Saturday, April 30, 2011

Bila fikir balik,ada jugak betul...


Semenjak dua menjak ni,selalu nampak orang post quote ni kat Facebook.
Bila aku baca balik,ada jugak betulnya.Kadang-kadang benda macam tu kita tak pernah pun terfikir.Aku pasti ramai yang pernah tengok quote ni.Yang belum tengok,jom tengok kat bawah ni;


How do you expect kids to listen to their parents as, Tarzan lives half naked, Cinderella comes back home at midnight, Pinocchio lies all the time, Aladdin is the king of thieves, Batman drives at 320KM/h, Sleeping beauty is lazy and Snow white lives with 7 guys. We shouldn’t be surprised if kids misbehave at times! They get this from their own storybooks.


Sekali fikir,betul jugak kan? hehehehe

Tua sangat ke aku ni?

Assalamualaikum


Home sweet home.Aku dah berada di rumah dengan selamatnya.Esok lusa,nak praktikal lagi.Dush,dush!! Penat pun tak habis lagi melihat panorama hutan sebab kali ni balik dengan kereta.Sepanjang perjalanan dari Perlis ke Kelantan,serius mengantuk macam apa je! Tapi telah  kucelik mata sebesar-besarnya untuk pastikan keadaan terkawal dan aku sampai dengan selamat.


Topik hari ni sebenarnya kurang menarik bagi aku! Tapi aku nak jugak cerita dalam ni.
Sebenarnya,aku ni......
Baru je umur 23,baru genap la bulan Februari hari tu --> **ehem,birthday sehari sebelum Valentine Day tau,sila take note! haha**


Dan,aku banyak kali terkejut sebab orang kata umur aku sepatutnya dah tua.Sedih wei dengar!! Korang ni pandai-pandai je buat kesimpulan sendiri.Aku rasa aku masih budak lagi,tidur pun dengan teddy bear lagi,tua jugak menjadi tekaan mereka dan mereka ni.Kot la nak panggil aku adik ke ape ke,kan?-->**eheh,perasan muda!**haha


Kadang-kadang best jugak jadi macam ni sebab orang akan layan kita serius dan tak main-main macam cakap dengan budak-budak.

Thursday, April 28, 2011

Jom rebut jawatan kosong ni!!

Jom semua kita pakat rebut jawatan kosong ni!!!!


Jawatan Kosong!


Agak-agak boleh lawan Jomheboh tak?hehehe

Kasut Pengantin zaman sekarang

Assalamualaikum


Hai semua.Dah lama tak tulis blog sebab final exam.Alhamdulillah,semua berjalan lancar.Tunggu jela result nya nanti.Ok.Tarik nafas kejap.Jom kita tengok kasut pengantin.hehe.Gambar ni dapat dari e-mail



Kasut apa tu???
Converse?wow.hehehehe

Wednesday, April 20, 2011

Warung-warung di sana

Assalamualaikum
Semalam dah selesai sudah paper exam..Baru lepas satu..Tapi bebanan yang aku lepaskan adalah seperti aku dah habis semua paper.Hehehehe..


Ok.Dah.Cukup! Jom ikut aku tengok gambar warung-warung kat Indon!


Jumaat malam keliwon.Aku tak boleh dengar keliwon ni,macam cerita hantu.


mBakBerry? Ekslusif,tapi makan nasi+tempe je!

Waduh-waduh,nongkrong tu apa sih???hahahhaa


Gue enggak paham "Terima pesanan partai besar.."Gue tau pantai aja dong!


Lepas Donat Coklat,buat Donat warna Coklat.Apa bezanya?haha


Kecik hati Yahoo! tengok signboard ni.haha


Intel telor??


Apa kesimpulan korang nak kata?? Aku cakap senang je,diorang idea memang banyak,tapi cuba la jangan guna produk sedia ada dalam erti kata lain meniru..waduh-waduh!

Friday, April 15, 2011

Ada tak orang yang sama macam aku ni...hehehehe

Assalamualaikum...

Petang yang indah,sebab hujan dan aku pun mengantuk.Bila tibanya hujan,dengan serta merta  perut aku pun berbunyi,menunjukkan masuknya waktu untuk mencari makanan.Ohh,aku punya makan malam sekitar jam 6 hingga 7.30 petang je tau.Aku tak makan lewat-lewat ni,sebab kat rumah pun makan masa tu jugak.


Bila dah mengantuk,fikiran pun merepek semacam je.Aku teringat zaman kecik-kecik dulu.Aku tak tahu la aku seorang je ke,atau ada lagi yang ada tabiat macam aku ni;


Masa kecik,aku suka bukak PETI SEJUK!!
Tapi,aku bukak bukan nak ambil makanan pun,aku bukak sebab nak tengok,bila lampu dia nak off dan peti sejuk jadi gelap.Main bukak tutup macam tu je la sampai ke sudah.


Agak-agak ada tak orang macam aku ni masa kecik-kecik dulu?
Heheheheh

Thursday, April 14, 2011

Assalamualaikum,

Hai,aku datang lagi.Hari ni aku rasa mood menulis blog tu datang dengan berlumba-lumbanya.
Ada hati nak menulis,padahal Final Exam mula hari Isnin ni..Ho yeah...ho yeah.Nasib la kau dah baca baru setapak dua wahai Cik Ila.Takpa,takpa.Hati aku kata,sempat lagi.Masa banyak lagi.Apa guna masuk asrama dulu kalau tak pandai bahagi masa?Kan kan kan?


Belajar kat Universiti,tak sama macam belajar kat sekolah.Belajar di kampus lebih banyak ke arah "Pandai-pandai la kau nak hidup,nak lingkup ke,nak kene tendang ke!"
Lebih-lebih lagi yang belajar kat oversea.Memang aku tabik spring orang yang belajar kat sana sebab aku selalu fikir,macam mana aku nak survive,boleh ke aku survive dengan orang putih serta orang hitam di sana.


Walaupun aku salah seorang yang tidak berjaya untuk ke oversea,aku bersyukur jugak duduk di bumi Perlis ni.Tapi kadang-kadang sedikit dukacita jugak sebab orang kutuk aku seolah-olah macam kena buang negeri bila duduk kat sini.Ah,tak kisah.Yang penting ilmu yang aku nak belajar.Kawan yang aku nak cari.hehehe


Berbalik kepada isu Universiti,aku ada tengok orang share link Top Universiti di Malaysia.Komen aku kali ni,
"Dulu kutuk Universiti sendiri bagai nak rak,itu tak kena,ini tak kena...Tapi bila Universiti sendiri berada dalam top ranking,semua pakat duk bangga dengan Universiti masing-masing,siap post kat FB,ni la Universiti kesayangan dan kebanggaan aku...."


Kesimpulan..."Di mana langit dipijak,di situ langgit dijunjung!".Hargailah tempat anda belajar sementara anda masih belajar di situ,sebelum anda dibuang Universiti atau anda grad dengan jayanya,sila bersyukur!
Sekian.

Makan Kismis time nak exam,kalau tak exam tak makan pulak kismis...

Assalamualaikum...

Sepanjang pemerhatian aku 2,3 hari ni,aku nampak banyak sangat KISMIS dan makanan-makanan berkhasiat di sekeliling aku.Opps,tapi bukan aku punya,kawan-kawan aku punya (housemate la!).Heheh

Nampaknya bahang Final Exam dah dirasai oleh semua orang.Dan di sinilah bermulanya masa untuk 'buang tabiat' budak-budak yang nak exam.

Contoh: Esok nak exam,hari ni MAKAN KISMIS banyak-banyak.


Persoalan : Sebelum exam,atau awal-awal semester dulu,makan tak kismis?


Jawapannya mestilah jarang-jarang atau kadang-kadangkan?Fenomena ni sentiasa berlaku kat sini,nak tergelak pun ada sebab aku pun diajak sama untuk makan kismis tu.Ohh,Terima Kasih banyak-banyak sebab offer kat aku tau! hehehe.Nak harapkan aku beli,jangan haraplah sebab aku ni kedekut banyak.Bila time nak dekat Final Exam,ramai betul makan kismis,dengan harapan ilmu cepat masuk.

Hmm,apa-apa jela! Yang penting,korang semua dan jugak aku akan menjawap final dengan tenang nanti.InsyaAllah..Good luck juga pada kawan-kawan blogger yang nak exam tu ye.Bye



Wednesday, April 13, 2011

Perlu ke fan page macam tu?

Assalamualaikum....


Sejak dua menjak ni,aku selalu LIKE page pasal baby dan page-page seangkatan dengannya seperti PA&MA,Cutest Closet Baby Store dan lain-lain.
Korang rasa kenapa aku LIKE page-page tersebut???
Eh,aku bukan berangan nak dapat baby tapi semua ni gara-gara orang datang ke fb aku dan tulis;


"Open this URL and LIKE this photo....www/facebook.com/abcdrfg..."


Ok.Takpe,demi nak tolong 'saeng-saeng ambo',aku pun  tekan button LIKE walaupun aku rasa aku masih belum sesuai masuk page tu dan kawan-kawan kata excited nak dapat baby,tak mengapalah! Aku terima...Dari pemerhatian aku,banyak jugak contest baby comel.Eh,aku sangat TAK KISAH masuk page tu.Apa yang aku kisah??? Aku KISAH pasal page Pencarian Lelaki Sweet dan Wanita Bertudung dan SEANGKATAN dengannya!!


Perlu ke wujud?? 
Heheheh..Jangan marah ehh semua...Bertenang!
Renung-renungkan,fikir-fikirkan!

Monday, April 11, 2011

Kenapa orang nak jadi penyanyi?

Kadang-kadang aku terfikir,kenapa ramai orang nak jadi penyanyi? Seronok ke? Jawapan aku senang je,dia menyanyi sebab dia rasa SUARA DIA SEDAP.Betul tak? Kalau tak,tak kan senang-senang je nak jadi penyanyi tanpa sebab.Nak kata tak ada kerja lain,eh..banyak lagi kot kerja lain boleh buat.



Sebelum tu,aku mintak maaf kat sini kot-kot ada yang tak puas hati aku tulis entri pasal ni.Sekarang aku lebih bersikap terbuka dan boleh dikatakan separa jujur la jugak dengan apa yang terbuku di hati.Aku tengok,ramai orang berebut-rebut masuk pertandingan menyanyi,pertandingan karaoke,pertandingan lagu asli.Kerana apa?? Kerana mereka rasa SUARA MEREKA SEDAP dan mereka ada bakat.


Lalalalalala~

Penyanyi sedia ada dah cukup ramai,tapi ramai lagi yang nak jadi penyanyi.Heran jugak aku.Nasib baik suara aku tak sedap.Agak-agaknya,kalau suara aku sedap mesti aku pun nak jugak jadi penyanyi kot...Kot laa...Tapi menyanyi tu tak salah,yang salahnya kalau melalaikan.Tapi kalau tengok sekarang,semua yang nyanyi-nyanyi tu,kebanyakkan melalaikan jugak.Kesimpulan,menjadi penyanyi tu tak bagus sebab dia melalaikan orang.Kalau korang nak nyanyi,sila nyanyi dengan suara yang teruk supaya orang malas nk tengok korang nyanyi..hahahaha



Perempuan dan nyanyian?Macam aku kata la tadi,sekarang ramai nak jadi penyanyi.Yang ramai tu perempuan,maka bertambah la kelalaian bila tengok artis pakai seksi-seksi yang menyanyi atas pentas.Hihihi.
Perempuan bertudung menyanyi??? Tu lagi la me".....dot dot dot".Tak nak cakap.Mesti ramai tak setuju.
Kesimpulan di sini,semakin bertambah penyanyi,semakin aku tak berminat nak dengar lagu.

Masquerade Party!

Hai..hai..hai...Dalam kesibukan melanda,sempat lagi aku curi-curi masa pergi party. 
Masquerade Party!!!
Party kali ni bertemakan topeng.Tapi topeng aku agak kelakar,warna pink



Eh,salah topeng,ni bukan topeng saya....heheh
Pun bukan topeng saya...hahaha


Sebenarnya gambar adalah SANGAT BANYAK.Tapi,untuk apa nak upload banyak-banyak?Cukup la sebanyak ni.Nak cerita je pun pergi party ni,bukan untuk tujuan lain.Ohh..lagi satu,yang penting,dinner ni free..sebab tu aku datang.Hahahaha

Saturday, April 9, 2011

Aneh itu aku..

Kadang-kadang aku rasa seperti aku ni seorang Pakar Kaji Sifat Manusia.Kerana apa? Kerana aku suka mengkaji perwatakan manusia satu persatu.Aku pun tak tahu kenapa aku suka menkaji perwatakan manusia.Setelah aku mengkaji,aku membuat kesimpulan untuk individu-individu tersebut dan aku tersenyum seorang diri lepas tu cakap dalam hati.."Oooo..Ada jugak eh manusia macam ni?".Okeh! Statement aku tu cukup kurang ajar sebenarnya..hahaha



Dalam dunia ada bermacam-macam perangai manusia.Tak kisah lah macam mana pun perangai korang semua.Aku bukan nak cerita tentang perangai manusia,tapi aku nak cerita pasal aku.Seronok sebenarnya memerhatikan perangai manusia ni.---> Baik korang ikut tabiat aku ni....



Tapi satu jela,kalau nak jadi pemerhati bebas ni,korang kena kuatkan semangat dan mempunyai daya ketahanan emosi yang tinggi sebab sambil korang tengok orang lain,sebenarnya orang lain pun dah 150 juta kali kaji tentang diri korang jugak.Korang mungkin akan dilabel sebagai seorang yang agak aneh dan misteri.Ohh...aku sudah biasa dengan fanomena ini.Hahaha.
Seorang pemerhati lazimnya kurang bercakap berbanding orang lain dan gayanya sangat pasif walaupun dirinya yang sebenar bukan macam tu pun.Walhal,bila dia tengah 'hyperactive',dia akan bertukar menjadi seorang yang nakal dan kelakar.Bila dah macam ni,orang akan cakap.."Eh,ingatkan dia ni pendiam,rupanya banyak cakap jugak!"-----> Ayat yang selalu sangat orang tuju kat aku.



Aneh itu aku.haha


Kenapa diam?

Diam bukan bermakna tak nak cakap atau tak ada idea nak cakap.Tapi orang kata lebih baik diam dari berkata-kata yang sia-sia.Betul tak? Dalam kes aku ni,aku diam sebab nak tengok perangai orang.Daripada aku bercakap,baik aku tengok gerak geri dia.----> Mana la tau orang tu kejap lagi jatuh tersungkur sebab tersepak batu,boleh aku tolong gelakkan.hahahaha.Itu sahaja.Sekian

Friday, April 8, 2011

Tak sangka jadi blogger!

Semakin lama,semakin saya tak percaya yang saya ni seorang blogger.Kenapa tak percaya?Sebab dulu  tak pernah bercita-cita nak jadi seorang blogger.Yela,dulu mana ada lagi blog-blog dan segala bagai ni.Mula tahu pasal blog bermula 2006 sebab ada kawan buat blog dengan blogspot.Masa tu bantai je menulis kat blog Friendster (eh,femes apa dulu!) Haha.



Oh,ye..kakak saya juga terkejut bila dapat tahu saya ada blog!! Tapi saya pun LAGI terkejut bila dapat tahu kakak saya sendiri pun ada blog.Kalau nak dibandingkan antara kami,rasanya kakak yang paling banyak idea merepek! (Er,maksudnya,daya kreativiti menulis dia lebih tinggi berbanding adik dia ni).Lagipun,kakak suka membaca novel.Kiranya tak pelik lah kalau kakak ada idea menulis.Berbalik kepada adiknya iaitu saya,membaca novel pun sekali-dua ikut mood.- Eh,masa cuti sekolah selalu jugak baca novel,sebab kakak pun mesti cuti semester masa tu,bawak balik novel seperti membeli baju di gudang BUNDLE!!-



Saya menulis secara bebas,tiada paksaan dan tiada desakan siapa-siapa.Tapi seperti tajuk di atas,saya masih lagi tidak percaya bahawa saya seorang blogger.hahaha.Sekian.

Wednesday, April 6, 2011

Jangan biarkan hidup anda diselubungi persoalan ini..

Panas!!


Bukak blog,TV,suratkhabar,penuh dengan tajuk-tajuk hangat.Apa yang hangat? Senang je,"Lu terjah la sendiri!!"hahaha.Ala,isu ngetop sekarang pasal video-video lucah tu...Errr,Malas nak komen,tapi nak jugak komen.Rasanya media sekarang sangat terbuka dengan isu-isu hangat seperti yang melanda sekarang ni.Hei,korang tak takut ke anak korang yang kecik bertanya;


Mama,SEKS tu apa?
Papa,video SEKS tu macam mana?

Korang tak takut ke hidup korang dibelenggu persoalan-persoalan macam ni suatu hari nanti?? Serius,aku cukup takut kalau hari esok dan seterusnya aku dipersoal dengan benda-benda macam ni sedangkan umur diorang belum cukup lagi untuk tahu pasal benda-benda ni.Aku tak salahkan mana-mana pihak,tapi kenapa isu ni diperbesarkan?Ok,tak kisah la salah siapa pun kan,itu antara dia dengan Tuhan.Tapi yang lain,kenapa nak cari publisiti untuk benda-benda macam tu.Sampai keluar TV,keluar suratkhabar...Elok la sangat,lepas tu didik anak-anak baca suratkhabar dan tengok berita kat TV,walhal dalam berita tu bersepah berita pasal 18sx!!!! Ohh tidak,apa nak jadi dengan situasi sekarang?



Budak-budak kecik sekarang pun dah pandai,melebihi tahap yang sepatutnya.Tapi kalau dah kecik-kecik pun tahu semua benda,agak-agak bila besar macam mana la situasi budak tu agaknya.Ohh,mari kita ambil positif.---> Masa kecik diorang dah tahu semua benda,bila besar,semua pekakkan telinga sebab isu-isu yang hangat tu dah basi bagi diorang!!<----- Ok,itu contoh tanggapan positif aku la.hahaha.Tapi kalau negatif??? Meh aku bagi contoh lagi.---> Masa kecik belajar definisi je,bila besar,jom kita buat latihan amali..<----- Haa,siapa susah? Mak bapak diorang la yang susah nanti.Sama konsepnya bila pengarah dan penerbit filem keluarkan kisah pasal mat rempit,bohsia dan bohjan.Secara positif,ramai yang akan kata boleh jadikan pengajaran,tapi sebenarnya kisah-kisah macam tu sedikit sebanyak lagi nak tunjuk pada budak-budak dan remaja tentang realiti hidup sebenar yang menyebabkan mereka nak jugak tahu apa semua tu.Ohh,lagi satu,budak-budak zaman sekarang sangat percaya hantu.Kerana apa??


Budak A : Eee,kakak....situ ada hantu!!
Kakak : Mana ada hantu,siapa ajar pasal hantu ni??
Budak A : Ada,tengok dalam TV....
Kakak : Errr.....^&**#$@^%&68!!
*** Budak-budak lebih kenal hantu,syaitan+iblis,tak kenal!!        

Senang je diorang terpengaruh kan??Biasala,budak kecik.Secara jujurnya,aku masih lagi berfikiran sedikit sempit,mungkin belum betul-betul kenal realiti hidup yang sebenar,tapi sekurang-kurangnya,aku prihatin dengan generasi seterusnya.Ini sekadar pendapat,sebenarnya nak komen banyak lagi,cuma agak terbatas di ruangan blog ni.Siapa-siapa yang sama pendapat dengan aku,dialu-alukan untuk komen sekali entri ni,ok!

Tuesday, April 5, 2011

Kurang sihat gara-gara......................!

Hai semua.Sejak 2,3 hari ni,saya kurang sihat gara-gara keracunan makanan.Mana taknya,sejak hari Sabtu yang lepas,sampai la semalam muntah-muntah dan rasa loya nak muntah.Disebabkan kesihatan yang kurang stabil,maka rutin harian pun sedikit terjejas kerana masalah ini.Apa rutin harian saya?Macam biasa lah rutin harian seorang student.Ohh,tak lupa jugak rutin harian untuk menjelajah ke blog-blog tak dapat diteruskan,tak selesa badan!!



Walau bagaimanapun,terima kasih kepada kawan-kawan yang dekat mahu pun yang jauh sebab ambil berat tentang saya.Ohh,terharu!!!! Disebabkan terkena keracunan ni la,baru nak ambil tahu pasal apa itu keracunan makanan,kalau tak sampai bila-bila pun malas nak ambil tahu..hihihihi (tuju kat diri sendiri).Meh nak kongsi sikit pasal info yang saya jumpa kt internet.



Keracunan makanan merupakan sejenis gastroenteritis yang disebabkan oleh makanan yang telah dicemari racun, biasanya bakteria. Bergantung kepada jenis racun, kekejangan abdomen, demam, muntah dan cirit-birit akan berlaku dalam tempoh 3 hingga 24 jam. Jika makanan telah dicemari bakteria, bakteria akan menghasilkan racun yang dikenali sebagai toksin. Toksin memberi kesan langsung pada lapikan usus dan menyebabkan peradangan. Ada pelbagai jenis bakteria yang menyebabkan keracunan makanan tetapi yang biasa didapati ialah salmonella, shigella, staphylococcus dan E.coli yang merupakan punca utama keracunan makanan di kalangan bayi, terutamanya bayi yang menyusu botol. Bagi keracunan makanan yang berpunca daripada bahan bukan bakteria, tanda penyakit juga timbul jika anak termakan bahan kimia, racun serangga atau beberapa jenis tumbuh-tumbuhan.



Lebih kurang macam ni la gayanya saye!! hukhukhuk




Nak tahu lebih lanjut lain,sila taip keyword "Keracunan Makanan" kat google atau mana-mana search engine.Melambak-lambak ada.Nasihat saya pada kawan-kawan,hati-hati la ye makan tu.Kadang-kadang kita main 'ngap' je apa-apa yang ada,maklumlah lapar sangat kan.(Cakap kat diri sendiri lagi).hahaha.

Sunday, April 3, 2011

12 Keistimewaan orang Kelantan

Trademark tak asing lagi bagi Kelantan - GOMO KLATE GOMO!


1.   Kelantanese use a proper Malay word.
Tidak seperti negeri-negeri lain di malaysia, orang kelantan tidak merosakkan perkataan yang terdapat didalam bahasa melayu standard. seperti contoh:

Ulau - Melaka
Ulaq - Kedah
Ulor - Johor
Ular - Kelantan ( ooo-laaa)
dan banyak lagi…


2. Kelantanese don’t ‘cakap kelantan’.

Orang kelantan tidak cakap kelantan, mereka ‘kechek kelate’. Bahasa kelantan mungkin merupakan bahasa yang paling sukar untuk difahami diantara kebanyakkan dialek yang ada di malaysia (selepas bahasa sarawak, dan sabah).
Bahasa kelantan tidak menggunakan imbuhan dihadapan sesuatu perkataan tetapi lebih kepada menggunakan sabdu, dan ayat didalam bahasa kelantan tidak dimatikan dihujungnya. contoh:

betina - tino (Ttee-nor)
berjalan - jale (Jjaa-ley)
bermain - maing (Mmaa-eng)
perbualan - buale (Bbua- ley)
pemerintahan - meritohe (Mme-ghi-toh-he)
contoh ayat:
“Toksoh buak peghanga po kegho, tokleh napok Ttino lalu” - Tak usah buat perangai serupa kera, tak boleh nampak perempuan lalu
“Maghi kito gi Jjale ghumoh pok peng, che buleh duik Ghhayo” - Mari kita pergi berjalan rumah pak arifin, ada ‘chance’ boleh duit raya



3. Kelantanese have their own currency.

Mungkin ramai yang tidak tahu tapi orang kelantan tidak menggunakan matawang RM atau ringgit malaysia. Mereka mempunya matawang mereka sendiri iaitu Riyal atau sebutan nya lebih berbunyi ‘ghiya’. Walaupun ‘ghiya’ kelantan tidak diniagakan di pasaran antarabangsa dan exchange rate antara ‘ghiya’ dan RM adalah sama, malah wang yang digunakan adalah sama. Tetapi Ringgit adalah lebih kecil sekiranya digunakan di kelantan. Contoh:
Situasi seseorang menggunakan Ringgit di pasar Siti Khadijah Kota Bharu:

“Makcik, sayur ni berapa ringgit selonggok?”
“oohh, sayur kakung nih 2 Ringgik selonggok”
Situasi yang sama, tetapi menggunakan ‘ghiya’

“Mokcik, sayur kakung nih brapo ghiya slonggok ..?”
“slonggok tigo amah*, kalu nok ambik duo longgok, 2
ghiya”
perhatikan harga selonggok kangkung meningkat 50 sen dari harga dalam ‘ghiya’, malah dijualnya pulak dengan harga 2 longgok 2 ‘ghiya’ (atau 2 ringgit)


4. Kelantanese and ‘Budu’

Orang kelantan yang tipikal, amat gemar memakan budu dan ulam. Budu merupakan lebih dari sos untuk menyedapkan makanan, applikasi budu didalam makanan tiba ketahap ianya dijadikan kuah bagi mereka yang berdarah kelantan tulin.

contoh:
saiful: “aduh nampak gaya makan nasi ngan ikan rebus jelah kita malam ni” (sambil berwajah sedih) shazmin: “perrgghh, ni kalau ada budu ngan limau nipis, kena pulak ulam raja…” (sambil meleleh air liur)
So, kita dapat tahu dari situasi ini, shazmin adalah orang kelantan. (pergghh… budu ngan ulam raja)


5. Kelantanese are soft.

Orang kelantan adalah terkenal dengan sifat lembut mereka. Sifat sederhana dan pemalu merupakan sifat yang paling jelas. Tetapi sekiranya mereka berada didalam kelompok yang mereka berasa selesa, mereka merupakan orang paling friendly dan kuat berseloka.



6. Kelantanese doesn’t hold to ‘adat’ rules.

Bagi mereka yang tidak tahu, orang kelantan merupakan masyarakat yang paling mudah dibandingkan dengan masyarakat dinegeri lain apabila masuk kedalam bab adat resam dan perkahwinan. Ini adalah mereka kurang atau hampir tidak berpegang kepada sebarang adat. Tidak seperti masyarakat di Negeri Sembilan yang kuat dengan Adat Pepatih dan berbagai-bagai lagi adat-adat di malaysia. Orang kelantan lebih kepada memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan didalam islam.
Masyarakat kelantan tidak ada pantun (minang), bayar tol (bagi orang johor), bersanding, kenduri 3 hari 3 malam, pulut kuning dan sebagainya. Ia bergantung kepada pasangan pengantin dan keluarga sekiranya ingin mengadakan adat-adat berikut tetapi ianya adalah tidak wajib, dan masyarakat kelantan kebanyakkan lebih gemar kepada kesederhanaan. Ayat yang biasa didengari adalah:

“buak gapo buak bendo-bendo lagu tuh, Bbazir pitih”
(buat apa nak buat benda-benda macam tuh, membazir duit) . Jika ada yang ingin mencari bakal isteri, bolehlah cari orang kelantan.


7. Kelantanese and Nik Aziz

Orang kelantan lebih gemar dikenali sebagai anak murid Nik Aziz. Orang kelantan tidak melihat Nik Aziz sebagai menteri besar tetapi lebih kepada seorang tuan guru. Ini adalah kerana tuan guru Nik Aziz sendiri adalah seorang guru agama dan masyarakat kelantan menghormati beliau lebih sebagai seorang guru agama lebih daripada seorang menteri besar.



8. Moon Kite (wau bulan)

Wau bulan merupakan permainan traditional orang kelantan, tetapi lebih kepada mereka yang tinggal di pesisiran pantai. Ini adalah kerana angin yang kuat dan dahulunya ketika angin kuat mereka tidak boleh pergi menangkap ikan oleh itu mereka mengisi masa lapang dengan bermain wau.



9. Wayang kulit

Masyarakat kelantan merupakan pelopor didalam bidang perfileman, sebelum wujudnya Tanjong Golden Village (TGV) dan Golden Screen Cinema (GSC) masyarakat kelantan sudah lama ada Ketereh Village Cinema (KVC) dan Kedai Lalat Village Cinema. Malah wayang kulit terdapat dimana-mana kampung di kelantan (sebab itu kota bharu tak ada panggung wayang).



10. Thailand (golok)

Orang kelantan gemar membeli-belah di golok, ini adalah terdapat bermacam-macam barangan yang boleh didapati di golok, dari baju-baju, barangan elektrik, barangan dapur hingga ke mercun boleh didapati di golok. Oleh itu orang kelantan tidak memerlukan shopping complex yang besar-besar seperti di negeri-negeri lain yang hanya akan menimbulkan masalah jalan raya, dan menjadi tempat muda-mudi berpeleseran. Di golok, kanak-kanak, remaja, makcik-makcik dan nenek-nenek semuanya boleh membeli belah bersama-sama.


11. Orang kelantan mempunyai berbagai kata ganti nama mengikut keadaan tertentu

‘kito’ digunakan bila bercakap dengan orang lebih tua
‘ambo’ untuk menunjukkan humbleness
‘kawe’ dengan kenalan biasa
‘aku’ dengan member2 rapat
‘oghe’ dengan family
’sayo’ untuk formality


12 . Kelantan adalah negeri juara perpaduan


Pernah tengok tak kat negeri lain,masyarakat Cina,India, dan Melayu bersatu??Kat Kelantan,kaum-kaum lain lebih gemar menggunakan bahasa kelantan berbanding bahasa mereka.Ini terbukti dalam percakapan mereka.Kalau tak percaya,cuba  tegur orang Cina Kelantan dan suruh mereka cakap bahasa Kelantan,pasti tatabahasa mereka lebih 'power' kerana kehidupan mereka lebih menekankan kepada sifat bersatu padu dan tak heran lah kalau anda terjumpa masyarakat Cina Kelantan yang pandai menulis Jawi dan turut serta dalam majlis kenduri kaum Melayu.Malah,kaum Cina dan India rata-rata sangat peramah berbanding kaum mereka di negeri-negeri lain.


SUMBER : https://www.facebook.com/klatefb


** Ada kawan cakap," Amannya duduk di Kelantan,semua orang bersatu padu!!"
Lilypie Angel and Memorial tickers