Okeh,kenapa tertekan?
Sebenarnya dari minggu lepas rasa macam ni.Sibuk? Mungkin jugak.Banyak event sejak minggu lepas.Hari-hari cuti semalam tu terkorban untuk event Universiti.Tapi tak mengapa.Penat tapi berbaloi sebab dapat habuan elaun dan makan percuma.Ohh dunia,kan best setiap hari makan percuma.
Test?Ujian? Satu hal jugak.Belajar bagai nak rak,tiba-tiba test batal,tukar minggu depan.Bayangkan,banyak mana dalam kepala ni yang belum release lagi?? Sakitnya kepala.Sekurang-kurangnya,bila test dah habis,kita jadi lega.Tapi selagi test belum habis dan ditangguh-tangguh,korang faham tak perasaan tak sabar nak jawap tu macammana?Segala benda tu tak boleh buat selagi test tak setel.
Tertekan lagi satu sebab internet..Grrrrrr~ Sabar jela.Bila time kita perlukan dia,time tu la dia buat hal.Padahal internet dah ada 2, 1 broadband dan 1 lagi memang kolej sediakan.Tapi kenapa hampeh?Dah la tu,banyak pulak page yang di'block'.(Internet kolej) Sampaikan blog yang ada domain sendiri pun di'block'.Adehhh.Ngapain dong,kapan kuterus begini?
Sorry encik batman,tak boleh nak blogwalking!! |