Saturday, April 9, 2011

Aneh itu aku..

Kadang-kadang aku rasa seperti aku ni seorang Pakar Kaji Sifat Manusia.Kerana apa? Kerana aku suka mengkaji perwatakan manusia satu persatu.Aku pun tak tahu kenapa aku suka menkaji perwatakan manusia.Setelah aku mengkaji,aku membuat kesimpulan untuk individu-individu tersebut dan aku tersenyum seorang diri lepas tu cakap dalam hati.."Oooo..Ada jugak eh manusia macam ni?".Okeh! Statement aku tu cukup kurang ajar sebenarnya..hahaha



Dalam dunia ada bermacam-macam perangai manusia.Tak kisah lah macam mana pun perangai korang semua.Aku bukan nak cerita tentang perangai manusia,tapi aku nak cerita pasal aku.Seronok sebenarnya memerhatikan perangai manusia ni.---> Baik korang ikut tabiat aku ni....



Tapi satu jela,kalau nak jadi pemerhati bebas ni,korang kena kuatkan semangat dan mempunyai daya ketahanan emosi yang tinggi sebab sambil korang tengok orang lain,sebenarnya orang lain pun dah 150 juta kali kaji tentang diri korang jugak.Korang mungkin akan dilabel sebagai seorang yang agak aneh dan misteri.Ohh...aku sudah biasa dengan fanomena ini.Hahaha.
Seorang pemerhati lazimnya kurang bercakap berbanding orang lain dan gayanya sangat pasif walaupun dirinya yang sebenar bukan macam tu pun.Walhal,bila dia tengah 'hyperactive',dia akan bertukar menjadi seorang yang nakal dan kelakar.Bila dah macam ni,orang akan cakap.."Eh,ingatkan dia ni pendiam,rupanya banyak cakap jugak!"-----> Ayat yang selalu sangat orang tuju kat aku.



Aneh itu aku.haha


Kenapa diam?

Diam bukan bermakna tak nak cakap atau tak ada idea nak cakap.Tapi orang kata lebih baik diam dari berkata-kata yang sia-sia.Betul tak? Dalam kes aku ni,aku diam sebab nak tengok perangai orang.Daripada aku bercakap,baik aku tengok gerak geri dia.----> Mana la tau orang tu kejap lagi jatuh tersungkur sebab tersepak batu,boleh aku tolong gelakkan.hahahaha.Itu sahaja.Sekian

3 comments:

EllyZahari said... Reply To This Comment

Nape kite same? hehe

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

Name pun adik bradik..ish3..

Redbloodsnow said... Reply To This Comment

Tapi orang kata lebih baik diam dari berkata-kata yang sia-sia.Betul tak? <-- hahaha betol betol betol! :D

Lilypie Angel and Memorial tickers