Saturday, December 17, 2011

Getah Sayur

Sedikit pengajaran...

Getah sayur,bila ada..kita abaikan.TAPI..bila kita perlukan getah sayur,kita sanggup mencarinya walaupun terpaksa dalam keadaan tertonggek,terguling dan seumpamanya..

Bila getah sayur ada,sangat bersepah..bulat sana,bulat sini..Seingat aku,dulu getah sayur yang macam 'femes' warna kuning,kadang-kadang warna merah,hijau..sekarang,baru tahu rupanya ada warna biru! Sama ada aku tak alert atau memang aku tak berminat nak ambil tahu kisah pasal getah sayur.

Sebenarnya,sejak masuk sekolah menengah baru aku tahu orang panggil tu getah sayur.Sebelum ni aku cuma panggil getah je.Haha

Hidup pun umpama getah sayur jugak.Bila kita diperlukan,seolah-olah macam menjadi pujaan.Tapi bila tak diperlukan,tak ada siapa yang hiraukan..betul tak? ;)

Kesimpulan,kita umpama getah sayur,getah sayur umpama kita!

0 comments: