Thursday, July 29, 2010

Matematik itu mudah bukan?

Kalau korang pandai Math,korang boleh jawap.Bagi aku,soalan ni memeningkan kepala sebab aku sememangnya tak pernah suka untuk belajar Math.So,lets go through the question guys! Haha.

SITUASI:
Sekarang si ibu 21 tahun lebih tua dari anaknya.
6 tahun kemudian, umur ibunya adalah 5 kali ganda umur anaknya.
 
SOALAN:
Bapanya sekarang berada di mana ?

Silakan berpikir dan menjawab secara ilmiah/matematik, sila buktikan bahawa anda punya kemampuan untuk berpikir secara wajar...
 
Tetapi...... . .

Jikalau anda malas, terlalu sibuk, terlalu...dll yang membuat anda tidak mahu menghitung atau tidak percaya bahawa hal ini bukan JOKE semata.....
 
Cuba lihat jawapan di bawah...
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sekarang ibunya (M) 21 tahun lebih tua dari anaknya (A)
M = A + 21

 
6 tahun kemudian, umur ibunya jadi 5 kali ganda umur anak
M + 6 = (A + 6) x 5
dimana M = A + 21
A + 21 + 6 = (A + 6) x 5
A + 27 = 5A + 30
27 - 30 = 5A - A
-3 = 4A

A = -3/4
 
Bererti umur anaknya sekarang
* -3/4 tahun = - 3/4 x 12 bulan = - 9 bulan.

Bererti anaknya sekarang belum lahir (akan lahir kira-kira 9 bulan kemudian)
 
Kesimpulannya, sekarang Bapanya berada di ...atas ibunya atau di bawah atau di sebelah (mengikut posisi kesukaan) . Si anak baru hendak dihasilkan.. ha.
 
 

Sunday, July 25, 2010

Wajah Rahsia Hati


Seribu wajah,seribu tafsiran.Satu senyuman,pelbagai tangisan yang tidak pasti.
Benar kata orang,hati yang sedih,tiada siapa yang tahu.
Di sebalik senyum dan tawa,
terhimpun segala duka lara.
Tak pasti apa yang akan berlaku.
Naluri belum cukup kuat utk mengatakan sesuatu.
Seringkali terjadi,perkara yang tiba-tiba menyusul 
tanpa disedari.
Apa yang mungkin terjadi?
Ya Tuhan,berikanlah kekuatan.

Thursday, July 15, 2010

Hidup masih panjang.
Banyak lagi halangan yang perlu dilalui.
Hidup tak selalunya indah.
Ada saja masalah di mana-mana.
Hati masih tak tenang.
Hati meronta-ronta.
Memberontak sini sana.
Ceria itu sementara.
Duka itu masih panjang
Keliru,Bimbang,Takut,Belum bersedia.
Apa-apa sahaj boleh berlaku
dari sekarang.



Ohh Tuhan,semoga Engkau 
sentiasa permudahkan apa jua yang aku lakukan,
berikan kesempatan untuk aku,
Ya Tuhan.


Tuesday, July 6, 2010

Cuti dah nak habis!

Emm,hai semua.Sedar tak sedar,cuti dah nak habis.This coming friday,i'll be back to Perlis untuk ke sekian kalinya.Masuk 3rd year.Yang pasti life semakin mencabar di usia 22 tahun ni.Kalau nak diikutkan,zaman mencabar dah berlalu,cuma in the future tak tahu cabaran tu makin besar or macammana.Tiada apa2 nk kuceritakan hari ni,cuma nak publish 1 gambar je,

Gambar sempena hari daftar subjek seminggu yang lalu.Macam biasa,bila daftar subjek je,mesti kepala pening tgk jadual.Hmm..apa boleh buat!!! Nak dijadikan cerita pulak,aku baru lepas demam campak.Sangat tak best..1 week tidur+makan ubat+baring..The only thing yang aku boleh buat adalah on9.Selain dr tu,sorry! Aku tak mampu,even dengar lagu pun nak muntah.Rasakan!!! Okeh,itu saja utk kali ni,hopefully masuk 3rd year dpt semangat baru.Good luck semua.. :)
Lilypie Angel and Memorial tickers