Sunday, December 18, 2011

Bila benda tu jatuh...

Bila diperhatikan setiap hari...

Dalam banyak-banyak benda yang jatuh ke bawah,ada satu objek yang bila dia jatuh ke bawah..muka semua  orang penuh ekspresi.Jatuh yang aku maksudkan adalah bila...





telefon bimbit jauh ke bawah...




Ya.Penuh ekspresi pada raut wajah.Ada yang macam nak menjerit,ada yang muka perit dan ketat,ada yang tutup telinga (yang ni serius lawak,bukan bunyi bom pun!),ada jugak muka menyesal gila sebab tak jaga betul-betul telefon tu.

Seronok.Tu je yang aku boleh kata bila tengok semua tu berlaku depan mata.Bila sendiri rasa..memang lebih kelat la muka.Lepas tu mula la kira,laa...hari tu dah jatuh,takkan jatuh lagi! Ada yang jatuh,terus berkecai..bateri entah ke mana,simcard terkeluar,last-last..ikat dengan getah sayur jugak..Nasib badan.

Seingat aku,cuma telefon tiga-tiga-sekupang (Nokia 3310) je yang tahan lasak.Jatuh la banyak mana pun,tetap tak ada kesan sangat.Kalau Iphone jatuh? Blackberry jatuh? Samsung jatuh? Mau rasa nak geram kan? Ke,ada yang saja buat-buat jatuh telefon sebab nak tayang telefon baru? Mintak dijauhkan dengan orang riak macam ni...

1 comments:

Shigehito Gunzer said... Reply To This Comment

hehe....suma orng pernah alami peristiwe mcm tuu