Sunday, June 5, 2011

Kafein..antara kebaikan dan keburukan

Kafein!

Bila aku cerita bahaya kafein kepada mak dan ayah aku,dia tak percaya.Katanya,kalau tak 'pekena' kafein,rasa gelisah.Laaa...pulak! ;(

So,lepas ni agak-agak aku kena print semua artikel pasal kafein dan tampal kertas artikel tu kat kabinet dapur untuk memudahkan mak aku menterjemah fakta tersebut.Itupun kalau dia nak baca! ;)

Ohh ye.Kat bawah ni ada artikel pasal kafein.'Check it out' kata budak-budak muda sekarang;


Eh,comel pulak gambar yang aku curi kat google ni. ;)



Kafein adalah gabungan alkaloid xantina yang berbentuk seperti Kristal serta berasa pahit. Ia juga dikenali sebagai trimethylxantine dengan rumus kimia C8H10N4O2 dan termasuk jenis alkaloida. Istilah “kafein” telah dijumpai oleh seorang Ahli Kimia dari Jerman, Friedrich Ferdinand Runge, pada tahun 1819.

Kafein boleh dijumpai secara semulajadi pada kopi, daun teh, buah kola, guarana dan pada minuman yang hampir setiap hari diambil. Apabila kafein diserap oleh tubuh badan, organ hati akan memprosesnya menjadi tiga produk primari iaitu paraxanthine, theobromine dan theophylline.

Kafein mengandungi pestisida semulajadi yang boleh melumpuhkan atau mematikan serangga tertentu yang merosakkan tumbuhan. Ia digunakan dalam bidang pertanian dengan cara pengekstrakan.

Dalam bidang perubatan, kafein digunakan sebagai ubat perangsang psikoaktif dan diuretik yang ringan. Ia juga baik bagi merangsang jantung serta meningkatkan pengeluaran urin. Pengambilan kafein yang sedikit dapat membantu dalam peningkatan stamina dan mengurangkan rasa lelah. Kafein juga mampu untuk menstimulasi otak. Beberapa negara yang maju, kafein telah digunakan untuk mengatasi masalah asma dan batu karang walaupun ia masih dalam kajian.


Kebaikan vs.keburukan!


Artikel ni dicedok dari sumber ini KAFEIN . Oh lagi satu jangan lupa,kafein jugak boleh menyebabkan lingkaran ubat nyamuk gelap bawah mata dan terjadinya gelaran seperti 'Mata Panda'.Harap maklum.

Saturday, June 4, 2011

Kata-kata yang membuatkan aku mahu jadi rajin.

Antara ayat yang membuatkan aku sentiasa mahu menjadi seorang yang rajin dan bersemangat adalah ;



"Sekejap je ambik masa..tak lama pun,5 minit je,tak rugi pun!"


Bila aku dengar orang kata macam ni,terus aku fikir 2,3 kali.
Dalam hati,"Aah eh,betul jugak.Kalau nak banding dengan masa aku online yang berjam-jam tu,apa salahnya aku manfaatkan waktu 5 minit untuk buat benda lain pulak,lepas tu sambung la nak online ke ape ke...!" 
 

Tapi kata-kata tu hanya berfungsi dalam keadaan aku tengah rileks,BUKAN semasa aku tengah tidur! Sebab bila aku tengah tidur,korang cakap la apa-apa pun,aku malas nak layan kecuali bila aku dengar orang mengumpat aku,baru aku pasang telinga! Hahahaha


p/s : Tu pun kalau mood tengah nak rajin,kalau tengah malas,aku tak layan pun ayat macam tu. ;)

Tak sampai hati nak publish gambar ni!

Aku sendiri tak sampai hati nak publish gambar ni.
Tapi demi pengajaran kepada manusia-manusia di luar sana termasuk aku sendiri  yang sentiasa leka dengan duniawi,aku pun publish.


Innalillah..


Kepada yang tertanya-tanya dan masih tak tahu,ni la gambar bayi yang dibuang dari pangsapuri Sentul 2,3 hari yang lepas.


Nauzubillah.
Mengikut kata surat khabar,kemungkinan si pembuang yang celaka tu nak buang bayi ni ke dalam tong sampah sebab tong sampah memang dekat dengan tempat bayi ni dicampak.
Kesian kan?Entah-entah budak ni bila besar,jadi doktor ke,ahli farmasi ke,cikgu ke,tak ke menyesal si pembuangnya?


p/s : Semoga si pembuang bayi yang keji lagi celaka tu bertaubat la sekarang sebelum Tuhan hukum atas dunia lagi.

Thursday, June 2, 2011

Kisah cinta aku lagi?

Semenjak aku buat blog,ada la 2,3 orang tanya aku,
"Kenapa aku tak pernah cerita pasal cinta dalam blog??"
Ohh,bila aku baca persoalan tu,mata aku dua biji naik ke atas.Dalam hati aku,eh sibuk betul dia ni!! hahahaha ;)


Sebenarnya macam ni wahai tuan/puan yang bertanya;


Aku sebenarnya anggap cintan-cintun tu suatu yang terlalu personal untuk cerita dalam blog.Walaupun orang lain cukup berbangga dengan kisah cinta masing-masing.Sesungguhnya,kisah aku kalau cerita dalam blog ni,aku takut jadi website cerpen pulak.Terlalu syahdu dan menghiris hati.Cewah! haha


Cinta tu buta dan membutakan! Serius! ahah

Orang lain pun ada kisah cinta.Tapi kisah cinta aku,kalau boleh aku tak nak pun orang tahu.Bukan terlalu nak berahsia sangat,tapi bukan style aku untuk cerita benda-benda tu kat orang.Bukan tu je,status FB pun aku tak pernah tulis pasal cinta-cinta ni.



Cinta aku tak la seagung mana pun tapi macam aku kata tadi,cukup personal kalau aku nak cerita.Kalau aku cerita pun,aku takut aku pusing cerita.So,baik jangan tanya sebelum korang tertipu dengan kisah cinta aku.Kepada seseorang yang aku pernah cerita kisah cinta,minta maaf sangat-sangat,apa yang aku cerita tu takkan sama dengan kisah sebenar.Niat aku cerita adalah untuk tidak menghampakan korang je.Maaf kawan!! ;(
Lilypie Angel and Memorial tickers