Sunday, June 5, 2011

Kafein..antara kebaikan dan keburukan

Kafein!

Bila aku cerita bahaya kafein kepada mak dan ayah aku,dia tak percaya.Katanya,kalau tak 'pekena' kafein,rasa gelisah.Laaa...pulak! ;(

So,lepas ni agak-agak aku kena print semua artikel pasal kafein dan tampal kertas artikel tu kat kabinet dapur untuk memudahkan mak aku menterjemah fakta tersebut.Itupun kalau dia nak baca! ;)

Ohh ye.Kat bawah ni ada artikel pasal kafein.'Check it out' kata budak-budak muda sekarang;


Eh,comel pulak gambar yang aku curi kat google ni. ;)



Kafein adalah gabungan alkaloid xantina yang berbentuk seperti Kristal serta berasa pahit. Ia juga dikenali sebagai trimethylxantine dengan rumus kimia C8H10N4O2 dan termasuk jenis alkaloida. Istilah “kafein” telah dijumpai oleh seorang Ahli Kimia dari Jerman, Friedrich Ferdinand Runge, pada tahun 1819.

Kafein boleh dijumpai secara semulajadi pada kopi, daun teh, buah kola, guarana dan pada minuman yang hampir setiap hari diambil. Apabila kafein diserap oleh tubuh badan, organ hati akan memprosesnya menjadi tiga produk primari iaitu paraxanthine, theobromine dan theophylline.

Kafein mengandungi pestisida semulajadi yang boleh melumpuhkan atau mematikan serangga tertentu yang merosakkan tumbuhan. Ia digunakan dalam bidang pertanian dengan cara pengekstrakan.

Dalam bidang perubatan, kafein digunakan sebagai ubat perangsang psikoaktif dan diuretik yang ringan. Ia juga baik bagi merangsang jantung serta meningkatkan pengeluaran urin. Pengambilan kafein yang sedikit dapat membantu dalam peningkatan stamina dan mengurangkan rasa lelah. Kafein juga mampu untuk menstimulasi otak. Beberapa negara yang maju, kafein telah digunakan untuk mengatasi masalah asma dan batu karang walaupun ia masih dalam kajian.


Kebaikan vs.keburukan!


Artikel ni dicedok dari sumber ini KAFEIN . Oh lagi satu jangan lupa,kafein jugak boleh menyebabkan lingkaran ubat nyamuk gelap bawah mata dan terjadinya gelaran seperti 'Mata Panda'.Harap maklum.

1 comments:

Rina Hj Saad said... Reply To This Comment

Skrg ada kopi organo gold yg sgt sedap, kopi diperbuat dr buah gano n kafein hnya 9g je compared to kopi biasa dlm 100g+..saya suka rasa organo gold ni, ada mocha, cafe latte n etc..hrga pun x mahal sgt tp yg penting sgt sedap..klau nk rasa bleh email saya di rinasaad@yahoo.com..

Lilypie Angel and Memorial tickers