Thursday, February 2, 2012

Blog Contest..apa pendapat anda?

Semenjak dua menjak ni,asyik jumpa blog yang menghentam Blog Contest...

Sejujurnya,aku terasa! Kerana aku juga ada Blog Contest. Untuk terjah blog contest ku,sila klik Cik Ila punya Blog Contest! 


Kes hentam menghentam blog contest ni berpunca dari sesetengah blogger yang memang kurang senang bila tengok wujudnya blog sedemikian. Memang! Aku pernah jugak rasa benda yang sama dulu masa awal-awal ada blog ni. Terfikir,diorang ni tak ada kerja eh main contest-contest semata-mata nak hadiah?

Contoh..aku punya blog contest

Makin lama, aku pun makin terikut-ikut jugak dengan penangan blog contest ni.Bagi aku,tak salah ada blog contest ni. Selagi blogger yang buat contest tu niat dia  ikhlas nak bagi,yang lain apa lagi..cuba la.Mana tau,rezeki!

Selalunya yang buat contest ni pelbagai.Ada sesetengah tu dari butik yang buat contest untuk promote kedai online dia dan ada juga blogger yang nak kongsi kegembiraan dia. Rasanya bila join contest tu,kita pun tumpang gembira sama la kan? Dia untung,kita pun untung kalau ada rezeki.Kalau yang buat contest tu ada butik,sekurang-kurangnya aku tau la jugak pasal kedai dia.

Rasanya tak perlu nak dipersoal sangat pasal Blog Contest sebab setiap blogger yang anjurkan contest tu sememangnya ikhlas nak buat dan bagi sesuatu sempena contest/giveaway dia yang bertuah atau yang memenuhi kriteria yang dia nak.Aku yang juga salah seorang peserta atau blogger yang cukup suka join contest/giveaway ni pun kalau ada masa,teringin jugak nak buat contest/giveaway khas untuk follower aku.Tapi,tak tahu lagi bila...

5 comments:

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

ade x contest dpt adiah honda civic? hehe

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@Azwan Aziz

amboi..itu sudah melampau...

Unknown said... Reply To This Comment

heheh blog contest ? pada nia okay cuma mungkin sesetengah org yg tak suka blog contest tu rasa bila dia buat contest , tak popular lah blog dia sbb blog contest ni kan jarang org BW.

tp nia okay je. hehe , sbb kalau dah bnyk sgt pun serabut jadinya blog kesayangn kita kan kan

oleh itu , apa kata join contest nia hikhik :P

http://nialidia.blogspot.com/2012/02/contest-aku-dan-quote-sahabat-vs-cinta.html

jommmmmmmmm!

bwarghhhhh said... Reply To This Comment

blog contest penah gak join.tapi bukan rezeki gua nak menang kereta audi.cis.tapi syukur contest nuffnang merasa gak gua pakai blackberri fre. ;)

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@robotkuning

Wah..untung la dpt guna hasil nuffnang tu... ;)

Lilypie Angel and Memorial tickers