Thursday, November 11, 2010

Orang Gila

Semalam punya semalam,banyak sangat snap picture..err,pinjam member punya DSLR,Zaim nama diberi..hahaha
Boring punya pasal,tapi ade pulak yang spoil mood Cik Ila..
Tengah-tengah syiok bergambar dlm bilik operasi
(biasa la..setting camera kan banyak)
So,amek 1 gambar,then tukar-tukar setting

Tiba-tiba datang 3 orang budak,
anak kepada staf kat sini,cakap;

"Oiii..tu orang gila amek gambar dinding,
Tadi amek gambar bunga..hahaha,orang gila..!"

Grgggggrrr!!! Geram nya aku!!!! Nakal betul!
Rasa nk je cakap,
"Ah..ko budak-budak ape tau menda-menda ni!!!!"
Kalau korang,ape korang nak buat kat budak tu?
(ayat jahat bunyi nya..)
*
*
*
Last-last...
Punya geram kan,tinggalkan budak-budak tu dalam bilik,KUNCI!!! ahaha..nah amek!!
Tak tau la siapa yang selamatkan budak-budak tu.
Kuang3

Wednesday, November 10, 2010

Negeri mana paling ramai penganggur???

Haa?? sudah.mesti semua orang tak sangka.Ye,Cik Ila pun terkejut gak sebenarnya.Patut la Kelantan sesak time cuti raya.Traffic jam tak payah cakap,semua num plat kereta kebanyakkan W,B,C...Habis,siapa je yang ada kat Kelantan sebenarnya?Siapa agaknya yang turun mengundi bila ada pilihanraya kalau anak-anak Kelantan berada di kota? Hmm...

* Gambar dari http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/11/terbaru-statistik-kadar-pengagguran.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FEEVad+(%3A%3A+RUANG+BICARA+PRIA+MALAYA+%3A%3A)

Ada Brann???


Ni kerja budak-budak!!! Mesti kes bosan gila-gila!!! hahaha

Teringat pulak time sekolah rendah dulu-dulu..kalau bosan sangat,banyak main benda-benda mengarut ni;
  • Buat keluar kertas,pilih huruf,tulis nama,nama negeri,nama tempat,nama buah..kalau sama dengan partner,dapat markah kurang,kalau lain dari orang lain,dapat full mark.huyooo!! haha
  • Balik-balik main teka-teki,...dah la merepek.Dari kecik sampai besar,soalan mesti sama,"Macammana nak masukkan gajah dalam peti ais????"
  • Binggo! Buat petak 5x5,tulis nombor 1-25 kat mana-mana petak.Siapa yang Bingo semua dulu,die menang.
  • Main kad.Macam-macam kad ada contohnya Happy Family utk budak perempuan.
  • Apalagi,main kejar-kejar..belasah jela campur laki perempuan.budak-budak tau apa! haha
  • Main lubang tikus tak pun lompat tali getah tu.Sanggup pulak cari stock getah banyak-banyak lepas tu sambung-sambung.Tak paham betul.Apa yang best sangat main lompat-lompat tu.ishh!!
  • Bila cikgu takde,main conteng papan hitam,Contohnye  Ali ♥ Siti dan segala bagai nama semua nak gosip!!!
  • Buku sekolah,style koyak tengah-tengah,biasala..nak main SOS,Bingo,Nama negeri..bla..bla..Ada jugak yang tulis surat.Adik angkat-kakak angkat la konon.haha
  • Bila lepas periksa,budak perempuan sibuk tayang Autograph,suruh tulis nama,alamat,tarikh lahir,hobi,makanan kegemaran,bilangan adik beradik...MOTIF?? hahaha 
  • Cikgu ada meeting,ketua darjah sibuk jaga kelas,tak nak bagi bising.Ahh.senang je,pergi kat papan hitam,tulis "Nama murid bising" Dengan harapan,bila cikgu tengok,dia marah la si budak yang bising tu,ketua darjah pun disanjung tinggi.hehehe. (macam pernah buat je dulu)
** Banyak lagi sebenarnya kan?? Tapi kalau nak list semua,jenuh la nak type..best kan jadi budak-budak?? huhu**

Tuesday, November 9, 2010

Jom kawin!

Apa tunggu lagi???Jom kawin!!!!

Ya ampun,Cik Ila tak tau gambar siapa ni.Jumpa dalam facebook!
Bukan Cik Ila yang edit tau.Ni betul-betul terjumpa!
Awat la lagu ni...
Dah,sudah!!!! Cik Ila bukan nak komen pasal gambar ni,tapi nak share 1 benda,
tengok ni... 
KOTA BHARU, 9 Nov: Kelantan sekali lagi mencetus idea baru apabila menaja 100 pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan sempena program Kahwin Perdana 2010, 25 Disember ini.

Program itu akan diadakan di Dewan Besar Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi membantu belia-beliawanis kurang berkemampuan mendirikan rumahtangga.

”Selain itu kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100,000 lagi untuk majlis kenduri selepas majlis akad nikah diadakan,” katanya pada persidangan media di sini hari ini.

Wan Ubaidah berkata, program itu diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan dan ganjaran bagi mempercepatkan perkahwinan.

Oleh itu beliau berharap program Kahwin Perdana akan menjadi dorongan kepada muda-mudi yang ingin berkahwin tetapi kurang berkemampuan.

Mereka yang berminat boleh hubungi Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan di talian 09 7476568 atau 013-9846913 atau 013 – 6946911 dan tarikh tutup 15 November ini.
 p/s : Pada yang rasa nak kawin tu,jom la!!! hehehehe

Lilypie Angel and Memorial tickers