Tuesday, April 5, 2011

Kurang sihat gara-gara......................!

Hai semua.Sejak 2,3 hari ni,saya kurang sihat gara-gara keracunan makanan.Mana taknya,sejak hari Sabtu yang lepas,sampai la semalam muntah-muntah dan rasa loya nak muntah.Disebabkan kesihatan yang kurang stabil,maka rutin harian pun sedikit terjejas kerana masalah ini.Apa rutin harian saya?Macam biasa lah rutin harian seorang student.Ohh,tak lupa jugak rutin harian untuk menjelajah ke blog-blog tak dapat diteruskan,tak selesa badan!!



Walau bagaimanapun,terima kasih kepada kawan-kawan yang dekat mahu pun yang jauh sebab ambil berat tentang saya.Ohh,terharu!!!! Disebabkan terkena keracunan ni la,baru nak ambil tahu pasal apa itu keracunan makanan,kalau tak sampai bila-bila pun malas nak ambil tahu..hihihihi (tuju kat diri sendiri).Meh nak kongsi sikit pasal info yang saya jumpa kt internet.



Keracunan makanan merupakan sejenis gastroenteritis yang disebabkan oleh makanan yang telah dicemari racun, biasanya bakteria. Bergantung kepada jenis racun, kekejangan abdomen, demam, muntah dan cirit-birit akan berlaku dalam tempoh 3 hingga 24 jam. Jika makanan telah dicemari bakteria, bakteria akan menghasilkan racun yang dikenali sebagai toksin. Toksin memberi kesan langsung pada lapikan usus dan menyebabkan peradangan. Ada pelbagai jenis bakteria yang menyebabkan keracunan makanan tetapi yang biasa didapati ialah salmonella, shigella, staphylococcus dan E.coli yang merupakan punca utama keracunan makanan di kalangan bayi, terutamanya bayi yang menyusu botol. Bagi keracunan makanan yang berpunca daripada bahan bukan bakteria, tanda penyakit juga timbul jika anak termakan bahan kimia, racun serangga atau beberapa jenis tumbuh-tumbuhan.



Lebih kurang macam ni la gayanya saye!! hukhukhuk




Nak tahu lebih lanjut lain,sila taip keyword "Keracunan Makanan" kat google atau mana-mana search engine.Melambak-lambak ada.Nasihat saya pada kawan-kawan,hati-hati la ye makan tu.Kadang-kadang kita main 'ngap' je apa-apa yang ada,maklumlah lapar sangat kan.(Cakap kat diri sendiri lagi).hahaha.

1 comments:

mancai said... Reply To This Comment

semoga lekas sembuh