Monday, April 9, 2012

Best ke jadi doktor?

Aku tertanya-tanya jugak,apa perasaan jadi seorang doktor? Seronok kah? Mencabar kah? Enjoy kah? Maklumlah,aku tak berpeluang nak ambil jurusan perubatan. Tapi aku sendiri pun hairan kenapa masa kecik dulu aku beria-ria nak jadi seorang doktor.

Nak jadi doktor,tapi aku takut jugak bila tengok rancangan medikTV kat TV3 dulu.Dengar pulak orang kata kalau jadi doktor,kena bedah mayat.Adoi. Aku ni takut tahap jumpa van mayat pun lari.Ada hati nak jadi doktor?

Masuk asrama,kawan-kawan kebanyakkan nak jadi doktor.Dulu masa kelas Biologi, aku suka jugak subjek tu sebab segala persoalan kesihatan terjawap bila belajar Biologi. Kenapa kita sedu,kenapa bersin,kenapa ada kencing manis,kenapa ada darah tinggi, dan paling aku suka..macammana proses fetus dan perkembangan bayi dari dalam perut sampai la lahir.Menarik bukan? Haha

Aku dah lupakan cita-cita asal.Sekarang aku belajar lebih menyeronokkan.Doktor tak boleh buat kerja kalau mesin rosak.Doktor tak boleh operate pesakit kalau arus elektrik tak mengalir.Nurse tak boleh gunting kapas balut luka tanpa konsep hukum tuas ketiga.Nurse pun tak boleh nak check tekanan darah tanpa alat yang ada bebuli sukatan. Pakcik yang bawak Ambulans pun tak dapat nak hantar pesakit ke hospital kalau bukan ada pencipta van.

Dan aku pulak tak boleh grad kalau projek masih belum selesai.Masanya akan tiba untuk viva session bulan Mei nanti.Tajuknya?

Modeling and Simulation using SILVACO for Multilayer InGaAs/GaAs/InGaAs of Solar Cells
Abaikan.Tajuk tidak berkaitan.Aku saja je,lari topik sekejap.Kepada Supervisor dan Co-Supervisor yang banyak membantu,terima kasih banyak-banyak! Alhamdulillah.Dapat jugak disiapkan dalam masa kurang setahun.Kita tengok result sama-sama nanti ye! (:

Sunday, April 8, 2012

Petua menambah rezeki

Rasa  macam nak post petua pulak hari ni.Petua yang terpilih hari ni adalah;

Petua Orang Tua-Tua 
Untuk Menambah Rezeki


1. Rajin bersedekah. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud; "Hendaklah kamu semua mengharapkan turunnya rezeki dengan bersedekah."

2. Bangun tidur awal pada waktu pagi.

3. Bermanis muka.

4. Berbicara dengan baik dan berfaedah. Meninggalkan sikap suka berborak kosong dan membicarakan hal-hal yang tak berfaedah langsung.

5. Rajin menyapu dan membersihkan halaman rumah dan tempat-tempat lain dalam rumah.

6. Elakkan selalu duduk dengan para wanita kecuali anda mempunyai hajat tertentu.

7. Mempunyai bakat tulisan yang indah. Tulisan yang indah merupakan kunci rezeki yang menyebabkan terbukanya pintu rezeki.



Sumber: Koleksi Petua

Wednesday, April 4, 2012

Sebelum,Semasa,Selepas

Sudah pulang ke kampung dari semalam.Fuh,dengan serta-merta jugak jerawat aku surut (betul ke istilah surut ni?Aku main taram je).Nampak gayanya,kena stay kat sini lama sikit la agaknya.Serius,semua jerawat yang tumbuh masa kat Perlis,semua dah nak hilang hari ni.Terima Kasih jerawat.Harap-harap tak jumpa kau lagi.

Seminggu sebelum balik,dah ketentuan agaknya bila selalu terjumpa ibu-ibu yang baru lepas bersalin dan ada jugak ibu yang dah 5-6 bulan selepas bersalin. Apalagi  bila aku pergi dinner satu malam tu,ramai pulak orang datang sambil bawak anak masing-masing yang masih baby.Wow, nursery kah?

Selama tu jugak la aku dibayangi kisah-kisah sebelum beranak,semasa beranak,semasa pantang dan semasa baby di bawah umur setahun. Deng! Rajin pulak aku pergi tadah telinga dengar cerita kisah ibu-dan-anak. Menarik memang menarik,rasa macam esok jugak kalau boleh aku mau beranak!

Tapi aku memang cukup kagum dengan kekuatan kaum wanita.Walaupun dianggap lemah,tapi bab-bab bersalin (sebelum,semasa,selepas) memang cekal la.Tabik spring wahai kaum wanita! Tak ada siapa boleh melawan pengorbanan wanita.

Ada jugak terselit kisah sang suami.Mungkin ada yang termakan hati bila waktu-waktu sebelum,semasa dan selepas.Tapi malas nak cerita,itu kisah rumah-tangga orang.Kalau terdengar tu,ibarat pengajaran untuk masa depan aku pulak.

Tak apa.Yang penting..Hidup kaum wanita! Hehe

Wednesday, March 28, 2012

Zombies ate your brain!

Sepanjang 24 tahun menjalani kegiatan harian,rasanya ni la kali kedua rasa macam sibuk sangat.Kali pertama masa zaman sekolah dulu,nasib la kau aktif sangat..amek! Sekarang sibuk bab akademik (perasan kejap). Tahun -tahun sebelum ni memang aku banyak main-main.Biasalah,orang kata tak boleh pressure sangat,nanti jadi bengong! Aku enjoy jela tiap-tiap hari. Makan-makan,berpacaran,tengok wayang,karaoke,travel sana-sini,mengorat senior,menyibuk dalam segala aktiviti dan lain-lain.Bahagianya hidup.

Masuk tahun ni,semua tu tiada lagi.Ibarat macam masuk ofis.Pagi petang pun sibuk.Balik rumah malam-malam  layan Plant vs.Zombi. Yang menariknya pasal game ni,dari tahun lepas aku main level 5-4,sampai tahun ni aku tak lepas-lepas lagi dari level tu.Menarik bukan?

Zombies ate your brain!
Rupanya macam ni sisa-sisa terakhir jadi student sarjana muda. Belum jadi student sarjana lagi.Sah-sah bangun,tidur,makan mengadap journal.Tapi kira ok sebab aku masih bujang. Ada seorang member kat sini,dah week 38 pregnant,bila-bila masa je boleh beranak,dah la minggu depan dia ada test.Lagi simpati aku tengok.Semoga dia dipermudahkan segala urusan.Bila dia beranak,aku la orang yang gembira agaknya.Biasalah,excited nak tengok baby.Tu je sebenarnya.Haha
Lilypie Angel and Memorial tickers