Monday, February 27, 2012

Sampai kapan harus aku menunggu?

Kata-kata semangat untuk hari ni...

"Kalau nak ikut mulut orang,sampai bila pun takkan tutup!" - by co-SV
Memang betul walaupun pada awalnya sangat menyakitkan.Ahh,bukan pada awalnya,tapi keseluruhannya!!
Perasaan lain macam siang tadi.Cuak satu hal. Aku memang..selalu cuak.Tapi bila tengok orang cuak,aku rasa geli hati. Jahat sungguh!

Perasaan macamana entah. (nak sangat tulis entri,tapi tak tahu nk cerita macam mana!) - ok,personal!-

Tahun ni agak membuatkan aku serabut berbanding tahun-tahun sebelum ni.Banyak benda nak buat dan uruskan.Rupanya cenggini jadi orang dewasa yek? Payah nak terima kenyataan.

Satu lagi kata-kata semangat;

"Kenyataan memang pahit untuk ditelan,tapi nak buat macamana kan,terima jelah!"
Tau takpe! Tu adaptasi dari kisah Tentang Dhia....ok dah.Nak tidur.tata! ;)

Saturday, February 25, 2012

Habiskan baucer!

Puas hati.Memang puas hati.Sekurang-kurangnya aku hargai apa yang orang bagi.

Ini kisah tentang baucer 1M lagi.Tak larat dah aku nak tunggu lama-lama.Akhirnya aku tebus jugak dengan nilai RM197.70.Lagi 30 puluh sen rugi,sebab aku dah tak tahu nak cari harga yang tepat-tepat boleh kasi cukup RM200. So,burn cenggitu jek! ;(

Memang tak ada idea nak cari buku apa.Tapi memandangkan tempat aku ada buat pesta buku,aku ke sana jugak untuk habiskan semua baucer.Kalau tak,sah-sah la baucer aku nanti tak laku sebab dah expired.Masuk punya masuk pesta buku tu,aku rambang mata.Satu jam duk pusing sana-sini sampai orang yang jaga buku tu pun agaknya dah muak tengok muka aku yang selalu pusing-pusing dan kena check harga sebab aku suka tanya harga kat dia.Keh3x.

Memang berbaloi aku guna baucer.Tengok la aku beli buku apa;

9 buah buku aku borong.Pedulikan la apa orang nak cakap pasal tajuk-tajuk tu.
Jangan gelak,memang aku akan baca buku-buku camni. ;p

Majoriti buku-buku tu bagus,cuma ada satu,dua yang agak tak patut aku beli.Tapi takpe la,semata-mata nak cukupkan baucer tu. Nak gelak pun gelak lah.Korang mungkin takkan baca buku macam tu,tapi secara jujurnya,aku memang suka baca buku macam tu.

Kenapa tak beli buku pelajaran? Memandangkan buku pelajaran setiap satu harganya hampir RM100,dan ada harga RM100+..aku rasa nilai baucer tu memang tak cukup.Lebih baik aku pinjam je kat library untuk 1 semester aku seorang je guna.Lepas due date,renew lagi..pinjam lagi.pinjam lagi sampai cukup 1 semester.Itu memang taktik aku.

Terniat jugak nak beli novel.Tapi aku terpaksa pendam je apa yang aku nak tu.Bukan takde,tapi terlalu banyak novel sampai aku tak tahu nak pilih yang mana.Oleh itu,simpan jela niat beli novel.Kecewa, tapi takpe,sekurang-kurangnya buku yang aku beli tu boleh guna sampai tua.Kalau bukan untuk aku,anak-anak pun boleh guna nanti.InsyaAllah!





Sunday, February 19, 2012

Perkataan yang biasa di Perlis

Adoi.Sakit 'lehiaq' aku duk baca satu blog ni.Dia tunjuk perkataan yang biasa guna di Penghelih! Aku dah 6 tahun kat Peghelih cuma 1,2 perkataan je tau beza Penghelih dengan negeri-negeri lain.Tapi blog ni buat list banyak benda yang aku baru tahu.Nice entri!

Rupanya,banyak beza perkataan yang diguna pakai di Peghelih dengan negeri utara yang lain.Antaranya;

  1. TAK SANGGA  - bermaksud SAKAN punya SAKAN punya SAKAN lah.
  2. SAYOP ...... bermaksud LEWAT ..... misalnya bangun tidoq lewat .... depa nanti kata .... MANGKIT SAYOP. (kalau di Kedah, Penang, Perak (utara) plak..... ianya bermaksud jauh.... jauh .... nun di langit biru ..... kira SAYUP menjulang ke awan (langit lah tu). Atau bagi deria pendengaran ..... SAYUP2 kedengaran di telinga bunyi suara yang mendayu2 mendendangkan lagu di bawa angin bayu.
  3. CEMUIH ........ (naik CEMUIH) ..... bermaksud MELUAT ..... BOSAN ......MENYAMPAH ....... (bagi puak2 Kedah, Penang, Perak (utara) plak .... ianya bermaksud JEMU, PUAS DAH sebab dok kena benda yg sama saja).
  4. PULUIT - asalnya dari perkataan PULUT ..... TAPI puak2 Peghelih akan tambah 'i' selepas 'u' ..... maka jadilah PULUIT ...... Puak2 Peghelih saja buat lagu tu. Ulu banat punya jenis ......Ulu betoi .....
  5. TAKUIT - ini pun mcm tu gak .... asalnya dari perkataan TAKUT ...... jadi TAKUIT.
  6. PATUIT - pun lagu tu gak .... asal dari perkataan PATUT ...... malah banyak jugak lagi yg di tokok tambah di ubahsuai dgn cara lagu ni ...... macam2 yg dok ada.
Kalau nak tahu banyak lagi perkataan-perkataan di utara (mana la tau nak jadi orang utara ke,nak kerja ke),so boleh tengok blog ni...

Friday, February 17, 2012

Boleh jawap ke tak?

Semalam agak bengang,bila tak dapat jawap satu soalan.Satu soalan yang orang share kat FB.

Menyampah sangat-sangat! Apa yang menyebabkan aku makin bengang bila orang lain dapat jawap,tapi aku langsung tak tahu nak jawap apa.Hari ni aku selongkar satu-satu yang orang post kat FB.Last-last jumpa solution.

Terfikir,diorang ni memang dapat jawap ke,atau saja nak kerek mentang-mentang dah lama tau jawapan....??


Bila aku dah tau jawapan sebenar,memang aku tak puas hati.Itu bukan soalan pun dan tak perlu jawap kot semua tu.Nahh! bengang punya pasal.Hahaha

Ada tak yang tak tau jawap? Tak apa.Mengaku jela.Aku pun tak boleh jawap jugak.Tapi jawapan dia memang tak sampai 5 minit pun..

Tuesday, February 14, 2012

Ohh..surprise!

Semalam,genap 24 tahun usia.Alhamdulillah,masih lagi bernafas hingga ke hari ni.Bila bangun hari ni,rasa macam mimpi, betul ke hari semalam dah berlalu? Kalau la setiap hari adalah hari jadi,kan best! Pergi mana-mana orang wish,"Happy Birthday!" ...So sweet..
Tak la sweet mana pun.Pahit jugak sikit-sikit sebab makin lama,umur makin berkurang walau hakikat usia bertambah.Haruslah ingat juga tentang ajal dan maut.Ya Allah,hapuskanlah dosa-dosa yang lalu...amin!

Ini kisah semalam.Hari yang agak huru-hara.Bangun pagi,rasa ceria semacam.Tiba-tiba dapat tau ada test on the spot.Ini memang betul-betul membuatkan aku rasa nak marah orang yang bagi info tu.Takpe lah,dia pun baru tau kot pasal test.Ada member siap cuci kereta lagi masa tu.Dapat tau kata ada test.Tapi dia masih rileks,sambung je cuci kereta dengan hati yang tenang.Lepas tu pergi test dengan jayanya!

Kisah waktu petang,aku rasa letih sangat sebab panas terik.Nak buat apa pun tak boleh,maka tidurlah aku untuk seketika.Tapi tak lena pun,tutup mata je tapi apa-apa yang orang sembang,boleh masuk dalam telinga.Handphone pulak asyik bunyi sebab ramai orang wish birthday.Walaupun tidur-tidur ayam,sempat pulak mimpi pergi ke kampus baru Pauh Putra dengan menaiki bas.-->Aku dah kata,mimpi aku memang merepek.Dalam perjalanan ke kampus,handphone bunyi la pulak.Aku terjaga..

"Hello,ni cik Suhaila ye?Saya dari pihak pengurusan nak bagitahu cik Suhaila ada denda...."

Duhh,aku tengah mamai ni.Tolong la jangan kacau waktu tidur aku.Serius,dalam kepala aku memang blur.Teringat pulak panggilan hangit HOTFM,takkan aku yang terkena kot.Ishh,tak mungkin.
Laa,rupanya ada seseorang buat delivery kek hari jadi untuk aku.Sah,ini mesti kerja SI-PEPARI. Kalau bukan dia,siapa lagi.

Gambar ni nak fokus warna bunga tu.

Yey,ni zoom dari jauh dgn kamera yang tak berkualiti.

Thanks kepada kakakku, SI-PEPARI susah-susah je cari orang untuk hantar kek tu. (ayat skema habis!)
Sejak kebelakangan ni,asyik dapat hadiah birthday pelik-pelik je dari orang.Tahun ni pulak dapat surprise kek.Last dapat sesuatu yang surprise adalah tahun 2010,juga time birthday,ada orang datang jauh bikin surprise.Duh,tolong jangan buat aku terharu lagi..haha

Apa-apa pun,terima kasih atas penghargaan dari insan-insan yang berkaitan dalam hidup aku....Lastly,Happy belated birthday to me! Hihi

Sunday, February 5, 2012

Fotostat kamus!

Dalam banyak-banyak orang yang fotostat dokumen atau apa-apa bahan..

Aku belum jumpa lagi orang yang fotostat kamus.Semalam aku ada mimpi fotostat kamus.Memang makin lama,mimpi aku semakin melampau dan merepek.Adakah terlampau stress atau terlampau rileks aku sekarang ni?

Tetapi yang bagusnya,aku boleh lupa aku mimpi kamus tu semalam.Tadi baru aku teringat.Aku termenung sekejap cuba ingat balik perkaitan kamus sampai boleh masuk ke alam mimpi.Sah! Mesti sebab baucer 1 Malaysia aku masih belum guna.

Kata seorang rakan,buku-buku kat kedai dah banyak yang habis. Alamak,aku belum tebus lagi nilai RM200 baucer tu,agaknya apa benda yang aku nak beli nanti gamaknya?Jangan kata suruh aku beli novel sudah la.Nasib baik kakak aku dah habis belajar,kalau tak aku rasa mesti dia dah borong 6 buah novel guna baucer buku.Rumah aku dah jadi 'mini library' dah.Berlonggok-longgok buku tu,dia yang punya.Bacanya 2-3 kali je,tapi simpannya bertahun-tahun! Setiap kali nak ubah rak buku,aku jugak yang jadi 'librian' angkut semua buku.

No.IC aku kasi hidden,bahaya! ;)

Ramai yang dah habis guna,aku je antara yang belum guna.Tak apa,last boleh guna 31 Mac 2012.Tunggu stok buku-buku ilmiah sampai,aku pergi beli nanti. Hihi

Saturday, February 4, 2012

Jari yang semakin cantik?

Aku dapat rasakan..

Jari-jemari orang-orang sekarang memang  cekap menaip dan menekan keypad pada handset.Aku masih belum buat kajian,adakah jari-jemari makin bertambah runcing atau tidak.Tapi yang aku tahu,pemain piano memang mempunyai jari yang cantik (tu pun kalau dia main piano sejak kecil).

Sejak wujud handset seperti Nokia 3310,aku rasa tengah tidur pun boleh tekan tok tap tok tap kat handset.Orang tengah drive pn sama,sebelah tangan pegang stereng dan sebelah lagi menaip SMS.Mata tengok 2 saat kat cermin kereta dan 3 saat kat handset.Ada jugak yang pegang handset sambil tukar gear.Wah! Emm..Sebenarnya aku pun boleh tahan expert jugak tekan keypad untuk taip sms tu (berlagak!).Macam gini haa....;

Ni bukan kuku aku ok!
Tapi sejak sekarang muncul handset canggih yang 'touch-screen',aku nak tergelak bila ramai orang yang salah tekan huruf. Kalau guna handset 3310 boleh la jugak nak teka huruf,ini huruf terang-terang kat situ,pantang mata ke lain,ambik kau..kau taip apa pun aku tak faham!

Bukan aku punya jugak! Haha
Tapi dalam banyak-banyak hal pun, tiga benda yang aku fobia dengan handset, salah hantar SMS pada orang lain, salah call orang dan silap nombor.Perlu ambil masa 2-3 hari jugak nak lupakan perasaan malu tu.Haha ;p

Thursday, February 2, 2012

Blog Contest..apa pendapat anda?

Semenjak dua menjak ni,asyik jumpa blog yang menghentam Blog Contest...

Sejujurnya,aku terasa! Kerana aku juga ada Blog Contest. Untuk terjah blog contest ku,sila klik Cik Ila punya Blog Contest! 


Kes hentam menghentam blog contest ni berpunca dari sesetengah blogger yang memang kurang senang bila tengok wujudnya blog sedemikian. Memang! Aku pernah jugak rasa benda yang sama dulu masa awal-awal ada blog ni. Terfikir,diorang ni tak ada kerja eh main contest-contest semata-mata nak hadiah?

Contoh..aku punya blog contest

Makin lama, aku pun makin terikut-ikut jugak dengan penangan blog contest ni.Bagi aku,tak salah ada blog contest ni. Selagi blogger yang buat contest tu niat dia  ikhlas nak bagi,yang lain apa lagi..cuba la.Mana tau,rezeki!

Selalunya yang buat contest ni pelbagai.Ada sesetengah tu dari butik yang buat contest untuk promote kedai online dia dan ada juga blogger yang nak kongsi kegembiraan dia. Rasanya bila join contest tu,kita pun tumpang gembira sama la kan? Dia untung,kita pun untung kalau ada rezeki.Kalau yang buat contest tu ada butik,sekurang-kurangnya aku tau la jugak pasal kedai dia.

Rasanya tak perlu nak dipersoal sangat pasal Blog Contest sebab setiap blogger yang anjurkan contest tu sememangnya ikhlas nak buat dan bagi sesuatu sempena contest/giveaway dia yang bertuah atau yang memenuhi kriteria yang dia nak.Aku yang juga salah seorang peserta atau blogger yang cukup suka join contest/giveaway ni pun kalau ada masa,teringin jugak nak buat contest/giveaway khas untuk follower aku.Tapi,tak tahu lagi bila...

Suka teady bear?

Siapa di sini sukakan teady bear?Rasa-rasanya jadi apa kat teady bear ni..

Untuk tau pengakhiran cerita,sila klik di sini ye.. ;)

Guess what happened to this teddy bear??

Something caused the BOOM! outside Theodore Central's window. What was it? Watch this video and win yourself an Acer’s Aspire One Happy when you join our Super Teddy’s Adventures.
Jom tengok! ;)

Bahasa Inggeris

Sekadar berkongsi..

Aku pernah berada di industri untuk beberapa bulan menjalani praktikal dan teman-teman sekerja adalah berlainan bangsa dan banyak terdapat juga fellow dari negara-negara lain.

Memandangkan hanya aku seorang sahaja orang melayu di department tersebut,jadi aku terpaksa berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya supaya tak timbul seberang ke-tidak-fahaman mereka.Untuk 2,3 hari pertama bekerja,aku mengaku sangat stress bekerja dengan mereka yang sangat menjaga etika kerja dan penggunaan masa jangan cakap la.Waktu bekerja 8 pagi tapi aku datang 7.20 pagi,meja semua dah penuh. Aku rasa dah cukup awal,tapi rupanya aku adalah antara yang lewat!

Bukan hal kerja yang aku nak bincangkan di sini.

Tapi satu benda yang memberi pengajaran untuk aku dan anda-anda semua yang tengah baca blog atau secara tak sengaja terbaca blog ni, adalah tentang bahasa.Orang yang berlainan bangsa dan kaum terutama mat salleh yang aku kenal di sana,cukup menghargai apa yang aku cakap,maksud nya penggunaan Bahasa Inggeris.Aku mengaku,aku bukan pandai pun nak bercakap Bahasa Inggeris dengan 'fluent' nya..Maklumlah,bila masuk bab Grammar English,aku lemah sikit. ;(

Cuma satu yang aku terfikir,kenapa bangsa aku sendiri malu untuk cuba bercakap dalam Bahasa Inggeris.Malah ada pihak yang mengejek pulak kawan-kawan dia nak berbahasa Inggeris?
Lilypie Angel and Memorial tickers