Sunday, May 1, 2011

Babak-babak yang wajib ada dalam cerita melayu

Assalamualaikum semua


Hari ni nak bukak topik suam-suam panas.Pernah tengok cerita melayu kat TV?Kalau pernah tengok,mesti dah hafal babak-babak yang wajib ada dalam cerita melayu kan? Mesti ada babak-babak ni kan;


1. Babak tengah makan -Selalunya mesti makan kat meja orang kaya,papa si orang kaya duduk kat tengah,anak-anak datang makan sama-sama sambil orang gaji sediakan nasi kat pinggan.Papa si orang kaya akan cerita pasal company dengan anak-anaknya.Lepas tu,makan sikit je,tak habis pun..terus nak keluar pergi kerja!

2. Babak unsur-unsur nasihat - Cerita-cerita melayu kaya dengan nasihat.Kadang-kadang terfikir,ada ke orang nasihat sampai macam ni sekali punya banyak?

3. Banyak cerita hantu - Setiap kali movie baru keluar panggung,mesti ada cerita hantu.Tak pun,tiap-tiap minggu ada sambungan cerita hantu kat TV.Cerita hantu pulak tak lain dan tak bukan mesti kaitkan dengan bomoh,hasad dengki,santau,kubur,orang mati dan lain-lain

4.Babak di syarikat - Kebanyakkan terlibat dengan bisnes syarikat persendirian,nak majukan syarikat turun temurun.Secretary wanita mesti pakai skirt hitam sambil bawak fail dan sebatang pen semasa jumpa bos.

5.Babak di kampung - Kalau bukan syarikat,mesti kat kampung yang ada kawasan nelayan,rumah kayu lama,kedai runcit,masjid,kerja kat hutan dan sawah,dan pelakon yang buat-buat tua.

6.Babak konflik dan cinta yang tak berkesudahan - Ada si pencinta setia yang kecewa,ada yang main kayu tiga,ada yang dengki,ada majlis kahwin,dan ada babak laki-bini bergaduh sebab pasangan ada hubungan dengan orang lain.



Sebenarnya ada banyak lagi babak-babak wajib dalam cerita melayu.Ni cuma separuh,ada banyak lagi babak yang popular.Nak tau lagi? Sila tengok sendiri cerita melayu banyak-banyak.Kalau bukan korang nak tengok,siapa lagi nak tengok?hahahahaha

5 comments:

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

babak berebut nk jd ceo company plg best...haha

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

Tu la psl.hehehehe

Cik Su Life Cycle said... Reply To This Comment

betul tu.. cik su setuju.. hehe..

n a d said... Reply To This Comment

hahaha! sume betul :)

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

Cik Sue : bagus2..hehehe

nadiah : hehe.:)

Lilypie Angel and Memorial tickers