Assalamualaikum,
Hai,aku datang lagi.Hari ni aku rasa mood menulis blog tu datang dengan berlumba-lumbanya.
Ada hati nak menulis,padahal Final Exam mula hari Isnin ni..Ho yeah...ho yeah.Nasib la kau dah baca baru setapak dua wahai Cik Ila.Takpa,takpa.Hati aku kata,sempat lagi.Masa banyak lagi.Apa guna masuk asrama dulu kalau tak pandai bahagi masa?Kan kan kan?
Belajar kat Universiti,tak sama macam belajar kat sekolah.Belajar di kampus lebih banyak ke arah "Pandai-pandai la kau nak hidup,nak lingkup ke,nak kene tendang ke!"
Lebih-lebih lagi yang belajar kat oversea.Memang aku tabik spring orang yang belajar kat sana sebab aku selalu fikir,macam mana aku nak survive,boleh ke aku survive dengan orang putih serta orang hitam di sana.
Walaupun aku salah seorang yang tidak berjaya untuk ke oversea,aku bersyukur jugak duduk di bumi Perlis ni.Tapi kadang-kadang sedikit dukacita jugak sebab orang kutuk aku seolah-olah macam kena buang negeri bila duduk kat sini.Ah,tak kisah.Yang penting ilmu yang aku nak belajar.Kawan yang aku nak cari.hehehe
Berbalik kepada isu Universiti,aku ada tengok orang share link Top Universiti di Malaysia.Komen aku kali ni,
"Dulu kutuk Universiti sendiri bagai nak rak,itu tak kena,ini tak kena...Tapi bila Universiti sendiri berada dalam top ranking,semua pakat duk bangga dengan Universiti masing-masing,siap post kat FB,ni la Universiti kesayangan dan kebanggaan aku...."
Kesimpulan..."Di mana langit dipijak,di situ langgit dijunjung!".Hargailah tempat anda belajar sementara anda masih belajar di situ,sebelum anda dibuang Universiti atau anda grad dengan jayanya,sila bersyukur!
Sekian.
2 comments:
mana-mana U pun sama je , tp aku pernah gak kutuk U , hehe
syafik-way : hahaha..adat la tu.. :)
Post a Comment