Sunday, October 31, 2010

Jom serang blog MakDaraTerdiva!

Jom-jom kita melawat blog MDT..hoh,ape tu???? Okeh,blog MakDaraTerdiva.Hari ni mau promote ini blog maa...Rugi korang tak melawat blog ni,siyes best.Nak tau sebab pe?? Tengok sendiri kat http://www.makdaraterdiva.com/ ..

Cik Ila suka blog ni...so MDT,ehem-ehem..hehehehe.Short description psl blog ni;

1.  MDT punya blog tak busan macam blog lain sebab ada byk topik.

2.Topik dia lebih rileks,tak skema pun.Lebih pada santai

3. Followers boleh tahan ramai.Sebab?? Dah memang blog MDT best,mesti la ramai orang follow.

4. MDT mmg bloggers tegar.Memang separuh jiwa dan raga pada blog.

5.Agak kagum dengan MDT,even sibuk dengan hal-hal lain,tetap spend masa tulis blog

6.Blog MDT simple,tak serabut,bila bukak,terus keluar entri.Ada setengah blog,loading lama gila.

7.MDT baik hati buat contest.Bila ada contest,lagi ramai followers.Lagi rasa nak follow blog MDT.Thank you MDT,nanti buat contest lain pulak tau. :)

8.Colour blog pun menjadi perhatian gk.Especially girl,yang mana yang mmg cinta pink separuh mati tu,confirm suka tengok blog MDT ni.Nice-nice.

9.Blog MDT tak da lagu.Setengah follower tak suke blog ada lagu,bingit oi...!! ahha

10.MDT ni peramah layan follower.Even Cik Ila baru je jd follower MDT,Cik Ila kagum dengan MDT ni.

Okeh.habis promote.Kpd kawan-kawan,jangan segan-segan jadi top follower blog MDT tau.
 http://www.makdaraterdiva.com/ .....Kepada MakDaraTerdiva,teruskan berblogging! hehe

Ini bukan entri BOLA!

Yaa,Cik Ila tahu,hari ni semua bloggers buat entry BOLA SEPAK KELANTAN VS NS...ohh,semalam pun result bola sepak dah ramai yang jangka.Pukul 7 petang,dah banyak bloggers buat ramalan.


Ahh..bukan Cik Ila ambik tau sgt pasal bola.Kawan-kawan je yang lebih2.Boleh la,kemenangan 2-1 kepada Kelantan.Tahniah.

Okeh,cukup! Cik Ila tak nak panjangnya entri.Semalam Cik Ila ke KFC,orang lain sibuk mengadap TV,kitorang pergi KFC! Macam biasa,Cik Ila kecewa lagi..beratur tempat sikit orang,nak tunggu kat kaunter tu punya la lama.Penat beratur (time tu ada 3 je kaunter bukak), tiba2 kaunter lagi satu bukak pulak.Hoi...%&(*)()_)*_)%& !!! Tak nampak la pulak bila masa dia bukak.So,dapat free2 la kat orang yang baru masuk KFC time tu.mmm..kecewa!

Tengah2 makan KFC,nampak budak-budak ramai sangat.Salah seorang budak,BUDAK GEMUK.Cik Ila bukan jahat,tapi bila nampak budak gemuk nakal ni,geram pulak rasa! Punya la kitorang buat aksi muka untuk bagi budak tu takut.Sekali ayah dia pandang-pandang.ALAMAK,kantoi.Sorry pakcik.eheh ;p

Pastu Cik Ila terfikir,kenapa budak-budak suka sangat fast food??? KFC,McD...? Sebab anak-anak buah Cik Ila pun sama.Bila sebut nasi tak nak,KFC nak pulak.Tadi cakap demam.Bila cakap KFC,siap boleh pergi pulak beli KFC.Ni idea Cik Ila.Tak tahu korang punya idea macammana.Sebab budak-budak suka sangat ke sana;


1. Fast food adalah kategori bukan nasi.Sayur pun tak ada (Budak tak makan sayur,tp sayur KFC tu makan pulak)

2.Bila beli fast food,dapat free mainan (padahal org dewasa pun suka jugak mainan tu)



3.Dekat restoren fast food,ada playground...hey,don't play2 aaa..pastu sendiri main,sendiri jatuh,kan dah menangis! haha


4.Parents diorang busy dgn kerja.Cara pintas dan selamat tak bagi anak lapar,bagi duit utk anak order KFC.Hmm.Lepas tu,setiap masa budak-budak nak fast food.


5.Parents diorang malas nak masak sebenarnya.Mungkin ada alasan-alasan tersendiri kan.So,nak senang pergi jela tempat yang anak-anak suka.


6.Kat rumah,buat bising kena marah.Kat restoren fast food,budak lain boleh buat bising.Alang-alang tu join sekaki memekak.


7.Budak-budak kat rumah dah busan gaduh ngn adik beradik sendiri.Kat restoren,jumpa budak lain yang agak-agak sebaya,main kat playground yang sama.Mana tau,dah besar jodoh ke? haha


8.Dan lain-lain..........(dah tak tau apa lagi reason..tettt..haha)


Betul tak korang? ke,ade sebab-sebab lain budak-budak suka ke sana?Kalu ada,share-share pun bolehhhh??Okeh,dah terang-terang,ni bukan entri bola kan?

Thursday, October 28, 2010

Kalau dah begitu...

E-mail dari rakan


Ketua Paderi Kristian Sedunia Pope Benedict XVI telah mengadakan acara sembahyang dalam masjid di Turki dengan memakai lambang salib yang besar di dadanya. Kemudian Pope pula telah melawat masjid di Jordan dengan memakai kasut masuk dalam masjid. Kalau perkara ini berlaku di Malaysia camne??


Ni hasil dari rujukan (Wah,macam buat tesis pulak kena ada reference)


Gambar Pope di masjid Turki dan Jordan pada pautan berikut  
http://amkns.blogspot.com/2010/09/ketua-paderi-sembahyang-dalam-masjid.html


Amman (AsiaNews) – Benedict XVI’s late morning visit to the “al-Hussein bin-Talal” mosque in Amman, beyond being a gesture of openness towards Islam and an opportunity for the Pope to reiterate his lesson on faith.
In a meeting with Vatican press office director Father Federico Lombardi, curiosity over the fact the Pope did not remove his shoes as he entered the mosque, predominated.
http://www.asianews.it/news-en/Pope-wears-shoes-in-mosque-visit,-as-he-was-told-to-15201.html


ISTANBUL, Turkey (CNS) – In a gesture of respect to Muslims in Turkey and around the world, Pope Benedict XVI prayed in Istanbul's famed Blue Mosque, his first papal visit to an Islamic place of worship.
http://www.catholic.org/international/international_story.php?id=22182
 

Pusing.Kepala.Pusing

Seboleh-bolehnya tak nak letakkan harapan yang tinggi.Setakat ada target yang perlu dicapai,dah cukup.Hari ni last segala macam test.Lega.Kepala pusing.Kecewa.Tapi masih mampu senyum.

Jadual exam pun dah keluar.
  • 22/11/2010 - Engineering Management
  • 23/11/2010 - Semiconductor Fundamental
  • 25/11/2010 - Thinking Skill
  • 30/11/2010 - Digital Principles II
  • 04/12/2010 - Photonics II
Apa nak kata?Sekurang-kurangnya gap dan bilangan subjek tak macam dulu.Tengok test,hmmm..~! Tapi percaya pada diri,rezeki tu akan menyusul jugak,walau bukan sekarang.
Serabutnya kepala,Tuhan je yang tau.Cari tempat LI?FYP yang bakal menjelma?Akreditasi?Kerja? Kawin?Sambung Master?Engineer? Cikgu?Lecturer?Family? DUIT???

Semoga Engkau permudahkan langkah hamba-Mu ini Ya Tuhan. ;(

Thursday, October 21, 2010

Islamic Fashion Festival

*Lagi email dari seorang kawan.

boleh tahan grand!
Aisey man,tak de beza nampaknya Islamic Fashion dgn Hollywood fashion.

Tak menahan,ada tulisan jawi pulak tu
Baju cantik dah,tapi sayang.... :p
Ni pun sama..
ape ke benda???
ni fesyen 1 Malaysia???hehe
Sebenarnya,ada banyak lagi gambar,tapi ada 2,3 gambar tu rasanya nk publish,tak sampai hati.Tapi korang boleh agak rasanya gambar ape,kan?Apa yang boleh cakap,sekarang dah macam-macam gaya ada,Islamic ke,tak Islamic ke,dah macam tak ada beza.Habis,siapa yang patut dipersalahkan sekarang???

Wednesday, October 20, 2010

Kereta dan kereta.

*E-mail dari seorang rakan.


p/s : Amacam,apa pendapat korang? Cik Ila no komen.hahahaha

Tuesday, October 19, 2010

Antara usaha dan rezeki

Sekarang dah week ke berapa eh?
Alahai..lagi 1 week je utk tutup semua kelas,settle semua subtopik..
next 2 week,dah masuk study week,pastu cuti raya haji..lepas tu ape???



LEPAS TU....





FINAL EXAM!!! Grrrrr~!


Tiap-tiap sem,macam ni la rasa.Even dah 4 tahun belajar,tapi tak jugak ingat-ingat nak pulun study,semua kes study last minit.Bukan apa,kadang-kadang penat tu mengatasi segalanya.Sekarang,tengah pulun pulak utk test 2 sepanjang minggu ni.Ya Tuhan,bagilah kekuatan.Hmm...Bila tengok housemate,sorang-sorang dah macam tak berapa nak ok.Kejap study kejap landing,gitu la sebaliknya.Sama jugak dengan si penulis ni..hehehehe.


Tadi kat kelas lecturer bagi tau;

En.M  : Saya rasa dah takde masa nak ganti kelas kamu ni.Nanti saya bagi notes,then bagi latihan,submit to me as an assignment????
Students : Ok Encik..takde hal.boleh je buat assignment.Encik,malam ni ada kelas ganti tak?
En.M :  Malam ni takde kelas.
Students : Yesssss!
     En.M : Kamu ni...........~!
 Hmm..macam tu la students zaman sekarang.Keja asyik disuap je.Takde inisiatif langsung.Tapi penulis pun sama je sebenarnya.hehehehe.Jom Study!!!

Usaha tangga kejayaan

Usaha tangga kejayaaan! Kalau dah usaha,tapi masih tak berjaya,mungkin belum rezeki kita.So,banyak-banyak bersabar.Mungkin 1 hari,kita akan dapat kejayaan yang kita sendiri tak jangka...Itulah kuasa,Yang Maha Esa...Selamat Berjaya. :)

Saturday, October 16, 2010

Apa korang rasa?

Kadang-kadang situasi ni cukup menguji kesabaran.

  1. Tengah-tengah study,ada yang tegur..."Fuyoo..dia study.hebat aa..4 flat la pasni..!".Apa korang rasa?hahaha
  2. Time study dengan aman,tiba-tiba dengar satu suara orang menyanyi.Hey.hey hey,bising la.aku nak study.Kang aku pasang lagu kuat-kuat kang buat sakit kat kau,baru tau.
  3. Tengah-tengah study,ada yang disturb,"Eh,kita ada assignment eh?Buat assignment ape tu?
  4. Bila bukak blog kawan,tiba-tiba kita pun cuba cover dari dia yang kita tengah usha blog dia,dah abis minimize window,tapi terbunyi pulak lagu kat blog dia..Alamak,kantoi tengah mengusha!
  5. Bila tengah study kat library,ada yang datang tegur,"Eh,sejak bila ko kaki library ni? Lek laa..final lambat lagi...!!!
  6. Dalam kuliah,tengah syiok mengelamun,tiba-tiba lecturer panggil suruh buat soalan kat depan...!!
  7. Bangun pagi-pagi,niat untuk ke kelas,dah sampai kat tempat kuliah member bagitau,"Korang,kelas cancel!!!"
  8. Sidai baju,masa tu space kosong ke kat tempat penyidai,bila nak angkat baju dah kering,tengok-tengok orang tolak baju kita,semata-mata nak penuhkan baju dia.Baju kita tak kering-kering sampai sudah.
  9. Bila selisih dengan kawan kat tepi jalan,bunyi pulak soalan ni."Eh,bukan aritu ko kata nak belanja aku ke?"Padahal bila masa ntah janji ngn dia.
  10. Bila lambat tau apa-apa benda,ada pulak yang kerek cakap "Laa...ko tak tau lagi ke?? Aku dah lama tau,ingat ko dah tau..!"

* Situasi-situasi kat atas tu semua Cik Ila hadapi.Bengang je rasa,Tuhan je tau.Sebenarnya banyak lagi,tapi ini je yang terlintas kat fikiran time ni.So,korang cmne pulak?

Friday, October 15, 2010

Apa korang buat?

Bangun pagi-pagi,dengan harapan.Jogging dan terus jogging.Settle je Subuh,mula gerak ke tapak jogging.Depan rumah je pun,BASKETBALL COURT! 

Lari punya la semangat.Dalam hati,"Ohh,mesti kuat kan semangat.Lari lagi..lari lagi.!"
Dalam hati,bangga gila dapat jogging.Yelah,bukan senang nak dapat jogging,mesti busy dengan kelas.Kalau tak busy pun,MALU.Takpa la,jogging pagi-pagi jela.Round ke 5 sudah,fuh...mesti kuat lagi..lari lagi...
Sekali pusing.YA RABBI.....


Kalau korang jadi Cik Ila,korang buat ape? Tengah lari ni...Peluh penat satu hal.Peluh takut pun satu hal.Nape la time ni kau baru nak muncul wahai sang anjing.Bajet-bajet dia nak kejar...Aik,tiba-tiba,sampai kat court tu,dia patah balik.Aik????? Nape kau patah balik.Tadi gaya macam nak kejar aku.Nape patah balik.Fuhh..lega.Buat penat je cuak.Memang takut la,mana ada orang bangun pagi-pagi.Kalau anjing kejar,siapa nak tolong? Hmm...anjing memahami hasrat murni Cik Ila.CIk Ila mau jogging je,tak kacau dia pun.Hmm..Selamat! hehe

Thursday, October 14, 2010

Setiap tingkah itu bermakna

Hmm,tarikh keramat tu rupanya ada peristiwa ngeri yang berlaku.Apa-apa pun,takziah buat keluarga mangsa nahas kemalangan ngeri kat Melaka tu.Sangat menghayat hati.Mungkin blog lain dah publish gambar/video tempat kejadian.Tapi Cik Ila tak nak tunjuk,demi menjaga perasaan keluarga/waris mangsa.Yela,publish ada baik buruknya.Kebaikan dia,bagi pengajaran yang Ajal Maut di tangan Tuhan.Tapi keburukan dia,menggangu emosi keluarga mangsa tu jugak.So,Cik Ila buat keputusan untuk tak publish gambar tu.Lagi pun,semua orang dah tau kot.

Cuma Cik ila agak hairan sebenarnya.

SEBAB......


Anugerah Tuhan tu cukup bermakna untuk Cik Ila.
Kadang-kadang kata hati tu cukup kuat.Setiap debaran,mesti ada benda nak berlaku.Setiap jam yang dilihat tepat-tepat,ada peristiwa yang berlaku.Setiap apa yang dibuat,macam dah tau akibatnya.Setiap kata-kata walaupun takda niat nak sebut,tapi berlaku betul-betul.


Situasi A : 9 pagi 10.10.2010
Gee : Apa specialnya nya tarikh 10.10.10...?

Si A : Ramai orang kawin la kot.

CIk Ila : Ramai orang kawin,orang meninggal pun ramai.
Gee : Yeke? Orang buat kenduri ramai la.Orang meninggal tak dengar lagi.

*Waktu petang tu,heboh berita pasal accident kat Melaka




Situasi B: Satu hari di bulan Ramadhan,3.17am

Tiba-tiba tersedar dari tidur,tiba-tiba tengok jam.Siap boleh fikir,apa yang tengah jadi skrg ni? Family ke,kawan-kawan tengah susah hati??

Dapat sms dari sorang kawan,e**y,
" Dia dah pegi..... :( 
(Dia merujuk ayah kepada si e**y)

Kadang-kadang,ramai yang alami benda-benda macam ni,tapi berapa ramai yang cakap unexpected??? ramai kan.Pernah dengar orang cakap,"aku dah jangka pun!"?? Mesti tak dengar kan.Yela,kalau cakap macam tu,orang akan kata berlagak.Tapi itulah hakikatnya,setiap saat yang kita hadapi,ada banyak benda yang berlaku dalam dunia ni.Itulah Kuasa Tuhan Yang Maha Esa.Renung-renungkan. :)

Tuesday, October 12, 2010

Detox Foot Patch

Cik Ila ingat benda ni main-main je dulu.Tak sangka pulak jadi betul.Semua orang pun kenal Kinohimitsu kan?haa,ni nak cerita pasal adik beradik dia.Semalam punya semalam beli Detox Foot Patch,ala yang keluarkan toksin dalam badan tu.Dapat dari seorang kawan,lain kos.Baik budaknya.sopan santun.eheh.Dulu nak beli dari ex-schoolmate,tapi bila fikir pasal postage,terus hold dulu.Ni alang-alang dekat,beli jela kan?Nak promote sikit la pasal Detox tu kan.Tak percaya? Ok,tengok gambar.

ni description dia.

SEBELUM
SELEPAS
Amacam,ada berani mau try? Cik Ila sarankan,cubalah sebab Cik Ila pun baru hari kedua sesi percubaan Detox ni,kesan dia ada perubahan la.Bangun pagi-pagi rasa lebih segar.Tapi depends pada siapa yang cuba jela kan? So,apa tunggu lagi,jom shopping Detox Foot Patch.Cik ila beli dengan harga RM3 untuk sepasang,kira murah la tu kan?

Sunday, October 10, 2010

Tarikh cantik

Ok semua.Hari ni tarikh cantik
10.10.10
Ada orang kahwin tak hari ni?
Mesti ada kan?Apa-apa pun hari ni sangat tenang,dah la cuti!
So,pada yang buat kenduri hari ni,semoga majlis berjalan lancar ok?
Yang penting KERJASAMA macam dalam gambar ni :)


 

Saturday, October 9, 2010

Open House 2010

Alang-alang suasana tenang ni kan,tiba-tiba mood datang utk tulis blog.Dah lama tak tulis.Malas kot,busy pun mungkin.Semalam,Aidilfitri dah habis.So,pada siapa-siapa yang kononnya nak buat open house tu,hentikan lerr..Sebut pasal open house,memang hari ni nak cerita pasal open house pun.Tahun ni la catat record paling banyak pergi open house.Ada banyak sangat gambar open house.Tapi tak dapat nak upload semua la kan.Nanti,jadi fotopages pulak.ahah!

Open house rumah En.An kt Changlun
muka-muka happy dapat makan :)

Okeh,itu rumah En.An.Ada lagi gambar.Kesimpulan,tahun ni la paling banyak undangan open house.Kalau ikutkan,majlis berbuka pun boleh tahan banyak.Alhamdulillah,rezeki murah tahun ni.Next picture untuk Majlis Sambutan Aidilfitri Kg.Wai,di mana masa ni,Cik Ila kurang turut serta makan-makan dengan semua yang datang,kene jaga PA sytem n audio.Hmm..dapat makan ciput je.Tapi takpa,yang penting,majlis selamat dan lancar. 

Penganjur bersama :)
ramai kan orang? makanan habis!


satay yang diserbu!

artis jemputan n ain!

 Hmmm..dah byk gmbr publish,tapi sebenarnya byk lagi tempat.Cuma tak berkesempatan nk publish semua.Ok.That's all for today.Say bye2 to Syawal. :)

Friday, October 1, 2010

Kenapa kucing comel?

Ni kucing Cik Ila bela kat kampus dulu. :)

Kenapa kucing comel? Banyak yang kita jumpa....

"Eh,kucing..comelnye..."

"Olololo..kucing ni..comelnye die..."

"Kucing sape ni..comel gile..."

"Kucing ni comel sangat..bestnya kalau ade kucing macam ni..."

Kat mana comelnya kucing agaknya? Di muka? bulu?ekor?anak kucing?colour?
Sejujurnya,Cik Ila juga rasa benda yang sama,tapi tetap tak boleh describe,kat mana comelnya kucing tu.Mungkin peminat-peminat kucing saja yang mengerti..kan?
Lilypie Angel and Memorial tickers