Thursday, September 22, 2011

Mentaliti masyarakat bila perempuan keluar waktu malam

Apa mentaliti masyarakat bila nampak perempuan keluar makan sampai tengah malam,bercampur lelaki dan perempuan??

Tanggapan orang sudah tentu.."Ishh,teruknya minah ni..apa nak jadi entah,tengah-tengah malam pun keluar campur dengan lelaki!"


Tapi lain bagi aku.Aku fikir perempuan macam ni lebih bersikap terbuka dan agak sempoi.Sebab aku rasa,perempuan tu ada kelebihan dalam perwatakan,komunikasi, cara dia bergaul sampai orang yang keluar dengan dia tu rasa selesa bila keluar bersama tak kira lelaki atau perempuan.Agak normal sebenarnya benda ni di sekitar kota,tapi bagi yang tinggal di desa,mungkin pendapat tu sedikit berbeza.Aku rasa tak salah untuk keluar bersama,tapi kena pandai jaga diri.Selagi kita jaga diri,InsyaAllah..kita takkan melampaui batas.

Sesetengah orang kata tak elok perempuan keluar malam-malam..Ye,memang betul,tapi tengok tujuan jugak..kalau keluar untuk lepaskan tekanan atau makan tu tak salah rasanya,yang salahnya kalau keluar tanpa hala tuju,pergi kacau orang lain,pergi buat kerja tak elok,pergi tempat merbahaya dan sebagainya.

Nak kata benda tu tak salah 100% pun tak boleh sebab ada hadis yang kata benda ni tak digalakkan..



33. dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara Yang mencemarkan diri kamu - Wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari Segala perkara Yang keji). (Surah Al-Ahzab ayat 33)

Bagi aku,seelok-eloknya,kalau keluar tu,biarlah berteman..supaya apa-apa jadi kat kita pun,ada yang ambil berat.Tapi teman tu pun,kena pilih yang baik-baik jugak..Kalau perangai pun macam ape je,baik korang duduk dalam rumah jela..selamat dunia akhirat! ;)

Sumber Hadis : Hadis tentang wanita yang keluar waktu malam

12 comments:

Qhaifa Nur said... Reply To This Comment

salam singgah

skrg ni mmg bahaya sikit nak kuar malam..apa apa pun biar berteman

dah follow jom follow back
qhaifanurin.blogspot.com

msredcheesecake said... Reply To This Comment

Bahaya pompuan kuar malam...lebih byk buruk dai baik...apa2 pun hati2 bila kuar malam yea...

suria lekatlekit said... Reply To This Comment

sebelum kawen suka jugak keluar malam2 ni.. kdg2 beramai2 minum2 ngan kawan2. tp dh kawen ni takde la aktiviti camtu dah.. nk keluar malam or siang cuma dengan hubby jer.. kena sedar diri ler.. kekekeke

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@Qhaifa Nur

InsyaAllah.. i will.. ;)

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@msredcheesecake

btul tu..tak elok sgt.. ;)

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@THE LEKAT LEKIT STORY

kekekeke..tmbh2 lg bila ade cik lala kan?? lagi la kene duduk dlm rumah..hehe

zuar said... Reply To This Comment

pompuan sebolehnya jgn la kuar mlm..bahaya..klu pun kuar berteman pun bahaya gak.klu terpaksa tu xpe la kn:-)

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@zuar

btul tu...thnx for comment..;)

Aesya Zealous said... Reply To This Comment

pempuan xelok kuar mlm.. klu terpaksa tu takpe la kot. kalau sekadar nak makan2, lepak2, xelok kot. baik duk umah belaja menjahit ke, memasak ke..keh3

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@Aesya Zealous

hoh?? menjahit n memasak..alamak aii..blaja ok lg..hehehe

Cik Syue said... Reply To This Comment

yup.. kena tgk tujuan juge.. kalau utk wat benda2 x berfaedah, bersosial x kira lelaki perempuan.. kemungkinan ade pndgn serong msyrkt di situ.. :)

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@Cik Syue

Setuju!!! ;)

Lilypie Angel and Memorial tickers