Sunday, December 5, 2010

Detox Foot Patch tak berkesan??Anda ditipu?

Betul ke?
Okey,sebelum ni,Cik Ila pernah buat story pasal Detox Foot Patch kan?Hari ni nak keluarkan balik topik ni.Bukan apa,Cik Ila memang pernah guna dan kebanyakkan orang pun pernah guna jugak kan Foot Patch ni.Tapi,pasti ke benda ni betul-betul berkesan atau setakat umpan je? Mintak maaf dulu kalau ada pembaca atau pun blogger yang jual atau terlibat secara langsung/tidak langsung pasal benda ni.Bukan nak kutuk ke apa,tapi nak dapatkan kepastian blogger-blogger lain.
Cik Ila pernah pakai berturut-turut untuk 5 hari.Apa mengejutkan,hasilnya sama,tak ada beza langsung dengan hari mula-mula pakai.Dalam hati fikir, "Aphal banyak sangat toksin dalam badan aku ni,mau beratus-ratus kena pakai ni!!"...
Mula-mula fikir positif je,sampai sanggup mengaku diri banyak toksin kann!! hahaha
Bila lama-lama tu,fikiran kembali ke negatif balik.Kawan-kawan pun mula persoal pasal benda ni.Dapat pulak testimonial kurang enak dari kawan-kawan;


  1. "Aku bukak benda tu dedah kat udara,pun hitam jugak,siap bau macam tembakau rokok lagi!"
  2. "Hari tu si ^&&**$^& cuba letak Foot Patch atas gelas yang ada air suam,pun hitam jugak"
  3. "Aku tampal kat dinding,pun hitam jugak!"
  4. "Aku pakai dekat 10 pasang,takkan takda kesan langsung?"
Hmm,tu semua testimonial kurang enak didengar.Kawan-kawan dan blogger-blogger lain,korang macammana pulak?

p/s : Cik Ila percaya kalau produk yang macam Kinohimitsu,sebab kualiti terjamin.Lain-lain,tak pasti!!!

Saturday, December 4, 2010

Best jadi student ke,best jadi pekerja?

Seronok time jadi student ke,seronok jadi seorang pekerja?Ada orang tak sabar nak kerja.Ada orang,bila dah kerja teringin nak belajar balik.Korang pilih yang mana?2-2 situasi ni semua Cik Ila dah rasa.Belajar,kerja (padahal internship je pun),kemudian sambung belajar balik.Tapi kan,2-2 pun best sebenarnya.Kerja dapat duit dan belajar dapat ilmu sambil berpoya-poya berjalan-jalan ke mana-mana sahaja dengan kawan-kawan,tengok movie,tidur...Student kan banyak masa!

Tapi tak jugak.Jadi student sentiasa sibuk.Itu pun bagi mereka-mereka yang tahu hargai masa.Yelah,assignment tak menentu.Hari ni dapat,belum siap tup-tup next week up lagi satu kerja (subjek lain punya assignment). Dah la tu,test,kuiz..pun nak kena jawap.Kalau macam Cik Ila yang kategori "Technical University" ni pulak,tambah lagi dengan lab.Setiap subjek ada 2 hours lectures dan 2 hours Lab.Sebelum lab,kena buat Pre-Lab.Nak study Lab lagi,nak study teori lagi! 

Kerja pulak?Kalau office hour,8pagi-5petang,balik tu penat gila kot.Malam-malam tidur awal.Dulu time praktikal,pukul 9malam dah mengantuk.Nak iron baju lagi.Pagi-pagi kena bangun awal,at least sebelum pukul 8 dah ada.Lepas tu mula mengigau, Ubat gigi sapu ke muka,pencuci muka letak kat berus gigi!!

Ohh hidup,tabahkanlah hati.Sampai bila-bila pun tak boleh lupa zaman-zaman jadi student.Best kan?Kepada yang dah bekerja,kerja la rajin-rajin,zaman belajar korang dah lama berlalu..

Masa untuk join contest lagi.

Okeh.Final exam dah tamat.Sekarang masa untuk follow-memollow blog
dan join contest.Yehaa... 
Contest lagi?Ahha.


Pick a dress GiveAway!!!
Nak join?Klik sini;

5 pemenang yang bertuah,akan dapat Reusable Shopping Beg+ Cartoon Broach yang harga RM15.So,jom kita join.

Wednesday, December 1, 2010

Manusia berubah mengikut pengaruh semasa

Sekarang pengaruh apa-apa benda pun kuat.Dah macam fanomena.Kadang-kadang macam angin.Mai-mai je,truih lekat.----> Aphal tiba-tiba cakap utara?? Hmm.Lepas tu Sebati.Lepas tu basi.Benda-benda baru pulak datang menyusul.


1. Shawl dan segala bagai jenis tudung termasuk tudung siti pun ada! Yuna pakai camtu,semua nak pakai camtu.Rozita Che Wan dan adiknya pakai tudung ekpress (cantik bangat) time berlakon,semua terkejar-kejar beli kat kedai.Mana layan tudung bawal sekarang,malas iron katanya.haha

Mak aii.......
Tak tercapai akal ku untuk membeli.Student duit habis buat makan je.haha

2. Segala jenis handphone baru.Yang overnya budak-budak sekolah.Kecik-kecik lagi nak handphone mahal2,Blackberry la,Iphone la.Padahal sekolah pun tak habis lagi.hahahahaa.Siap tulis dalam blog tanya pendapat nak beli brand yang mana satu.Dah dapat,ok masa untuk tayangan kepada kawan-kawan dan update blog dengan memasukkan gambar handphone baru.Kuang3. ;p

Yang minat dengan camera,amik gambar rumput pun,jadi laa..:)

3. DSLR dan segala jenis camera.Sekarang kan musim orang tergila-gilakan camera.Pantang pergi mana-mana,pergi kelas pun bawak! Ada yang siap kumpul duit ribu-ribu,nak beli camera.Yang cikai-cikai pun jadi la,asalkan nama DSLR.Ada yang tak tahan sangat-sangat,beli camera biasa pun jadi,tapi Pixel mahu yang 12MegaPixel punya! Balik-balik rumah,bukak Photoshop.Pergi kursus siap belajar lagi nak kasi gambar cantik.Takda Photoshop,guna jela Photoscape atau Picnik macam Cik Ila buat pun boleh! haha

Hmm..macam-macam kan? Tu baru 3,belum yang lain-lain lagi.Pendek kata,semua la senang.Sorang buat,yang lain semua ikut.
Lilypie Angel and Memorial tickers