Tanpa buang masa,meh aku list kat sini babak-babak penting tu;
- Asal urusan kerja je,mesti kat KL - contohnya.."Mak,Imah kena balik cepat ni,banyak lagi kerja kat Kolumpo tu mak...!"
- Bila merajuk je,lari pergi Oversea.Lepas tu 4,5 tahun kemudian,balik ke Malaysia dan menjadi senang-lenang serta kaya-raya.Yang gemuk pun,boleh jadi kurus setelah melarikan diri ke sana.
- Bunyi handphone tetap bunyi yang sama dalam suatu cerita.
- Babak atas kubur tetap akan ada sambil bawak air 1 jug untuk disiram dan tabur bunga atas pusara tu.
- Perempuan kaya/mak datin akan pakai vogue gila dengan subang besar sambil makan kat restoren mahal.Aku pun terfikir,laratnya nak pakai macam tu sekali hanya untuk pergi makan.
- Kalau babak makan,ada peristiwa yang berlaku (contohnya gaduh),confirm makanan tu tak habis dan cepat-cepat blah macam tu je dari kedai makan tu.
- Kalau kat ofis,mesti cerita pasal business je.Yang selalu jadi bos tak lain dan tak bukan Jalaluddin Hassan tak pun Mustafa Kamal.
- Watak ibu-ibu di kampung sudah tentu Wan Maimunah/Fauziah Nawi/Fadilah Mansor.Mereka-mereka ni cukup mahir bawak watak ibu.
- Kalau babak kat kedai/restoren/shopping complex,mesti akan kantoi nampak laki/bini/kawan dengan orang lain.Ohh,senang je kan nak kantoi.Tak perlu jauh.hehehe
- Orang kaya selalu pakai kereta mahal.Cerita Nur kasih je pakai kereta buruk iaitu milik Ustaz Aidil.
Okeh.Itu sahaja untuk kali ni.Next time pulak aku tambah! Ohh ye.Cintailah rancangan TV tempatan.Kalau bukan kita nak tengok,siapa lagi nak tengok?hahahaha ;)
0 comments:
Post a Comment