Saturday, December 10, 2011

Tanda Lahir yang special!

Bila ada tanda lahir ni,rasa macam special je..tak semua orang ada.Tak ada la bengang pun..cuma penat aku nak terjemah satu persatu..Sebanyak 10% persoalan dari orang ramai aku kena jawap sejak kecik dulu.Cikgu-cikgu,kawan sekolah,kawan itu,kawan ini,masuk Universiti pun nak kena jawap jugak soalan yang sama.

Aku mempunyai tanda lahir pada mata sebelah kanan.Tempatnya sangat strategik,betul-betul kat tempat orang pakai eyeshadow! Biru gitu...auwww...korang ada? Tak ada kan..hahaha

Sejak tu jugaklah hari demi hari kalau jumpa orang yang baru kenal,cukup seminggu hari perkenalan,aku dah bajet..soalan tu mesti akan keluar..


  • " Eh,kenapa mata biru macam lebam kat mata tu??"
  • Cikgu sekolah tanya, "Kenapa mata awak lebam,awak bertumbuk dengan siapa??"
  • "Kenapa mata u sudah hitam sebelah??"

Tu antara soalan-soalan yang biasa aku dengar,dah tak ada perasaan ok! Dulu kecik-kecik memang hati panas jugak la kena soalan macam tu kan,biasa la budak kecik..suka ejek mengejek. Ada yang panggil aku lanun laa,macam-macam.Last-last lanun ni jugak la yang tolong korang kan! Haha

Tak kurang jugak yang pandai ambil hati aku.Bila aku cakap itu tanda lahir,diorang sedapkan hati aku yang lara ni.."Ohh,tanda lahir..budak pandai ni!". Tapi aku sedikit kecewa,sampai sekarang pun tak jugak pandai-pandai pun.Pandai kat celah mana pun tak tahu laa..

Agak pelik jugak bila tanda lahir aku ni kadang-kadang orang kata invisible. Kejap nampak,kejap tak nampak. Waktu invisible selalunya malam.Waktu siang,memang sah-sah la ada mata-mata orang yang merenung aku setiap hari. Haha

Aku masih ingat nasihat ustazah masa sekolah rendah, "Awak besar nanti kalau pakai eyeshadow,pakai sebelah je tau...!" Baik ustazah!! Sekarang memang pakai eyeshadow sebelah pun. Daripada menimbulkan syak wasangka orang,aku akan explain dulu awal-awal yang ni adalah tanda lahir semulajadi. Kalau malas nak explain,aku cuma letak letak sikit eyeshadow sebelah kiri yang agak-agak sama warna macam tanda lahir,dah sama rata! Haha

p/s : Kawan kata,tu la..masa kecik-kecik dulu tak nak pindah tanda tu ke tempat lain...!! oo...boleh ye pindah  tanda lahir time kecik?? Tak tahu pun..kalau boleh pun..dah terlambat!

8 comments:

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

xperasan pon tanda lahir awak tu..

Cik Ila said... Reply To This Comment

Mmg tak perasan,dalam gambar tak nmpk langsung..hehe

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

kalau camtu kena jmpa face 2 face la...haha

Cik Ila said... Reply To This Comment

@Azwan Aziz

erk..jumpa face to face?? Ohh no! haha

LollyHatesMe™ said... Reply To This Comment

bye bye mate panda...g la jupo juwe dia ade lebam ugok haha

EllyZahari said... Reply To This Comment

tanda lahir budak malas kot..haha

Cik Ila said... Reply To This Comment

@LollyHatesMe™

kejam nye anda...oyak ko juwe! hahaha

Cik Ila said... Reply To This Comment

@EllyZahari

Ni lg sorang,komen dgn kejam! haha