Saturday, February 25, 2012

Habiskan baucer!

Puas hati.Memang puas hati.Sekurang-kurangnya aku hargai apa yang orang bagi.

Ini kisah tentang baucer 1M lagi.Tak larat dah aku nak tunggu lama-lama.Akhirnya aku tebus jugak dengan nilai RM197.70.Lagi 30 puluh sen rugi,sebab aku dah tak tahu nak cari harga yang tepat-tepat boleh kasi cukup RM200. So,burn cenggitu jek! ;(

Memang tak ada idea nak cari buku apa.Tapi memandangkan tempat aku ada buat pesta buku,aku ke sana jugak untuk habiskan semua baucer.Kalau tak,sah-sah la baucer aku nanti tak laku sebab dah expired.Masuk punya masuk pesta buku tu,aku rambang mata.Satu jam duk pusing sana-sini sampai orang yang jaga buku tu pun agaknya dah muak tengok muka aku yang selalu pusing-pusing dan kena check harga sebab aku suka tanya harga kat dia.Keh3x.

Memang berbaloi aku guna baucer.Tengok la aku beli buku apa;

9 buah buku aku borong.Pedulikan la apa orang nak cakap pasal tajuk-tajuk tu.
Jangan gelak,memang aku akan baca buku-buku camni. ;p

Majoriti buku-buku tu bagus,cuma ada satu,dua yang agak tak patut aku beli.Tapi takpe la,semata-mata nak cukupkan baucer tu. Nak gelak pun gelak lah.Korang mungkin takkan baca buku macam tu,tapi secara jujurnya,aku memang suka baca buku macam tu.

Kenapa tak beli buku pelajaran? Memandangkan buku pelajaran setiap satu harganya hampir RM100,dan ada harga RM100+..aku rasa nilai baucer tu memang tak cukup.Lebih baik aku pinjam je kat library untuk 1 semester aku seorang je guna.Lepas due date,renew lagi..pinjam lagi.pinjam lagi sampai cukup 1 semester.Itu memang taktik aku.

Terniat jugak nak beli novel.Tapi aku terpaksa pendam je apa yang aku nak tu.Bukan takde,tapi terlalu banyak novel sampai aku tak tahu nak pilih yang mana.Oleh itu,simpan jela niat beli novel.Kecewa, tapi takpe,sekurang-kurangnya buku yang aku beli tu boleh guna sampai tua.Kalau bukan untuk aku,anak-anak pun boleh guna nanti.InsyaAllah!





7 comments:

kaizen said... Reply To This Comment

untung laa 1 buku 100-100++ jerr... ktorg nih... 1 buku da lebey 150... bru 1 subjek... buat beli alat tulis n cd/dvd jerr

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

buku plg bawah tu mcm bast... :)

Cik Ila said... Reply To This Comment

@kaizen

Haah,untung mmg untung kalo beli dgn lecture..kalu beli sndri kat luar..mau beratus2..haha

Cik Ila said... Reply To This Comment

@Azwan Aziz

Yg kt bwh jeke mcm best?? yg atas2 tu tak best???

~eZmALiZa~ said... Reply To This Comment

wah cik ilaa..same pulak kandungan entry kita..hehehe :D byknye buku cik ila beli...dah habis betul ke voucher tu? ezma ade lg seratos tak tahu nak beli ape lg.hahaa :D

Cik Ila said... Reply To This Comment

@~eZmALiZa~

Yeke ezma? Nti ila pegi terjah entri ezma yek...Aah,dh abiskan..xleh tggu lame2..makin rambang mata..mana ckup RM200 tu..hahaha

robotkuning said... Reply To This Comment

tak sempat gua nak paw belikan buku star wars