baru lagi dalam O&G,banyak benda yang dia tak confirm.Dia panggil doc yang banyak pengalaman sikit,Dr Noor Aini.Scan kali ke-2,doc ni pulak yang check sekali dengan Dr.Mariani.Ye,memang paru-paru anakku bermasalah.Memang dalam paru-paru tu aku nampak cecair.Ya Allah.Aku tak tahu nak mengadu pada siapa.Kalau la ada suami masa tu,aku mesti kuat.Tapi aku dah ready,malam sebelum tu,aku suruh suami bagi kekuatan untuk aku pergi check up dengan pakar.Aku bawak kekuatan tu ke hospital.Demi anak dan suami,aku cuba bertahan.

Doktor pakar kat situ pun tak pasti apa sebenarnya cecair tu.Kalau ikut istilah medical,masalah anak aku adalah Fetal Pleural Effusion,satu keadaan di mana paru-paru dalam keadaan abnormal,bermaksud ada kuantiti cecair yang tak sepatutnya ada pada ruang paru-paru. Ataupun lagi satu yang aku terbaca pada surat doc adalah Hypoplasia Lung. Sebelah daripada paru-paru anakku dipenuhi cecair.Daripada apa yang aku search,kalau air semakin banyak,paru-paru boleh collapse dan boleh efek pada organ lain,terutama jantung dan boleh berisiko untuk heart failure.

Ya Allah.Subhanallah.Bila Tuhan mengkehendaki sesuatu itu berlaku,ia pasti berlaku.

Aku diberi surat untuk refer kepada Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar,Kedah untuk tarikh 5 Jun 2013,jumpa dengan doc pakar sana.Sepatutnya tarikh tu aku berada di Kelantan.Tapi aku blur lagi sampai tak bagitahu pun doc yang aku memang takde di Perlis waktu tu.Aku balik dengan terpingga-pingga dan mengalir airmata dalam kereta.Doc kata kita tak tahu selama mana baby tu boleh survive.Kalau dia survive,dia mungkin akan ada masalah pernafasan bila lahir nanti.

Berat dugaan-Mu Ya Allah.

Aku sorang-sorang di sini.Tak tahu nak mengadu pada siapa.Aku ada kawan,housemate,tapi aku belum tergerak hati untuk cerita.Aku bimbang,makin aku cerita,makin aku sedih.Aku balik dan call suami.Suami tegur,aku lupa ke tarikh tu aku ada kat Kelantan? Aku cakap,aku blur dan aku setuju je tarikh tu sebab kalau terdesak,aku akan balik Perlis awal untuk pergi scan pada 5 Jun 2013 nanti. Suami kata,mintak aku tanya doc boleh tak kalau nak refer kepada HUSM Kelantan,dekat sikit dengan dia. Entah.Aku blur lagi. Takpa,esok aku akan ke hospital lagi untuk tanya boleh tak tukar hospital.

23 Mei 2013.
Sekali lagi aku datang ke hospital.Membawa cadangan suami kepada doc.Kata doc,prosedurnya susah dan mungkin akan ambil masa yang lama.Taknak jadi apa-apa kat baby dan semua lambat bertindak.Aku setuju dengan doc.Doc cadangkan,aku tukar tarikh.Aku setuju.Walaupun aku tahu,lepas ni suami mungkin akan tak setuju dengan tindakan aku ni.

Tapi hanya kerana aku ibu.Aku sayang anak yang dikandung ni.

Aku pun ada hak buat pilihan untuk mempercepatkan masalah ni selesai,tak mungkin akan biarkan masalah ni berlarutan.Tarikh diberi 11 Jun 2013. Ok.Akan aku usahakan untuk datang.Walaupun jalan kat Alor Setar tu aku tak biasa sangat,aku cuba datang sorang,demi anakku.Itu kata hati seorang ibu.

Seperti yang dijangka.Suami tak setuju.Dia kata dia lebih prefer aku jumpa pakar di HUSM.Dia kata siapa nak tengokkan aku nanti.Ya Allah.Aku tak kisah tak ada orang tengokkan aku.Janji masalah anak aku ni cepat selesai daripada aku tunggu HUSM yang memakan masa yang lama untuk tunggu turn,aku sebagai ibu dah tak berdaya nak menangis dan tak tidur malam lagi kalau tunggu dan tunggu.Mintak maaf suami.Rasanya ini lebih baik.Aku rela sorang-sorang dan mengambil langkah yang cepat sebelum apa-apa jadi.

Kerana ibu lebih mengerti.

Hanya Tuhan yang tahu.Hampir setiap malam aku tak lena tidur demi memikirkan anak aku.

Baru aku tahu.Betapa hebatnya perasaan seorang ibu.Baru aku tahu,betapa sengsaranya mummy membesarkan aku dulu.Tambah pulak mummy aku susah nak beranakkan aku.Hampir putus nyawa katanya.Dan hari ni,saat ni,aku pulak menangis risaukan anak yang dikandung ni.Harapanku cuma satu,dengan kuasa dari Yang Esa,aku mengharapkan suatu keajaiban yang tak mustahil berlaku.

Aku cuma mampu berdoa siang malam untuk anakku.Biar tak lena,biar aku berkorban masa dan waktu tidur,untuk anakku.

Untuk anakku,

Kalau saat ni dan detik ni mama merayu kepada Tuhan dan Tuhan perkenankan setiap doa mama,betapa bertuahnya mama dan betapa bersyukurnya mama kepada Tuhan kerana ditakdirkan anak mama sihat.Tapi kalau Tuhan takdirkan sebaliknya,Mama redha kerana mungkin ada yang lebih baik menanti mama suatu hari nanti.Mama harap cuma satu,doa mama dimakbulkan,cepat atau lambat dan mama nak tengok,pegang,cium anak mama di tangan mama waktu anak mama lahir.Mama tak punya apa-apa yang istimewa.Tapi mama gembira dapat mengandungkan anak mama sehingga ke hari ni tanpa banyak masalah macam orang lain.Mama akan ikhtiar sehabiskan untuk selamatkan anak mama dan mama redha andai takdir tak menyebelahi kita. Wahai anak,di waktu ini,di masa mama menulis ni,mama sedang mengalirkan airmata. Airmata yang mengatakan mama sayang anak mama sepenuh hati.Kerana anak mama adalah anugerah terindah dalam hidup mama....

Dan ketika ni,aku cuma berserah kepada Tuhan dan mengharapkan semuanya dalam keadaan baik.Apa-apa yang jadi,Tuhan sentiasa ada di belakang kita.Walau siapapun menjangka dan menduga,Tuhan ada hak untuk menjadikan sesuatu itu berlaku atau tidak berlaku.

Seorang ibu percaya kepada kuasa Tuhan terhadap anaknya.

Ikhlas dari hati seorang ibu.Tak ada ibu yang sanggup lihat anaknya menderita.Apalagi membiarkan anak nya sakit.Besar pengorbananmu wahai seorang ibu.Ya Allah,permudahkan segalanya.InsyaAllah.






0 comments:

Lilypie Angel and Memorial tickers