Monday, October 3, 2011

Makcik ke kakak?

Bangun pagi,teringat zaman praktikal 2 tahun lepas.Bangun pagi dan mamai dalam toilet.Bukak pencuci muka tapi letak pada berus gigi,kadang-kadang bukak Colgate tapi sapu kat muka! Ish,mamai teruk sangat la tu.

Tentang praktikal jugak,teringat satu pengalaman hidup berjiran.Disebabkan aku dan kawan-kawan boleh dikatakan hanyalah jiran yang menumpang di kawasan perumahan tu,jadi haruslah bertegur sapa dengan orang sebelah rumah.Yela,kalau tak kita jugak yang susah kalau apa-apa jadi.Sekurang-kurangnya jiran kenal kita supaya boleh tolong kalau ada kecemasan nanti.

Nak dijadikan cerita,kami serumah pergi la ke rumah jiran-jiran.Agak kerap jugak la berborak dengan jiran-jiran sebelah rumah,kalau buat puding ke ape ke,mesti akan bagi sikit untuk jiran.Jiran yang aku maksudkan adalah jiran yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak kecil.Tapi satu benda yang mengecewakan aku,selama aku tinggal di kawasan tu,aku tak sedar pun yang aku telah memanggil jiran aku tu 'makcik' sedangkan kakak tu muda dan anak-anak masih kecil.

Benda tu aku sedar bila praktikal dah nak habis,kawan-kawan yang ingatkan aku..anak-anak kakak tu masih kecil,kakak tu pun muda lagi.Adehh,rasa bersalah pulak selama ni aku panggil makcik kat kakak tu.Kenapa la aku tak terfikir nak panggil dia kakak?Bukan aku sengaja panggil dia makcik,tapi benda tu automatik keluar dari mulut aku untuk panggil dia makcik.

Agaknya,aku ni terbiasa sangat bersembang dengan orang berstatus 'makcik' berbanding orang yang berstatus 'kakak'.Agaknya laaaa..hmm!

3 comments:

eVa said... Reply To This Comment

hahaha.. tp panggilan makcik utk yang dah anak kira mcm senior aa.. walaupun muda lagi.. hee.. tp kakak mayb dia org suka lagi.. nampak muder.. hehe

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@eVa

kalo kite duk tmpt tu.msti kita lg suka org pggl kita akak kan?muda sket..hehehe

Tie HT said... Reply To This Comment

akak plak ske berkawan dgn remaja2 gitu..perasan muda :)

Lilypie Angel and Memorial tickers