Saturday, December 17, 2011

Apa target hidup?

Bila orang tanya apa yang kita nak dalam hidup,rasa susah sangat nak jawap.Tak tahu jawapan apa yang patut nak bagi.Kalau main jawap je,tak buat seperti yang disebut,sah..."Cakap tak serupa bikin!"

Bila jawap ikut pendapat sendiri,rasa 'fake' pulak.Macam menipu diri sendiri.Selagi semua benda yang kita nak belum tercapai,selagi tu jugak aku masih rasa soalan-soalan seperti tu wajib diabaikan.Peduli apa! Haha

Sesuatu kehidupan yang tak pernah dijangka,tapi wajib dihayati sepenuhnya sebab hanya kita yang alami,orang lain mungkin tak alami macam kita atau dia pernah hadapi cuma kita yang tak tahu.

Sama macam blog,tak pernah terbayang pun blog ni akan wujud.Pernah terfikir,apa yang aku nak sebenarnya bila buat blog?Tak ada motif,tulis dan copy paste fakta,letak reference dan kemudian tekan publish.

Dah...sebenarnya aku merepek apa untuk entri ni? Haha ;p

Sekian!

Saturday, December 10, 2011

Tanda Lahir yang special!

Bila ada tanda lahir ni,rasa macam special je..tak semua orang ada.Tak ada la bengang pun..cuma penat aku nak terjemah satu persatu..Sebanyak 10% persoalan dari orang ramai aku kena jawap sejak kecik dulu.Cikgu-cikgu,kawan sekolah,kawan itu,kawan ini,masuk Universiti pun nak kena jawap jugak soalan yang sama.

Aku mempunyai tanda lahir pada mata sebelah kanan.Tempatnya sangat strategik,betul-betul kat tempat orang pakai eyeshadow! Biru gitu...auwww...korang ada? Tak ada kan..hahaha

Sejak tu jugaklah hari demi hari kalau jumpa orang yang baru kenal,cukup seminggu hari perkenalan,aku dah bajet..soalan tu mesti akan keluar..


  • " Eh,kenapa mata biru macam lebam kat mata tu??"
  • Cikgu sekolah tanya, "Kenapa mata awak lebam,awak bertumbuk dengan siapa??"
  • "Kenapa mata u sudah hitam sebelah??"

Tu antara soalan-soalan yang biasa aku dengar,dah tak ada perasaan ok! Dulu kecik-kecik memang hati panas jugak la kena soalan macam tu kan,biasa la budak kecik..suka ejek mengejek. Ada yang panggil aku lanun laa,macam-macam.Last-last lanun ni jugak la yang tolong korang kan! Haha

Tak kurang jugak yang pandai ambil hati aku.Bila aku cakap itu tanda lahir,diorang sedapkan hati aku yang lara ni.."Ohh,tanda lahir..budak pandai ni!". Tapi aku sedikit kecewa,sampai sekarang pun tak jugak pandai-pandai pun.Pandai kat celah mana pun tak tahu laa..

Agak pelik jugak bila tanda lahir aku ni kadang-kadang orang kata invisible. Kejap nampak,kejap tak nampak. Waktu invisible selalunya malam.Waktu siang,memang sah-sah la ada mata-mata orang yang merenung aku setiap hari. Haha

Aku masih ingat nasihat ustazah masa sekolah rendah, "Awak besar nanti kalau pakai eyeshadow,pakai sebelah je tau...!" Baik ustazah!! Sekarang memang pakai eyeshadow sebelah pun. Daripada menimbulkan syak wasangka orang,aku akan explain dulu awal-awal yang ni adalah tanda lahir semulajadi. Kalau malas nak explain,aku cuma letak letak sikit eyeshadow sebelah kiri yang agak-agak sama warna macam tanda lahir,dah sama rata! Haha

p/s : Kawan kata,tu la..masa kecik-kecik dulu tak nak pindah tanda tu ke tempat lain...!! oo...boleh ye pindah  tanda lahir time kecik?? Tak tahu pun..kalau boleh pun..dah terlambat!

Friday, December 9, 2011

Tudung segi empat tetap di hati..

Hari ni hari untuk mengemas..locker dalam keadaan 'carca marba',bila time busy..lipat-lipat baju dan terus sumbat dalam locker.Tak kira lipatan tu sama ke tidak,hentam sajalah! Janji masuk locker..Itu dia orang pemalas punya gaya...

Kemas punya kemas,bila masuk sesi mengemas tudung-tudung..terus jadi mata berpinar-pinar.Ohh,banyak jugak koleksi tudung aku bila lipat tudung bawal,shawl,pashmina,tudung express dan ada juga tudung corton (betul ke salah eja tu?).Dan apa yang membuatkan rasa rugi,bila beli tapi tak pernah pakai pun tudung tu.Menyesal pulak! Lipat punya lipat,MasyaAllah..macam boleh bukak kedai jual tudung..1 beg!

Tapi pakainya?? Kitaran yang sama..balik-balik tudung tu jugak..selang 2-3 minggu,pakai lagi tudung tu.Tudung yang tak pernah usik tu,sampai ke sudah tak pakai-pakai..Tak tahu mana silapnya,bila tengok orang pakai nampak cantik,terus rasa nak beli.Apatah lagi bila kat kedai tudung tu,macam angin tiup je suruh beli tudung tu.Zappp! Ambik dan hulurkan duit pada cashier...(Nasib baik kedai tudung tak ada  promoter,kalau ada..siap la,aku suruh promoter tu test pakai kat muka dia satu-satu!)

Walau segala bagai tudung dan jenis-jenis pemakaian tudung,aku tetap rasa tudung empat segi tu terbaik! Bukan apa, tudung tu macam sebati sejak dari zaman-zaman sekolah.Aku membesar dengan tudung empat segi dan segitiga (pakai waktu nak pergi mengaji Quran time tadika dulu).Masa tu tak ada shawl,pashmina tu semua..kalau ada pun,mesti aku fikir tu kain lapik meja kat ruang tamu!

Aku suka simple,tak mahu leceh-leceh dalam berpakaian.Rasa macam buang masa je nak bersiap lama-lama.Atau mungkin memang aku ni pemalas orangnya,terlalu mahu benda yang senang!


p/s : Banyak jugak gaya pemakaian tudung kat Youtube,taip saja Tutorial tudung,memang superb! haha

Monday, December 5, 2011

Feathers yang cantik

Kat bawah ni ada koleksi feathers yang sangat menarik bagi yang sukakan seni,yang tak suka..pun boleh tengok walaupun tak ada perasaan dengan keindahan corak yang terhasil...








p/s : ohh...boleh buat penanda buku,khas bagi mereka yang rajin membaca...Nampak gayanya boleh kumpul daripada zoo bila melawat burung...hehe ;)
Lilypie Angel and Memorial tickers