Thursday, May 9, 2013

Macam Mana Kenal Dia?

Dalam duk bercerita pasal baby,siang tadi diterjah oleh seorang kawan kat lab research. Banyak jugak bersoal-jawab dengan dia.Dah macam di'interview' wartawan pulak. Cerita pasal baby memang wajib.Soalan pasal persediaan kawin pun boleh tahan.Soalan yang paling excited nak jawap adalah; 

"Macam mana boleh jumpa dan kenal husband?"

Selama ni yang tau hanya kawan rapat dan family je yang tahu.Biasalah,aku tak suka bercerita kalau orang tak tanya.Nanti show off pulak.*Tapi apa yang aku tengah buat ni sebenarnya salah satu cara show off jugak sebenarnya.Hehe*

Ok.Macam ni kisahnya;

Aku pun rasa nak gelak kalau cerita.Sebenarnya kami tak bercinta pun dulu.Kenal pun setakat senior-junior kat Universiti. Semua angkara Friendster! Entah la,agaknya jodoh memang macam tu.Ada sorang ni kan..*husband i la tu* dia tiba-tiba hantar mesej kat inbox konon-konon nak berkenalan.Tiap-tiap hari duk berbalas-balas mesej baru tahu rupanya duk satu Universiti.Bukan setakat satu kampus,tapi satu kolej kediaman pulak tu! Masa tu budak-budak lagi,banyak lagi tak tahu pasal Universiti sendiri terutama pasal aktiviti kolej dan environment Universiti macam mana.

Masa tu tahun 2006,kampus tu masih lagi berstatus Kolej Universiti,encik husband masa tu dah 4th year degree dan aku alahai,baru umur 18 tahun nak mula Diploma.Punya excited boleh kenal senior,bajet femes tahap dewa masa tu.*Alahai,perasan!*

Dalam hati,baiknya abang ni,suka bagi nasihat kat Skype.Haaa,chatting! haha.Asyik-asyik dia ni,tak ada orang lain ke nak skype dengan aku,bajet kerek.*Dalam hati suka sebenarnya kena kacau dalam skype tu.Hee..~!*

Mana taknya,pantang aku online,ada je dia.Pot-pet pot-pet duk nasihat macam-macam.Selalunya kalau cafe tutup,dia la orang pertama yang tanya,"Dah makan ke belum?" Kalau belum katanya nak tolong belikan.Pernah la jugak order kat dia suruh beli.Tapi sekali tu jela sebab malu dah nak suruh lagi sebab dia tak nak ambil duit pun.Ohh ye,rumah dia masa kat kolej memang serong sket je dari rumah aku.Rupanya barisan depan rumah je pun.Tapi jarang nampak,budak rajin study dalam rumah je agaknya.Tapi selalu jugak aku mengintai kat sliding door rumah,bilik dia belah depan,senang nampak dia duk tepi tingkap guna PC.Aku pulak meja study memang depan sliding door,cover dengan langsir je kalau orang lalu-lalang.hehe

Kenal macam tu je.Friendster dan Skype.Benda wajib untuk contact.2007 pulak,dia dah 2nd semester bermakna dah tak lama lagi dia nak tinggalkan universiti untuk grad.Dia senyap je.Dalam hati mungkin busy dengan final year project kot.Encik husband dulu grad Computer Engineering dan masa tu aku 1st year Microelectronic Engineering.Kos dia agak tough tapi dia ni memang otak bijak,grad pun pointer memang terbaik! Antara Malay student yang dapat pointer tinggi,dia la orangnya! *Harap-harap anak awak yang dalam perut ni bijak macam awak! Hee*

Masa pun berlalu.Dia dah habis degree.Tinggal la aku yang jaga Universiti sampai Uni pun dah bertukar dari Kolej Universiti kepada Universiti.Masa hari konvokesyen dia, aku datang bagi bunga.Tu la 1st time bagi hadiah kat orang lelaki.Entah la,tak tahu kenapa rasa nak bagi bunga. Tapi apa yang buat aku terkilan,disebabkan tak ada apa-apa hubungan pun dengan dia,aku tak bergambar langsung pun masa dia konvo.Kecewa! Kalau tak,mesti sekarang boleh tengok balik dan tunjuk kat anak.*Ok.Menyesal pun tak guna!*

Tahun berganti tahun.Senyap entah ke mana dia.Lost contact macam tu je.Dalam hati,"Dah kawin ke dia?"

Tahun 2011,dia muncul tiba-tiba.Bukan lagi Friendster dan bukan lagi Skype,tapi muncul kat YM.Tiba-tiba nampak dia online sedangkan sebelum ni kitorang tak pernah chat kat YM,sebab Universiti memang block YM.Aku dapat bukak YM pun sebab masa tu aku beli broadband,internet kat kampus slow so gigih la aku mencari broadband.

Dari situ,makin jadi rapat.Masing-masing bercerita kisah masa lost contact dulu.Ada sebabnya dia hilang tiba-tiba dan aku jugak,ada sebabnya aku berdiam diri.Panjang kalau nak cerita.

Terdetik kat hati, "Dia ke insan yang dicari?" Pening fikir.Istikharah aku untuk beberapa kali.Tapi tak jugak pasti.Petunjuk mungkin datang dalam bentuk gerak hati.Gerak hati menentukan segala plan selepas ini.

Sudahnya,2012 jugak kami disatukan.Alhamdulillah.Dia lah sebaik-baik suami yang dicari.Memang betul kata orang,bercinta selepas kawin memang seronok.Siapa sangka,jodoh seawal ni untuk aku.Dulu kerek,kata nak kawin umur 28.Tengok-tengok umur 24 dah kawin.hehe.Paling tak sangka,dengan dia pulak tu.Ramai yang terkejut sebab tak ada angin tak ada apa,tiba-tiba aku hantar kad kawin dalam dewan konvokesyen degree aku.*Surprise!*Heee~!

Macam tu la kisahnya.Mungkin tak menarik macam pasangan lain yang dah lama bercinta lepas tu kawin.Kami cuma kenal lama,tapi yang lama tu adalah lost contact,bukan bercinta! Sekarang baru nak belajar bercinta sambil menjaga amanah dari Yang Maha Esa,si kecik dalam perut ni.

InsyaAllah,semoga diberi kebahagiaan dunia akhirat bersama anak-anak nanti.Amin.

Kepada encik husband,kalau tergerak hati nak baca blog ni,sentiasalah ingat balik kenangan sewaktu kita kenal dulu.Tu pun kalau my husband ni rajin nak baca blog! Baca paper online rajin la dia.hehe ;)

Dating bersama husband.Hihi ;p
Dalam banyak-banyak gambar,ni je salah satu gambar yang dia sengih.Gambar lain toksah cakap,masam mencuka! Biasalah,orang anti camera memang macam tu.Lain la orang sebelah tu,pantang nampak camera mula nak tayang gigi.

Ok.Itu kisahnya.

Lain kali aku cerita benda lain pulak.Tata! ;)






3 comments:

NinaAz said... Reply To This Comment

Jgn lupa singgah blog nina yea. Lama dah tunggu kunjungan pemenang ni. Almost 1 week

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

ooo camni kisahnya... dulu ila cite sket je... menarik... still ade drama tu... part lost contact yg best... btol la org kata kalau dah jodoh tak kemana... suke sgt baca cite ni... hee

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@Azwan Aziz

Haaa..mcm tu la kisahnye.hehe

Lilypie Angel and Memorial tickers