Friday, December 9, 2011

Tudung segi empat tetap di hati..

Hari ni hari untuk mengemas..locker dalam keadaan 'carca marba',bila time busy..lipat-lipat baju dan terus sumbat dalam locker.Tak kira lipatan tu sama ke tidak,hentam sajalah! Janji masuk locker..Itu dia orang pemalas punya gaya...

Kemas punya kemas,bila masuk sesi mengemas tudung-tudung..terus jadi mata berpinar-pinar.Ohh,banyak jugak koleksi tudung aku bila lipat tudung bawal,shawl,pashmina,tudung express dan ada juga tudung corton (betul ke salah eja tu?).Dan apa yang membuatkan rasa rugi,bila beli tapi tak pernah pakai pun tudung tu.Menyesal pulak! Lipat punya lipat,MasyaAllah..macam boleh bukak kedai jual tudung..1 beg!

Tapi pakainya?? Kitaran yang sama..balik-balik tudung tu jugak..selang 2-3 minggu,pakai lagi tudung tu.Tudung yang tak pernah usik tu,sampai ke sudah tak pakai-pakai..Tak tahu mana silapnya,bila tengok orang pakai nampak cantik,terus rasa nak beli.Apatah lagi bila kat kedai tudung tu,macam angin tiup je suruh beli tudung tu.Zappp! Ambik dan hulurkan duit pada cashier...(Nasib baik kedai tudung tak ada  promoter,kalau ada..siap la,aku suruh promoter tu test pakai kat muka dia satu-satu!)

Walau segala bagai tudung dan jenis-jenis pemakaian tudung,aku tetap rasa tudung empat segi tu terbaik! Bukan apa, tudung tu macam sebati sejak dari zaman-zaman sekolah.Aku membesar dengan tudung empat segi dan segitiga (pakai waktu nak pergi mengaji Quran time tadika dulu).Masa tu tak ada shawl,pashmina tu semua..kalau ada pun,mesti aku fikir tu kain lapik meja kat ruang tamu!

Aku suka simple,tak mahu leceh-leceh dalam berpakaian.Rasa macam buang masa je nak bersiap lama-lama.Atau mungkin memang aku ni pemalas orangnya,terlalu mahu benda yang senang!


p/s : Banyak jugak gaya pemakaian tudung kat Youtube,taip saja Tutorial tudung,memang superb! haha

7 comments:

EllyZahari said... Reply To This Comment

tudung 4 segi leh calit ngn lilin bile nak iron kasi keras kt depan..haha.
tp ade gk gi ltk plastik keras kt ats kepala kasi tudung tetap menten kalo ditiup angin..phewww..
skrg x lg sbb tudung ade awning..
sooo thankful..:)

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

Hmmm..Cik Ila tak pernah cuba pulak calit lilin,mungkin dah ketentuan,bentuk muka yang dianugerahkan sesuai dengan segala jenis tudung,pakai cmne2 pun,tetap jadi..hehehee ;p

leyrashid said... Reply To This Comment

jangan pakai tudung mcm orang putih dAH LA...

Anonymous said... Reply To This Comment

hidup dalam ala kadang.. =) even though i'm not muslim but i really refer the muslim girls wear "tudung segi empat" cuz they will look sweet in it..

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@coachnike28

Tudung orang putih tu cmne eh???haha

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@P A U L I N E

Hey,thanks for visiting my blog..yup,i agree with your comment! ;)

Anonymous said... Reply To This Comment

paka tudung saji sudoh

Lilypie Angel and Memorial tickers