Thursday, June 16, 2011

Yang bertudung dipertikai,yang tak bertudung senang lenang

Perempuan dan tudung selalu dipertikai.Yang selalu jadi mangsa keadaan adalah yang bertudung.Tiap-tiap hari ada je topik pasal orang bertudung.Contohnya;

  • Pakai tudung tapi seksi
  • Pakai tudung tapi buat maksiat
  • Pakai tudung tapi bersikap kurang ajar
  • Pakai tudung sekadar ikut fesyen
  • Pakai tudung kadang-kadang je,ikut time


Balik-balik yang bertudung dipersoal.Apa nak kecoh? Benda tu boleh ubah jadi elok bila-bila masa je.Habis yang tak bertudung,kenapa tak dipersoal?Kenapa tak dihebohkan sedangkan itu satu tuntutan.
Dan tak kurang hebat bila keadaan ni berlaku,mesti ada pulak yang kata, 

"Kalau dah macam tu,baik tak payah pakai tudung!" ---> Aku rasa ayat ni tak sesuai sebenarnya.


Kenapa aku kata tak sesuai??


Sebab,bagi aku sekurang-kurangnya mereka pakai jugak daripada tak pakai langsung.Jadi kenapa perlu salahkan atau perlekehkan keadaan.Cuba bayangkan kalau keadaan tu berlaku pada orang yang baru nak bertudung,tak ke sakit hati bila dengar orang cakap macam tu.Terus tak jadi bertudung dengan sebab orang cakap-cakap.Patutnya kita lah yang bagi sokongan atau setidak-tidaknya mendoakan semoga orang tu bertudung dan sempurnakan cara pemakaian tu betul-betul menutup sepenuhnya walaupun kita tak la sempurna mana.


Ada satu kes pulak.Si A seorang yang tidak bertudung dan berniat mahu bertudung,tapi sebagai permulaan,dia nak pakai waktu-waktu tertentu je,kira on-off la kan.Tolong la JANGAN cakap kat Si A,  

"Eh,kalau macam tu baik jangan pakai tudung je!"

Kalau ada yang cakap macam ni,tak mustahil Si A terus tak jadi nak teruskan niat dia.


Sekurang-kurangnya,tolonglah cakap macam ni, 

"Tak apa,sekurang-kurangnya dapat pahala waktu pakai tu!"Haa,tak ke makin semangat Si A nak teruskan niat,kan???


Selalunya,yang banyak komen pasal tudung ni adalah mereka-mereka yang tidak bertudung.(Minta maaf la cakap).Kalau tak percaya,cuba dengar diorang cakap,mesti akan keluar ayat ni,

"Yang bertudung tak semestinya baik,yang tak bertudung tak semestinya jahat!

Mungkin ayat ni keluar sebab diri mereka dipandang lekeh hanya sebab tak bertudung.Banyak lagi alasan lain,contohnya ;

"Tunggu hidayah datang baru nak mula".Kihkihkih.Kita la yang patut cari Hidayah tu kan? ;)


Cuba buang mind set tu.Tak kira la orang tu bertudung atau tak,jangan la menilai orang tanpa kita tau apa niat dalam hati dia.Jangan senang-senang kata orang tu jahat,orang tu baik.Tapi sekurang-kurangnya,yang bertudung tu tetap dipandang elok walau keadaan adalah sebaliknya tanpa kita tau.Itulah hikmah agama suruh tutup aurat.Dah memang sah-sah tuntutan agama,terimalah kenyataan kalau anda dipandang lekeh hanya kerana tak bertudung atau hidup anda sentiasa difitnah kerana imej anda yang sebegitu rupa.Kalau ada orang nak buat baik,kita jangan halang,untung-untung,kita jugak dapat pahala. ;)


p/s : Entri ni tak memihak pada sesiapa.Maaf kalau ada menyinggung hati mana-mana pihak.Tapi jujur cakap,jangan asyik perlekehkan usaha orang dalam menunaikan kewajipan,tak kira la orang tu baru mula atau dah lama mula.

10 comments:

BTS said... Reply To This Comment

yup...statement "baik tak pakai tu seolah suruh dia tak bertudung ja kan"

SRenungan said... Reply To This Comment

suka entri ini :)

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

blogtilldrop : yep.betul tu. ;)

SRenungan : tq.. ;)

athirahassin said... Reply To This Comment

mmg sentap pun kl dgr org kritik psl org btudung...

Unknown said... Reply To This Comment

pemikiran yang dah diracun globalisasi... kejahatan dalam semua kebaikan... kebaikan dalam semua kejahatan... think. btw nice entri.


░▀─▀─█▀▀█───█───────▀─▀────────────░
░█▀█─█▄▄▄─█─█─█─█▀█─█▀█─█▀▀─█▀█─▀▀█░
░█▄█▄▄▄▄█─█─▀▀▀▀█▄█─▀▀▀▀▀▀▀▀█▄█▀▀▀▀░
░───────▄▄█───▀───────────────────▀░

oh ya! saya dari sini ^_^

eZmALiZa said... Reply To This Comment

cik ila, entry ni sgt bagus! anda boleh jadi ketua menteri yg menjaga hak2 wanita bertudung! kupasan yg menarik :)

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

trex : Apa boleh buat trex..manusia..huhu


MSF : Thank you! ;)


Ezma : erk,ketua menteri?? ohh no! hahaha

nurezzaty jamaluddin said... Reply To This Comment

betul tu..yang pakai tudung dipertikaikan..
x suke nak dengar bila ada org cakap mcm tu..

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

zety : btul2..menyakitkan btul kalau dgr org kutuk mcm tu..

Fasihah Supian said... Reply To This Comment

hmmm, kalau nak kata kubur masing-masing pun, jgn jg tepi kain org pun, kena ingat, esok2 kita mati siapa yang kapankan, siapa yang sembahyangkan....

Lilypie Angel and Memorial tickers