Thursday, August 4, 2011

Jenis-jenis tidur yang melemahkan akal

Anda suka tidur?Boleh tidur,tapi elakkan tidur seperti kat bawah ni;


1) Tidur selepas Subuh iaitu pada awal-awal pagi.
2) Tidur selepas Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun hanya sebahagian daripada badan terkena cahaya matahari.
4) Tidur yang terlalu banyak.


Pakar Perubatan Islam tidak menyukai tidur terutamanya selepas Subuh dan Asar kerana dipercayai boleh melemahkan akal dan pengamalnya akan mengalami kegoncangan dan gangguan saraf. Anda mungkin pernah mengalami, selepas terbangun dari tidur pada waktu senja, otak anda menjadi bingung seketika dan tidak dapat membezakan adakah waktu tersebut adalah pagi atau senja.


Sumber : ensaiklopedia-petua-melayu-lama

Wednesday, August 3, 2011

"Nak bagi bunga kat dia,sebab die puasa penuh..!"

Assalamualaikum


Cerita pasal puasa lagi.Kalau kira dengan jari,dah 15 tahun aku berpuasa dengan jayanya.Mula puasa umur 8 tahun.Err,lewat ke cepat ek?Mesti ada yang puasa lagi awal dari aku kan?Darjah 1 aku puasa separuh hari je.Masuk je tengahari..aku dah lembik tak boleh nak gerak lagi.Mak aku kata;


"Dah tengahari ni,sikit je lagi nak berbuka!" .Itu kata mak.


Tapi aku lapar.Biasanya kalau lapar,aku cuma duduk diam menandakan aku tak larat nak cakap banyak.Sampai sekarang pun macam tu.Hadiah pertama selepas aku berjaya puasa sebulan penuh masa umur 8 tahun tu adalah BUNGA dari abah tercinta.Biasalah,abah guna 'reverse psychology' masa kecik-kecik dulu.


Abah kasi Bunga?Ni kakak aku punya pasal.Dekat rak barang-barang kakak,aku nampak bunga dalam kotak plastik.Masa tu femes jugak bunga macam tu,sesuai untuk buat gift.Aku pun,tanpa berfikir panjang,aku cakap nak jugak bunga tu..nak kasi hadiah kat cikgu..


Abah pun setuju dan bawak aku ke kedai.Abah cakap dia tak tahu bunga yang macamana aku nak.Last-last,kakak aku pulak terpaksa teman pergi kedai..Keh3..
Lepas aku pilih,aku pun setuju nak ambil bunga dalam kotak tu.Penjual kat kedai tu Cina,kawan abah.

Abah cakap kat dia;

"Nak bagi bunga kat dia,sebab dia puasa penuh!"
Cina tu cakap;

"Oo..baguh2..kecik2 poso penuh doh!"
(Ni ayat orang Cina Kelantan,loghat Cina diketepikan,loghat Kelate diutamakan!)


Terawih?Dulu selalu ikut je abah buat terawih,biasa terawih kat rumah je.Awal-awal puasa,penuh la saf (Ayah,mak,aku,kakak)..Agak-agak masuk hari ke seterusnya sampai ke hujung puasa,semua dah mengaku kalah,tinggal abah seorang je terawih.Aku mengaku kalah jugak,pergi tengok TV..--> Kecik-kecik lagi dah malas aku ni kan?huhu


p/s : Suatu saat dan ketika,kita sangat merindui zaman kecik-kecik dulu......hmmmm! ;p

Tuesday, August 2, 2011

14 Khasiat Teh




Hari ni nak kongsi fakta tentang khasiat Teh.Rugi kalau tak tahu sebab khasiatnya banyak. Menurut satu penelitian yang di lakukan oleh pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),teh mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat yang amat berguna.

Khasiat Teh;

  1. Teh mampu membangkitkan semangat, meningkatkan daya pemikiran dan ingatan seseorang.
  2. Berupaya menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme tubuh, memelihara fungsi jantung, pembuluh darah, usus dan hati.
  3. Minum teh mampu mencegah kerosakan gigi, Dikatakan amalan meminum teh pada kanak-kanak dapat mengurungkan risiko kerosakan gigi sebanyak 60%
  4. Minum teh dapat melambatkan sel penuaan. Kesan antipenuaan yang terdapat didalam daun teh adalah 18kali ganda komposisinya daripada vitamin E
  5. Minum teh dapat memperlahan dan menyekat pembentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah, mencegah pengerasan pembuluh nadi, tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh darah pada otak.
  6. Minum teh dapat merangsangkan saraf pusat dan merangsangkan kekuatan gerakan tubuh
  7. Amalan minum teh berupaya menurunkan berat badan dan menjaga kecantikan
  8. Minum teh di percayai dapat mengatasi masalah katarak yang biasa dialami oleh mereka yang berusia. Tidak hanya dengan itu, ia juga boleh dijadikan penawar untuk mengubati radang rongga mulut dan radang rongga kerongkong yang kerap menyerang pada musim panas.
  9. Minum teh dapat melindungi fungsi pembentukan darah. Daun teh mengandungi zat proteksi radiasi, Menonton televisyen sambil minum teh dikatakan dapat mengurangi bahaya radiasi televisyen sekali gus melindungi daya penglihatan anda.
  10. Minum Teh dapat memelihara dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh.
  11. Air teh mudah di serap segera dalam tubuh dan di oksida.
  12. Menyejukkan tubuh dan menurunkan suhu badan. Dikatakan selepas sembilan minit minum teh hangat, suhu tubuh menurun sebanyak 1 hingga 2 darjah Celsius.
  13. Daun Teh mengandungi banyak unsur mikronutrien yang amat bermanfaat untuk tubuh.
  14. Daun teh berupaya menyekat pertumbuhan sel kanser


Sumber : 14 Kuasa Teh


p/s : Teh yang kita minum tu rasanya dah campur banyak benda,sebab tu rasa Teh asli dah kurang.14 khasiat kat atas tu rasanya sesuai untuk jenis teh herba dan teh minuman untuk kesihatan.

Monday, August 1, 2011

Mereka cedok lauk ke pinggan sambil pejam mata..

Aku masih lagi seperti budak-budak.Bangun sahur pun orang yang kejutkan lagi.Nak harapkan aku, 

"Ahh...tak nak sahur la,takpa..tak lapar...!"

Itu ayat aku yang ego lagi berlagak kenyang.Lepas tu pukul 10 pagi,pergi mengadu cakap tak larat nk buat apa-apa sebab tak ada tenaga! Bagus!!Nak tak nak,terpaksa jugak sahur.Sebenarnya aku kurang gemar bersahur,mesti bakal sakit perut secara automatiknya.Tambah-tambah pulak,masa bersahur tu adalah masa-masa tidurku yang enak.Kes sayang nak tinggal katil yang utamanya.

Sahur kat sekolah,universiti dan rumah sangat berbeza.

Sekolah - Aku jarang sahur.Memang liat nak bangun,sejuk kot terpaksa turun bawah dan jalan jauh.(Padahal blok hostel sebelah je dewan makan).Tapi entah,perasaan malas lebih hebat.Seingat aku,berapa kali je sahur kat sekolah.Warden pun satu hal,masa tu jugak la dia pasang kisah-kisah SAKARATUL MAUT dan bayangan-bayangan kematian dekat PA System.Tutup la selimut segala bagai pun,bila terbayang saat-saat nak hadapi kematian,terus bangun! Kat dewan makan lain pulak kisahnya.Aku tengok makcik dan kakak yang cedok lauk kat budak-budak,cedok lauk sambil pejam mata.Kesian!


Universiti - Sahur di kampus memang rilek.Nak bangun ke,tak bangun ke...takde hal.Awal-awal masuk kampus dulu,malas jugak sahur.Tapi bila ingat pasal kelas dan makmal siang-siang nanti tak larat,aku terpaksa sahur jugak.Selalunya,aku beli makanan sahur sekali dengan makanan waktu berbuka.Dah besar pandai jaga kecantikan.Kalau bangun tidur,muka mesti sememeh! Nak keluar pergi cafe,malu sebab ramai pulak jejaka kutu rayap yang masih tak tidur-tidur tapi terus bersahur. Kesimpulan,beli siap-siap la lauk masa waktu berbuka tu.


Rumah - Rumah adalah tempat bersahur paling awal dalam hidup aku.Paling awal di sini bermaksud,pukul 4 pagi lagi dah suap nasi ke mulut.Kalau tak pukul 4,mesti pukul 4.15pagi.Kat kampus dan sekolah..pukul 5.15 tu baru bangun..Kat rumah,lauk sangat banyak tapi aku letak 1 jenis je..Semua gara-gara takut sakit perut sampai tak boleh tidur nanti.Lepas makan,lepak-lepak kejap tunggu Subuh dan tidur.Dulu kecik-kecik,aku suka baca majalah Mangga sebelum waktu Subuh sambil minum air Nescafe panas.Bila fikir-fikir balik,ape kejadah baca majalah Mangga..!! Hurmm...


p/s : Kisah sahur aku tak menarik pun sebenarnya.Tapi aku saja nak ingat balik pengalaman bersahur.Orang lain best la dapat merasa sahur di kedai,mesti meriah!
Lilypie Angel and Memorial tickers