Wednesday, September 14, 2011

Boros atau jimat,anda di kategori mana?

Boros dan jimat,itulah perangai manusia lebih-lebih lagi lelaki dan perempuan.Ada yang kata perempuan lebih boros dan ada juga yang kata lelaki dan perempuan sama-sama boros..Ya! Aku setuju lelaki dan perempuan sama-sama boros.Tapi aku kurang setuju dengan lelaki boros.Korang nak beli ape sampai boros sangat?Lain la perempuan nak beli tudung dan aksesori lain.

Sebut pasal jimat pulak,orang zaman sekarang ada yang kedekut dan ada yang langsung tak sayang duit sampai beli benda-benda yang tak patut.Tapi kalau kau orang kaya,kau patut bersyukur sebab kau sentiasa diberi pertolongan dari Tuhan untuk sentiasa ada duit tak kira masa.Dan orang kaya jugak tak pernah kisah dan tak pernah kira berapa sen pun dia habis dalam sehari.Tidak bagi orang yang berjimat ala-ala sederhana,10 sen pun berkira.

Punca orang berjimat adalah dia memang hidup sederhana,bukan kategori kaya dan tidak terlalu miskin.Tapi ada juga si penjimat yang hidup berjimat sebab dia sememangnya ada duit,tapi guna duit secara tak berhemah sampai habis terus tak simpan walau 1 sen pun.Korang sangat rugi!

Kategori apakah aku ini?Kawan kata aku kategori jimat,tapi itu yang diorang nampak..yang diorang tak nampak,hanya aku yang tahu..Tapi aku lebihkan kualiti sebenarnya,kalau kita beli murah tapi boleh guna sekejap je,tak ke rugi..ada baiknya beli terus yang mahal tapi boleh guna dalam jangka masa yang lama..Bergantung pada jenis benda yang dibeli,berjimat dan berpada-pada dalam kewangan,nanti tak sudah-sudah menyesal... ;)

2 comments:

Nyamuk Terbang said... Reply To This Comment

sy sgt boros
xthu la mcm mna nk ubah

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@Nyamuk Terbang

rileks la..ramai lg org yang lebih boros.hahaha

Lilypie Angel and Memorial tickers