Monday, March 5, 2012

Kau memang gatal!

Tu dia..entri aku kembali kepada ayat-ayat skema.Aku cukup benci bila tiba-tiba wording yang aku guna bertukar kepada skema..Cis..cis!
Aku mahu blog aku santai seperti robot kuning tapi malangnya tak menjadi. Tu la orang kata,kalau dah skema tu tetap la jugak skema,susah nak ubah. 

Sejak kebelakangan ni aku asyik gatal-gatal kat badan dan benda yang aku paling menyampah adalah bila aku garu,tapi gatal tu tak tahu ke mana dah pergi nya..deng! Tau la kau tu sejenis 'gatal',tapi jangan la 'gatal' sangat sampai aku nak garu kau tapi aku dah tak tahu kau ke mana.Ahh,benci kau gatal..

Persoalannya,adakah aku ade alergic sesuatu sekarang? Kenapa muka selalu gatal-gatal sampai berjerawat banyak ni? Pengaruh krim Safi ke penyebabnya? Atau gatal ni nak suruh aku control makan supaya body slim? Wah..jika benar,aku rela! Haha

Friday, March 2, 2012

Orang tak tahu apa yang kita lalui..

Alhamdulillah.Orang kata,bukan senang nak duduk senang.Memang tak senang pun!Mengalir airmata tu tak terkira banyaknya untuk siapkan tesis.Orang tak tahu dan tak rasa apa yang kita lalui,kadang-kadang nampak happy,tapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu!

Kepada Supervisor dan Co-Supervisor,thank you so much!




p/s : Gambar expo FYPEX 29hb Februari lepas.Mungkin juga hadiah birthday ke-24 untuk tahun ini...?

Monday, February 27, 2012

Sampai kapan harus aku menunggu?

Kata-kata semangat untuk hari ni...

"Kalau nak ikut mulut orang,sampai bila pun takkan tutup!" - by co-SV
Memang betul walaupun pada awalnya sangat menyakitkan.Ahh,bukan pada awalnya,tapi keseluruhannya!!
Perasaan lain macam siang tadi.Cuak satu hal. Aku memang..selalu cuak.Tapi bila tengok orang cuak,aku rasa geli hati. Jahat sungguh!

Perasaan macamana entah. (nak sangat tulis entri,tapi tak tahu nk cerita macam mana!) - ok,personal!-

Tahun ni agak membuatkan aku serabut berbanding tahun-tahun sebelum ni.Banyak benda nak buat dan uruskan.Rupanya cenggini jadi orang dewasa yek? Payah nak terima kenyataan.

Satu lagi kata-kata semangat;

"Kenyataan memang pahit untuk ditelan,tapi nak buat macamana kan,terima jelah!"
Tau takpe! Tu adaptasi dari kisah Tentang Dhia....ok dah.Nak tidur.tata! ;)

Saturday, February 25, 2012

Habiskan baucer!

Puas hati.Memang puas hati.Sekurang-kurangnya aku hargai apa yang orang bagi.

Ini kisah tentang baucer 1M lagi.Tak larat dah aku nak tunggu lama-lama.Akhirnya aku tebus jugak dengan nilai RM197.70.Lagi 30 puluh sen rugi,sebab aku dah tak tahu nak cari harga yang tepat-tepat boleh kasi cukup RM200. So,burn cenggitu jek! ;(

Memang tak ada idea nak cari buku apa.Tapi memandangkan tempat aku ada buat pesta buku,aku ke sana jugak untuk habiskan semua baucer.Kalau tak,sah-sah la baucer aku nanti tak laku sebab dah expired.Masuk punya masuk pesta buku tu,aku rambang mata.Satu jam duk pusing sana-sini sampai orang yang jaga buku tu pun agaknya dah muak tengok muka aku yang selalu pusing-pusing dan kena check harga sebab aku suka tanya harga kat dia.Keh3x.

Memang berbaloi aku guna baucer.Tengok la aku beli buku apa;

9 buah buku aku borong.Pedulikan la apa orang nak cakap pasal tajuk-tajuk tu.
Jangan gelak,memang aku akan baca buku-buku camni. ;p

Majoriti buku-buku tu bagus,cuma ada satu,dua yang agak tak patut aku beli.Tapi takpe la,semata-mata nak cukupkan baucer tu. Nak gelak pun gelak lah.Korang mungkin takkan baca buku macam tu,tapi secara jujurnya,aku memang suka baca buku macam tu.

Kenapa tak beli buku pelajaran? Memandangkan buku pelajaran setiap satu harganya hampir RM100,dan ada harga RM100+..aku rasa nilai baucer tu memang tak cukup.Lebih baik aku pinjam je kat library untuk 1 semester aku seorang je guna.Lepas due date,renew lagi..pinjam lagi.pinjam lagi sampai cukup 1 semester.Itu memang taktik aku.

Terniat jugak nak beli novel.Tapi aku terpaksa pendam je apa yang aku nak tu.Bukan takde,tapi terlalu banyak novel sampai aku tak tahu nak pilih yang mana.Oleh itu,simpan jela niat beli novel.Kecewa, tapi takpe,sekurang-kurangnya buku yang aku beli tu boleh guna sampai tua.Kalau bukan untuk aku,anak-anak pun boleh guna nanti.InsyaAllah!





Lilypie Angel and Memorial tickers