Thursday, February 2, 2012

Bahasa Inggeris

Sekadar berkongsi..

Aku pernah berada di industri untuk beberapa bulan menjalani praktikal dan teman-teman sekerja adalah berlainan bangsa dan banyak terdapat juga fellow dari negara-negara lain.

Memandangkan hanya aku seorang sahaja orang melayu di department tersebut,jadi aku terpaksa berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya supaya tak timbul seberang ke-tidak-fahaman mereka.Untuk 2,3 hari pertama bekerja,aku mengaku sangat stress bekerja dengan mereka yang sangat menjaga etika kerja dan penggunaan masa jangan cakap la.Waktu bekerja 8 pagi tapi aku datang 7.20 pagi,meja semua dah penuh. Aku rasa dah cukup awal,tapi rupanya aku adalah antara yang lewat!

Bukan hal kerja yang aku nak bincangkan di sini.

Tapi satu benda yang memberi pengajaran untuk aku dan anda-anda semua yang tengah baca blog atau secara tak sengaja terbaca blog ni, adalah tentang bahasa.Orang yang berlainan bangsa dan kaum terutama mat salleh yang aku kenal di sana,cukup menghargai apa yang aku cakap,maksud nya penggunaan Bahasa Inggeris.Aku mengaku,aku bukan pandai pun nak bercakap Bahasa Inggeris dengan 'fluent' nya..Maklumlah,bila masuk bab Grammar English,aku lemah sikit. ;(

Cuma satu yang aku terfikir,kenapa bangsa aku sendiri malu untuk cuba bercakap dalam Bahasa Inggeris.Malah ada pihak yang mengejek pulak kawan-kawan dia nak berbahasa Inggeris?

4 comments:

EllyZahari said... Reply To This Comment

eng-lish or mang-lish? hehe

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@EllyZahari

What is mang-lish?hahahahaha..
saya tau mango a.k.a pauh! haha

EllyZahari said... Reply To This Comment

buah pauh mkn ngn colek sedap tuh..hehe

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@EllyZahari

Aduuu..bru mkn td..amek pohon wakaf..haha

Lilypie Angel and Memorial tickers