Wednesday, March 7, 2012
Wordless Wednesday #07
Selesai tengok cerita ni semalam.Apa la,orang lain dah lama tengok,aku baru nak tengok.KehKehKeh.Menarik la jugak,sebab ade Pierre Andre! Harap maklum..sekian.
Moral of the story : Kunci kebahagiaan adalah kejujuran dan kepercayaan! Ok.Tata! ;)
Tuesday, March 6, 2012
Untuk renungan..
Kata-kata semangat hari ini untuk direnung...
Betul dan betul. Tiada yang salah.Kadang-kadang kita pandai tengok luaran,tapi dalaman seseorang,hanya Tuhan saja yang tahu. Biarkan Tuhan saja menilai..DIA lebih mengetahui dan DIA yang lebih memahami..Setitik airmata kita kerana ujian dari Tuhan,lebih mahal daripada airmata gembira seseorang setelah berjaya tapi terpesong niat dan kata hati mereka..
"Walau bijak mana pun seseorang,tapi kalau tak ada keberkatan dari Tuhan,tetap jugak tak boleh berjaya...." - by co-SV
"Tuhan tau niat kita....kalau niat tu tak betul,apa yang kita buat takkan menjadi...." - by co-SV
Betul dan betul. Tiada yang salah.Kadang-kadang kita pandai tengok luaran,tapi dalaman seseorang,hanya Tuhan saja yang tahu. Biarkan Tuhan saja menilai..DIA lebih mengetahui dan DIA yang lebih memahami..Setitik airmata kita kerana ujian dari Tuhan,lebih mahal daripada airmata gembira seseorang setelah berjaya tapi terpesong niat dan kata hati mereka..
Kisah tudung Express
Kegilaan memang menjadi-jadi bila tengok barang-barang yang dijual dalam Internet.Ya Rabbi! Tahan jela mata tengok.Mengalahkan tengok jejaka tampan.Jejaka tampan pun boleh jadi tak laku sebab barang-barang tu lebih penting.Sorry sang pria! Hihi
Tapi sebenarnya,aku mudah tewas bila tengok gambar.Contohnya tudung express! Wah,cantiknya model tu pakai..See? Model yang cantik sebenarnya kan? Cuba hang pakai..jadi cantik macam dia tak rasa-rasanya? Bila dah pakai sendiri,rasa macam tak kena pulak dengan muka.Kuang.Kuang.Kuang!
Abaikan aku membebel kat atas..
Ini kisahnya yang sebenar-benar.. Berminat dengan tudung di bawah?

![]() |
| Cantik dan manis! |
Kalau berminat, sila share gambar ni pada link di bawah ni untuk menang tudung Qaira Hijab!
Monday, March 5, 2012
Warung tepi jalan.
Sepanjang merantau hampir 12 tahun di negeri orang, banyak benda yang aku belajar.Terutama budaya orang-orang kita.Tapi aku bukan nak mengutuk cuma aku nak bagitau,setiap negeri ada lagak yang tersendiri.Aku bernasib baik jugak sebab dapat merantau sekurang-kurangnya boleh la bergaul dengan semua orang,bukan hanya duduk dalam geng negeri sendiri aje!
Satu benda yang aku agak kagum bila pergi ke kedai-kedai warung tepi jalan.Ye,aku memang suka lepak kedai-kedai tepi jalan aje,sebab aku suka tengok orang masak dekat dengan pengunjung berbanding tukang masak yang masak kat dapur.Orang kata aku tak ada taste makan kat kedai-kedai macam tu,tapi aku punya suka laa!
Sekarang pun,aku menetap di tempat yang banyak warung-warung tepi jalan.Bersepah-sepah manusia datang dari entah mana-mana entah! Lagi-lagi kat tepi laut macam kat sini haaa...Kuala Perlis,ehem! Dah la warung tepi jalan,kena pulak angin laut tiup..memang best kalau hirup Bihun Sup atau makan Char Kueh Tiaw petang-petang.Nyum..Nyum!
Ok.Berbalik kepada benda yang aku kagum tadi...(selepas penat merepek entah apa-apa).Hasil pemerhatian aku pada warung-warung berkenaan,kalau lelaki yang bancuh air,mesti sedap.Aku hairan jugak mula-mula sebab dulu aku selalu ingat lelaki tak pandai bancuh air.Sangkaan aku kurang tepat.Rupanya mereka lebih handal daripada perempuan.Tu belum rasa yang lelaki masak lagi..
Patutlah Chef Wan dan Chef Ismail wujud....
Tapi perempuan tak nak jugak mengaku kalah..bukti? Chef Ezani kan ada....

Subscribe to:
Posts (Atom)