Semakin lama,semakin saya tak percaya yang saya ni seorang blogger.Kenapa tak percaya?Sebab dulu tak pernah bercita-cita nak jadi seorang blogger.Yela,dulu mana ada lagi blog-blog dan segala bagai ni.Mula tahu pasal blog bermula 2006 sebab ada kawan buat blog dengan blogspot.Masa tu bantai je menulis kat blog Friendster (eh,femes apa dulu!) Haha.
Oh,ye..kakak saya juga terkejut bila dapat tahu saya ada blog!! Tapi saya pun LAGI terkejut bila dapat tahu kakak saya sendiri pun ada blog.Kalau nak dibandingkan antara kami,rasanya kakak yang paling banyak idea merepek! (Er,maksudnya,daya kreativiti menulis dia lebih tinggi berbanding adik dia ni).Lagipun,kakak suka membaca novel.Kiranya tak pelik lah kalau kakak ada idea menulis.Berbalik kepada adiknya iaitu saya,membaca novel pun sekali-dua ikut mood.- Eh,masa cuti sekolah selalu jugak baca novel,sebab kakak pun mesti cuti semester masa tu,bawak balik novel seperti membeli baju di gudang BUNDLE!!-
Saya menulis secara bebas,tiada paksaan dan tiada desakan siapa-siapa.Tapi seperti tajuk di atas,saya masih lagi tidak percaya bahawa saya seorang blogger.hahaha.Sekian.
Friday, April 8, 2011
Wednesday, April 6, 2011
Jangan biarkan hidup anda diselubungi persoalan ini..
![]() |
| Panas!! |
Bukak blog,TV,suratkhabar,penuh dengan tajuk-tajuk hangat.Apa yang hangat? Senang je,"Lu terjah la sendiri!!"hahaha.Ala,isu ngetop sekarang pasal video-video lucah tu...Errr,Malas nak komen,tapi nak jugak komen.Rasanya media sekarang sangat terbuka dengan isu-isu hangat seperti yang melanda sekarang ni.Hei,korang tak takut ke anak korang yang kecik bertanya;
Mama,SEKS tu apa?
Papa,video SEKS tu macam mana?
Korang tak takut ke hidup korang dibelenggu persoalan-persoalan macam ni suatu hari nanti?? Serius,aku cukup takut kalau hari esok dan seterusnya aku dipersoal dengan benda-benda macam ni sedangkan umur diorang belum cukup lagi untuk tahu pasal benda-benda ni.Aku tak salahkan mana-mana pihak,tapi kenapa isu ni diperbesarkan?Ok,tak kisah la salah siapa pun kan,itu antara dia dengan Tuhan.Tapi yang lain,kenapa nak cari publisiti untuk benda-benda macam tu.Sampai keluar TV,keluar suratkhabar...Elok la sangat,lepas tu didik anak-anak baca suratkhabar dan tengok berita kat TV,walhal dalam berita tu bersepah berita pasal 18sx!!!! Ohh tidak,apa nak jadi dengan situasi sekarang?
Budak-budak kecik sekarang pun dah pandai,melebihi tahap yang sepatutnya.Tapi kalau dah kecik-kecik pun tahu semua benda,agak-agak bila besar macam mana la situasi budak tu agaknya.Ohh,mari kita ambil positif.---> Masa kecik diorang dah tahu semua benda,bila besar,semua pekakkan telinga sebab isu-isu yang hangat tu dah basi bagi diorang!!<----- Ok,itu contoh tanggapan positif aku la.hahaha.Tapi kalau negatif??? Meh aku bagi contoh lagi.---> Masa kecik belajar definisi je,bila besar,jom kita buat latihan amali..<----- Haa,siapa susah? Mak bapak diorang la yang susah nanti.Sama konsepnya bila pengarah dan penerbit filem keluarkan kisah pasal mat rempit,bohsia dan bohjan.Secara positif,ramai yang akan kata boleh jadikan pengajaran,tapi sebenarnya kisah-kisah macam tu sedikit sebanyak lagi nak tunjuk pada budak-budak dan remaja tentang realiti hidup sebenar yang menyebabkan mereka nak jugak tahu apa semua tu.Ohh,lagi satu,budak-budak zaman sekarang sangat percaya hantu.Kerana apa??
Budak A : Eee,kakak....situ ada hantu!!Kakak : Mana ada hantu,siapa ajar pasal hantu ni??Budak A : Ada,tengok dalam TV....Kakak : Errr.....^&**#$@^%&68!!*** Budak-budak lebih kenal hantu,syaitan+iblis,tak kenal!!
Senang je diorang terpengaruh kan??Biasala,budak kecik.Secara jujurnya,aku masih lagi berfikiran sedikit sempit,mungkin belum betul-betul kenal realiti hidup yang sebenar,tapi sekurang-kurangnya,aku prihatin dengan generasi seterusnya.Ini sekadar pendapat,sebenarnya nak komen banyak lagi,cuma agak terbatas di ruangan blog ni.Siapa-siapa yang sama pendapat dengan aku,dialu-alukan untuk komen sekali entri ni,ok!
Tuesday, April 5, 2011
Kurang sihat gara-gara......................!
Hai semua.Sejak 2,3 hari ni,saya kurang sihat gara-gara keracunan makanan.Mana taknya,sejak hari Sabtu yang lepas,sampai la semalam muntah-muntah dan rasa loya nak muntah.Disebabkan kesihatan yang kurang stabil,maka rutin harian pun sedikit terjejas kerana masalah ini.Apa rutin harian saya?Macam biasa lah rutin harian seorang student.Ohh,tak lupa jugak rutin harian untuk menjelajah ke blog-blog tak dapat diteruskan,tak selesa badan!!
Walau bagaimanapun,terima kasih kepada kawan-kawan yang dekat mahu pun yang jauh sebab ambil berat tentang saya.Ohh,terharu!!!! Disebabkan terkena keracunan ni la,baru nak ambil tahu pasal apa itu keracunan makanan,kalau tak sampai bila-bila pun malas nak ambil tahu..hihihihi (tuju kat diri sendiri).Meh nak kongsi sikit pasal info yang saya jumpa kt internet.
Nak tahu lebih lanjut lain,sila taip keyword "Keracunan Makanan" kat google atau mana-mana search engine.Melambak-lambak ada.Nasihat saya pada kawan-kawan,hati-hati la ye makan tu.Kadang-kadang kita main 'ngap' je apa-apa yang ada,maklumlah lapar sangat kan.(Cakap kat diri sendiri lagi).hahaha.
Walau bagaimanapun,terima kasih kepada kawan-kawan yang dekat mahu pun yang jauh sebab ambil berat tentang saya.Ohh,terharu!!!! Disebabkan terkena keracunan ni la,baru nak ambil tahu pasal apa itu keracunan makanan,kalau tak sampai bila-bila pun malas nak ambil tahu..hihihihi (tuju kat diri sendiri).Meh nak kongsi sikit pasal info yang saya jumpa kt internet.
Keracunan makanan merupakan sejenis gastroenteritis yang disebabkan oleh makanan yang telah dicemari racun, biasanya bakteria. Bergantung kepada jenis racun, kekejangan abdomen, demam, muntah dan cirit-birit akan berlaku dalam tempoh 3 hingga 24 jam. Jika makanan telah dicemari bakteria, bakteria akan menghasilkan racun yang dikenali sebagai toksin. Toksin memberi kesan langsung pada lapikan usus dan menyebabkan peradangan. Ada pelbagai jenis bakteria yang menyebabkan keracunan makanan tetapi yang biasa didapati ialah salmonella, shigella, staphylococcus dan E.coli yang merupakan punca utama keracunan makanan di kalangan bayi, terutamanya bayi yang menyusu botol. Bagi keracunan makanan yang berpunca daripada bahan bukan bakteria, tanda penyakit juga timbul jika anak termakan bahan kimia, racun serangga atau beberapa jenis tumbuh-tumbuhan.
![]() |
| Lebih kurang macam ni la gayanya saye!! hukhukhuk |
Nak tahu lebih lanjut lain,sila taip keyword "Keracunan Makanan" kat google atau mana-mana search engine.Melambak-lambak ada.Nasihat saya pada kawan-kawan,hati-hati la ye makan tu.Kadang-kadang kita main 'ngap' je apa-apa yang ada,maklumlah lapar sangat kan.(Cakap kat diri sendiri lagi).hahaha.
Sunday, April 3, 2011
12 Keistimewaan orang Kelantan
![]() |
| Trademark tak asing lagi bagi Kelantan - GOMO KLATE GOMO! |
1. Kelantanese use a proper Malay word.
Tidak seperti negeri-negeri lain di malaysia, orang kelantan tidak merosakkan perkataan yang terdapat didalam bahasa melayu standard. seperti contoh:
Ulau - Melaka
Ulaq - Kedah
Ulor - Johor
Ular - Kelantan ( ooo-laaa)
dan banyak lagi…
2. Kelantanese don’t ‘cakap kelantan’.
Orang kelantan tidak cakap kelantan, mereka ‘kechek kelate’. Bahasa kelantan mungkin merupakan bahasa yang paling sukar untuk difahami diantara kebanyakkan dialek yang ada di malaysia (selepas bahasa sarawak, dan sabah).
Bahasa kelantan tidak menggunakan imbuhan dihadapan sesuatu perkataan tetapi lebih kepada menggunakan sabdu, dan ayat didalam bahasa kelantan tidak dimatikan dihujungnya. contoh:
betina - tino (Ttee-nor)
berjalan - jale (Jjaa-ley)
bermain - maing (Mmaa-eng)
perbualan - buale (Bbua- ley)
pemerintahan - meritohe (Mme-ghi-toh-he)
contoh ayat:
“Toksoh buak peghanga po kegho, tokleh napok Ttino lalu” - Tak usah buat perangai serupa kera, tak boleh nampak perempuan lalu
“Maghi kito gi Jjale ghumoh pok peng, che buleh duik Ghhayo” - Mari kita pergi berjalan rumah pak arifin, ada ‘chance’ boleh duit raya
3. Kelantanese have their own currency.
Mungkin ramai yang tidak tahu tapi orang kelantan tidak menggunakan matawang RM atau ringgit malaysia. Mereka mempunya matawang mereka sendiri iaitu Riyal atau sebutan nya lebih berbunyi ‘ghiya’. Walaupun ‘ghiya’ kelantan tidak diniagakan di pasaran antarabangsa dan exchange rate antara ‘ghiya’ dan RM adalah sama, malah wang yang digunakan adalah sama. Tetapi Ringgit adalah lebih kecil sekiranya digunakan di kelantan. Contoh:
Situasi seseorang menggunakan Ringgit di pasar Siti Khadijah Kota Bharu:
“Makcik, sayur ni berapa ringgit selonggok?”
“oohh, sayur kakung nih 2 Ringgik selonggok”
Situasi yang sama, tetapi menggunakan ‘ghiya’
“Mokcik, sayur kakung nih brapo ghiya slonggok ..?”
“slonggok tigo amah*, kalu nok ambik duo longgok, 2
ghiya”
perhatikan harga selonggok kangkung meningkat 50 sen dari harga dalam ‘ghiya’, malah dijualnya pulak dengan harga 2 longgok 2 ‘ghiya’ (atau 2 ringgit)
4. Kelantanese and ‘Budu’
Orang kelantan yang tipikal, amat gemar memakan budu dan ulam. Budu merupakan lebih dari sos untuk menyedapkan makanan, applikasi budu didalam makanan tiba ketahap ianya dijadikan kuah bagi mereka yang berdarah kelantan tulin.
contoh:
saiful: “aduh nampak gaya makan nasi ngan ikan rebus jelah kita malam ni” (sambil berwajah sedih) shazmin: “perrgghh, ni kalau ada budu ngan limau nipis, kena pulak ulam raja…” (sambil meleleh air liur)
So, kita dapat tahu dari situasi ini, shazmin adalah orang kelantan. (pergghh… budu ngan ulam raja)
5. Kelantanese are soft.
Orang kelantan adalah terkenal dengan sifat lembut mereka. Sifat sederhana dan pemalu merupakan sifat yang paling jelas. Tetapi sekiranya mereka berada didalam kelompok yang mereka berasa selesa, mereka merupakan orang paling friendly dan kuat berseloka.
6. Kelantanese doesn’t hold to ‘adat’ rules.
Bagi mereka yang tidak tahu, orang kelantan merupakan masyarakat yang paling mudah dibandingkan dengan masyarakat dinegeri lain apabila masuk kedalam bab adat resam dan perkahwinan. Ini adalah mereka kurang atau hampir tidak berpegang kepada sebarang adat. Tidak seperti masyarakat di Negeri Sembilan yang kuat dengan Adat Pepatih dan berbagai-bagai lagi adat-adat di malaysia. Orang kelantan lebih kepada memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan didalam islam.
Masyarakat kelantan tidak ada pantun (minang), bayar tol (bagi orang johor), bersanding, kenduri 3 hari 3 malam, pulut kuning dan sebagainya. Ia bergantung kepada pasangan pengantin dan keluarga sekiranya ingin mengadakan adat-adat berikut tetapi ianya adalah tidak wajib, dan masyarakat kelantan kebanyakkan lebih gemar kepada kesederhanaan. Ayat yang biasa didengari adalah:
“buak gapo buak bendo-bendo lagu tuh, Bbazir pitih”
(buat apa nak buat benda-benda macam tuh, membazir duit) . Jika ada yang ingin mencari bakal isteri, bolehlah cari orang kelantan.
7. Kelantanese and Nik Aziz
Orang kelantan lebih gemar dikenali sebagai anak murid Nik Aziz. Orang kelantan tidak melihat Nik Aziz sebagai menteri besar tetapi lebih kepada seorang tuan guru. Ini adalah kerana tuan guru Nik Aziz sendiri adalah seorang guru agama dan masyarakat kelantan menghormati beliau lebih sebagai seorang guru agama lebih daripada seorang menteri besar.
8. Moon Kite (wau bulan)
Wau bulan merupakan permainan traditional orang kelantan, tetapi lebih kepada mereka yang tinggal di pesisiran pantai. Ini adalah kerana angin yang kuat dan dahulunya ketika angin kuat mereka tidak boleh pergi menangkap ikan oleh itu mereka mengisi masa lapang dengan bermain wau.
9. Wayang kulit
Masyarakat kelantan merupakan pelopor didalam bidang perfileman, sebelum wujudnya Tanjong Golden Village (TGV) dan Golden Screen Cinema (GSC) masyarakat kelantan sudah lama ada Ketereh Village Cinema (KVC) dan Kedai Lalat Village Cinema. Malah wayang kulit terdapat dimana-mana kampung di kelantan (sebab itu kota bharu tak ada panggung wayang).
10. Thailand (golok)
Orang kelantan gemar membeli-belah di golok, ini adalah terdapat bermacam-macam barangan yang boleh didapati di golok, dari baju-baju, barangan elektrik, barangan dapur hingga ke mercun boleh didapati di golok. Oleh itu orang kelantan tidak memerlukan shopping complex yang besar-besar seperti di negeri-negeri lain yang hanya akan menimbulkan masalah jalan raya, dan menjadi tempat muda-mudi berpeleseran. Di golok, kanak-kanak, remaja, makcik-makcik dan nenek-nenek semuanya boleh membeli belah bersama-sama.
11. Orang kelantan mempunyai berbagai kata ganti nama mengikut keadaan tertentu
‘kito’ digunakan bila bercakap dengan orang lebih tua
‘ambo’ untuk menunjukkan humbleness
‘kawe’ dengan kenalan biasa
‘aku’ dengan member2 rapat
‘oghe’ dengan family
’sayo’ untuk formality
12 . Kelantan adalah negeri juara perpaduan
Pernah tengok tak kat negeri lain,masyarakat Cina,India, dan Melayu bersatu??Kat Kelantan,kaum-kaum lain lebih gemar menggunakan bahasa kelantan berbanding bahasa mereka.Ini terbukti dalam percakapan mereka.Kalau tak percaya,cuba tegur orang Cina Kelantan dan suruh mereka cakap bahasa Kelantan,pasti tatabahasa mereka lebih 'power' kerana kehidupan mereka lebih menekankan kepada sifat bersatu padu dan tak heran lah kalau anda terjumpa masyarakat Cina Kelantan yang pandai menulis Jawi dan turut serta dalam majlis kenduri kaum Melayu.Malah,kaum Cina dan India rata-rata sangat peramah berbanding kaum mereka di negeri-negeri lain.
SUMBER : https://www.facebook.com/klatefb
Subscribe to:
Posts (Atom)


