Monday, January 16, 2012

Hilangkan jerawat

Jerawat? Ohh,tu masalah biasa.Orang yang tulis entri ni pun tak terkecuali.Siapa yang tak ada jerawat,tak la risau sangat dengan muka.Tapi bagi yang banyak jerawat,mesti dengki tengok orang yang kulit licin.Betul tak? Sila mengaku cepat! ;)

Petua nak hilangkan jerawat..?

Senang saja.Jangan la yakin sangat dengan pencuci muka.Lagi-lagi promoter kat kedai tu,bukan betul pun. Astaghfirulahazim..

Petua aku senang je;

  • Jaga pemakanan (Kurangkan makanan berminyak,makan buah dan sayur banyak-banyak)
  • Jangan tidur lewat malam ( Masa-masa macam ni la jerawat nak naik,pagi esok ada sebijik!)
  • Kerap cuci muka (Cuci betul-betul,jangan nak cepat bilas je!)
  • Jauhkan make-up (Kalau nak make-up pun,pastikan cuci semula muka banyak kali)
  • Petua dari kawan,basuh muka dengan air beras,basuhan ke-3 air beras. (Ni khas untuk buang sel kulit mati,kesannya kulit jadi menggelupas,dan jadi putih sikit)
  • Letak ubat gigi kat tempat yang naik jerawat tu.
  • Bangun pagi,basuh muka dengan air suam,supaya liang roma tu terbuka, senang sikit kotoran nak keluar bila cuci dengan pencuci muka.

Kalau ikut petua tu,rasanya muka tak ada banyak sangat masalah.Cuma masalah sekarang ni,setiap orang,kulit muka tak sama.Ada kulit yang sensitif,ada kulit muka yang memang tak ada masalah,ada kulit muka yang kering dan lain-lain.Pemilihan pencuci muka pun penting.Rasanya,kalau tak silap..makin mahal pencuci muka tu,makin terjamin kualiti dia.


Nak kongsi jugak petua? Boleh kongsi di sini atau Segmen Kongsi Petua Hilangkan Jerawat 

Thursday, January 12, 2012

Bunga kuku

Masa kecik-kecik dulu,aku selalu tengok kuku.Apa benda yang macam bukit kat kuku tu.Macam matahari separuh pun ada.Pernah jugak conteng buat 'sinar' cahaya matahari kat kuku.Budak-budak,biasalah! Haha

Bila besar,benda tu makin berkurang.Sebenarnya,sampai sekarang pun aku tak tahu benda tu panggil apa.Tak apa lah,kita panggil bunga kuku ye! Bunga kuku sekarang hanya ada pada ibu jari,kedua-dua belah tangan.Punya la nak sangat tahu kan,aku pun cari kat google,taip bunga kuku.Ohh,sebelum tu,ni bunga kuku pada jari aku ;

Sila abaikan buku di belakang
Kurang jelas,tapi nampak kan?
Lepas aku godek-godek google,jumpa la satu forum pasal bunga kuku ni.Walaupun banyak mitos-mitos dan fatwa baru daripada pengirim,aku suka baca sebab aku tengok ramai juga yang prihatin tentang benda macam tu.Ni adalah pendapat yang aku print screen daripada  forum tu;

Untuk semua komen tu,semua aku suka.haha
Komen no.11 tu logik jugak.haha
Komen yang last tu fakta yang betul daripada fakta mitos lain. ;p

Kesimpulannya,aku kurang kalsium (barangkali!) Haha.Sebut pasal kalsium,teringat susu iaitu sejenis kalsium.Untuk pengetahuan,aku ni kurang gemar minum susu.Kalau orang kasi secawan susu dengan secawan air masak,aku rembat air masak dulu rasanya.Bila minum susu,rasa macam aku bakal sakit perut lagi setengah jam dan sesi masuk ke tandas pun bermula.

Bila aku tengok orang tua kat kedai minum susu,aku rasa menyampah sangat.Lagi-lagi pakcik yang order air susu.Lepas minum,sangkut-sangkut pulak kat misai dan kumis.Aku pun macam, "Euww,mengadanya pakcik ni,dah tua-tua order la air kopi ke,air nescafe ke..ni tak,dah la siap sangkut-sangkut kat misai pulak tu!". (Siapa rasa dia tua pangkat pakcik kat sini,minta maaf ye! )

Kalsium oh Kalsium,sila la cukup dalam badan ni supaya kuku tak berbunga lagi.Hati berbunga tak apa! Wink..wink! ;)

Sunday, January 8, 2012

Kaut untung hasil dari kisah aib orang lain?

Minggu lepas,kecoh cerita pasal ^&*())__@^# ..Tak boleh sebut,nanti hukumnya sama macam apa yang nak diceritakan dalam entri ni.

Semua dah sedia maklum tentang isu 'culture shock' oleh seorang student kita.Aku malas sebut siapa sebab satu Malaysia tahu.Maklum lah,1 Malaysia! Haha
Lagi pun,kalau aku sebut,berdosa tau tangan yang menaip ni.

Tapi persoalannya,apa fungsi dihebahkan benda tu untuk tujuan meraih trafik yang tinggi kat blog? Pendapatan tinggi hasil dari mempamirkan kisah-kisah negatif seseorang.Adakah itu jalan terbaik dan strategi untuk korek pendapatan lebih untuk cari makan? Jika begitu,berbaloikah duit itu untuk sesuap nasi kita dan anak-anak kita suatu hari nanti?

Ye.Memang untuk tujuan kebaikan jugak.Tapi soalnya,kalau esok dan lusa ada ahli keluarga atau kawan yang senasib dengan kisah-kisah negatif tu,agak-agak seronok tak baca cerita tu dalam blog-blog.Apa lagi bila dapat tau,hasil dari kisah negatif tu,orang lain yang dapat untung,kita dapat apa? Malu tak?

Sudah-sudahlah.Kita pun belum tentu masa depan macam mana.Kot esok lusa,anak cucu kita orang duk mengata sana sini,tak ke malu muka tu? Sedar-sedar la diri tu..

Mood : Geram ni.Tak aci pun ada.Apsal aku emo sangat nih? haha ;p

Tuesday, January 3, 2012

Jika begini,maka HARUS lahhh!!

Bila dah lama tak tengok situasi macam ni...


Maka HARUS lah aku pulang ke kampung....

Tapi belum lagi,banyak lagi benda masih belum selesai sebelum gelaran 'student' terlucut serta merta bulan Ogos,September nanti.
Tentang gambar di atas,aku pasti ramai orang tak pernah naik.Dengan sukacitanya,aku pernah!!
Cuma sekali,tu pun curi-curi naik kat tempat aku belajar mengaji Al-Quran dulu.Pakcik tu kerjanya kayuh beca ni.Tapi aku cuma naik,cuba untuk kayuh sendiri..malangnya tak mampu sebab berat,masa tu berat badan sendiri pun entah-entah sama berat dengan beca.Aku bajet 'yesss' je,bajet boleh gerak,rupanya susah..ingat senang ke nak kayuh bawak orang sekali??Terfikir jugak,betapa kuatnya orang-orang tua zaman dulu.Itu kisah sewaktu kecil,ulang-alik ke rumah tok guru mengaji Quran sampai habis.Alhamdulillah.

Sekurang-kurangnya aku sempat merasa zaman itu..anda bagaimana? ;p
Lilypie Angel and Memorial tickers