Wednesday, July 4, 2012

True or false?

Pernah suatu ketika,waktu jatuh,terjatuh dan dijatuhkan dengan sengaja..orang bertanya..

"Ok ke?"

Dalam hati, nak je tanya, " Nampak macam ok ke?"

Tapi sakit dalam hati,Tuhan aje yang tau. Kadang-kadang kita cuba sorok dari realiti sebenarnya,sakitnya sangat  kuat sampai tak terkata dengan apa-apa bahasa pun. Takut dicop LOSER. Degil dan ego mengatasi segalanya.Tak ada la..ok je,tak ada apa-apa pun!

Bila orang sengaja buat sakit hati,(padahal dah tak heran pun sebab banyak kali sangat sakit hati), orang tanya lagi, betul ke tak sakit hati? Again! Tak ada laa,tak rasa apa-apa pun! Menipu untuk sekian kalinya lagi.

Bila orang minta maaf sebab menyinggung perasaan, orang tu datang balik cakap, sori kalau terasa tadi. Jawap aku, Eh,tak apa,nak buat macam mana dah lepas.

Dalam hati,semoga Tuhan ampunkan dosa mereka-mereka yang sebegini rupa Ya Allah!

Kalau kecewa bercinta? Agak-agak apa jawapannya? Hint ada di bawah.

true or false?

Wordless Wednesday #09


Dulu-dulu, kalau guna walkman,sayang kalau bateri nak habis.Nak jimat punya pasal,guna la pen atau pensil untuk rewind lagu balik. Kenangan lalu mengusik jiwa. Hee ;p

Tuesday, July 3, 2012

Dah kerja ke belum?

Kisah seorang budak yang baru tamat pengajian,

Mentang-mentang dah habis belajar,semua orang topik sama je,"Dah dapat kerja?".Macam biasa,aku dengan rendah dirinya kata,"Belum lagi,sedang mencari!".

Kalau ikutkan hati,nak je cakap.."Sabar la,aku tengah fikir ni,nak kerja ke nak sambung belajar lagi!" Perlu ingat,rezeki dan hala tuju setiap orang berbeza. Ada orang rasa dah penat belajar,memang dah tak nak lagi mengadap hal-hal pelajaran. Ada orang life dia,dia teringin sangat nak kerja mungkin dia nak cari pengalaman atau nak ringankan beban keluarga. Tu semua aku hargai.

Nampaknya masih lagi mencari-cari jalan yang pasti..Kita merancang,Tuhan menentukan. Aku percaya, ke mana saja hala tuju lepas ni,pasti ada hikmahnya. Rezeki orang tak sama macam rezeki kita. Kata Ustaz Azhar Idrus, kalau Tuhan bagi apa sahaja yang kita mintak serentak,nanti bertembung dengan permintaan orang lain. Huru-hara la dunia jawapnya. Contoh; semua orang mintak nak kerja bulan depan,semua orang dapat kerja bulan depan..kalau dapat tempat yang sama? Tak ke huru-hara jadinya?

Sunday, July 1, 2012

FIkir Positif

Hari ni hari Ahad,semua orang tahu.Kecuali bagi orang yang baca post ni esok,lusa...dan minggu depan.
Aku tak suka hari Isnin,sebab permulaan minggu.Kalau ada kuliah,kerja..aku tunggu hari Jumaat sebab esoknya weekend. Tapi tu la dia. Hari Jumaat ke hari Isnin cepat je...tapi kalau hari Isnin ke Jumaat? Lamaaa!

Hari ni dah 1 Julai 2012, dah bau-bau nak puasa dah ni. Tapi puasa tahun ni mencabar sket sebab untuk pertama kalinya akan berpuasa di bumi Jawa iaitu Indonesia. Untuk apa ke sana,nanti aku update status bila dah sampai sana ye. Tu pun kalau ada masa nak update blog. Entah-entah internet pun jarang-jarang dapat bukak.

Alhamdulillah.Rasa macam 2,3 hari ni bersemangat sket dan selalu fikir positif.Kenapa? Sebab 2,3 hari ni asyik dengar motivasi je dari internet. Motivasi bersama Prof.Dr.Muhaya, seorang individu yang cukup hebat dalam segala bidang. Pakar mata,pensyarah,pakar motivasi..sampaikan orang panggil ustazah pun ada.

Kalau dengar hari-hari, InsyaAllah..fikiran positif akan selalu ada dengan kita setiap hari..

Untuk mendengar ceramah beliau..boleh cari sendiri kat YouTube.Kalau malas..klik sini je;




Kata beliau,InsyaAllah..fikiran yang positif,akan menjadikan individu itu bersih hati,tenang,cemerlang dan senang dalam melakukan apa sahaja.
Lilypie Angel and Memorial tickers