Sunday, October 31, 2010

Ini bukan entri BOLA!

Yaa,Cik Ila tahu,hari ni semua bloggers buat entry BOLA SEPAK KELANTAN VS NS...ohh,semalam pun result bola sepak dah ramai yang jangka.Pukul 7 petang,dah banyak bloggers buat ramalan.


Ahh..bukan Cik Ila ambik tau sgt pasal bola.Kawan-kawan je yang lebih2.Boleh la,kemenangan 2-1 kepada Kelantan.Tahniah.

Okeh,cukup! Cik Ila tak nak panjangnya entri.Semalam Cik Ila ke KFC,orang lain sibuk mengadap TV,kitorang pergi KFC! Macam biasa,Cik Ila kecewa lagi..beratur tempat sikit orang,nak tunggu kat kaunter tu punya la lama.Penat beratur (time tu ada 3 je kaunter bukak), tiba2 kaunter lagi satu bukak pulak.Hoi...%&(*)()_)*_)%& !!! Tak nampak la pulak bila masa dia bukak.So,dapat free2 la kat orang yang baru masuk KFC time tu.mmm..kecewa!

Tengah2 makan KFC,nampak budak-budak ramai sangat.Salah seorang budak,BUDAK GEMUK.Cik Ila bukan jahat,tapi bila nampak budak gemuk nakal ni,geram pulak rasa! Punya la kitorang buat aksi muka untuk bagi budak tu takut.Sekali ayah dia pandang-pandang.ALAMAK,kantoi.Sorry pakcik.eheh ;p

Pastu Cik Ila terfikir,kenapa budak-budak suka sangat fast food??? KFC,McD...? Sebab anak-anak buah Cik Ila pun sama.Bila sebut nasi tak nak,KFC nak pulak.Tadi cakap demam.Bila cakap KFC,siap boleh pergi pulak beli KFC.Ni idea Cik Ila.Tak tahu korang punya idea macammana.Sebab budak-budak suka sangat ke sana;


1. Fast food adalah kategori bukan nasi.Sayur pun tak ada (Budak tak makan sayur,tp sayur KFC tu makan pulak)

2.Bila beli fast food,dapat free mainan (padahal org dewasa pun suka jugak mainan tu)



3.Dekat restoren fast food,ada playground...hey,don't play2 aaa..pastu sendiri main,sendiri jatuh,kan dah menangis! haha


4.Parents diorang busy dgn kerja.Cara pintas dan selamat tak bagi anak lapar,bagi duit utk anak order KFC.Hmm.Lepas tu,setiap masa budak-budak nak fast food.


5.Parents diorang malas nak masak sebenarnya.Mungkin ada alasan-alasan tersendiri kan.So,nak senang pergi jela tempat yang anak-anak suka.


6.Kat rumah,buat bising kena marah.Kat restoren fast food,budak lain boleh buat bising.Alang-alang tu join sekaki memekak.


7.Budak-budak kat rumah dah busan gaduh ngn adik beradik sendiri.Kat restoren,jumpa budak lain yang agak-agak sebaya,main kat playground yang sama.Mana tau,dah besar jodoh ke? haha


8.Dan lain-lain..........(dah tak tau apa lagi reason..tettt..haha)


Betul tak korang? ke,ade sebab-sebab lain budak-budak suka ke sana?Kalu ada,share-share pun bolehhhh??Okeh,dah terang-terang,ni bukan entri bola kan?

1 comments:

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

saya suke gi McD..hehe