Saturday, February 19, 2011

Amaran pihak polis?

Peringatan baru kepada pemandu-pemandu atau siapa-siapa yang menumpang kereta orang! haha.Ni amaran pihak polis,jangan main-main!!


-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA!!!!!--
Sedarlah semua! Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

**Info ni Cik Ila ambil dari FB,rasanya dah ramai yang tahu.Tapi,kalau ada yang tak tahu,sila sebarkan untuk kebaikan kita bersama. :)

3 comments:

Myvitrd said... Reply To This Comment

betul tu..boleh terjadi juga macamni.. so hati2lah ye..kaum adam atau hawa

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

Myvtrd : sama2 la kite jaga.huhu :)

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

saya slalu dpt ketas kat cermin depan... ketas saman parking..haha

Lilypie Angel and Memorial tickers