Saturday, October 16, 2010

Apa korang rasa?

Kadang-kadang situasi ni cukup menguji kesabaran.

  1. Tengah-tengah study,ada yang tegur..."Fuyoo..dia study.hebat aa..4 flat la pasni..!".Apa korang rasa?hahaha
  2. Time study dengan aman,tiba-tiba dengar satu suara orang menyanyi.Hey.hey hey,bising la.aku nak study.Kang aku pasang lagu kuat-kuat kang buat sakit kat kau,baru tau.
  3. Tengah-tengah study,ada yang disturb,"Eh,kita ada assignment eh?Buat assignment ape tu?
  4. Bila bukak blog kawan,tiba-tiba kita pun cuba cover dari dia yang kita tengah usha blog dia,dah abis minimize window,tapi terbunyi pulak lagu kat blog dia..Alamak,kantoi tengah mengusha!
  5. Bila tengah study kat library,ada yang datang tegur,"Eh,sejak bila ko kaki library ni? Lek laa..final lambat lagi...!!!
  6. Dalam kuliah,tengah syiok mengelamun,tiba-tiba lecturer panggil suruh buat soalan kat depan...!!
  7. Bangun pagi-pagi,niat untuk ke kelas,dah sampai kat tempat kuliah member bagitau,"Korang,kelas cancel!!!"
  8. Sidai baju,masa tu space kosong ke kat tempat penyidai,bila nak angkat baju dah kering,tengok-tengok orang tolak baju kita,semata-mata nak penuhkan baju dia.Baju kita tak kering-kering sampai sudah.
  9. Bila selisih dengan kawan kat tepi jalan,bunyi pulak soalan ni."Eh,bukan aritu ko kata nak belanja aku ke?"Padahal bila masa ntah janji ngn dia.
  10. Bila lambat tau apa-apa benda,ada pulak yang kerek cakap "Laa...ko tak tau lagi ke?? Aku dah lama tau,ingat ko dah tau..!"

* Situasi-situasi kat atas tu semua Cik Ila hadapi.Bengang je rasa,Tuhan je tau.Sebenarnya banyak lagi,tapi ini je yang terlintas kat fikiran time ni.So,korang cmne pulak?

0 comments: