Wednesday, April 6, 2011

Jangan biarkan hidup anda diselubungi persoalan ini..

Panas!!


Bukak blog,TV,suratkhabar,penuh dengan tajuk-tajuk hangat.Apa yang hangat? Senang je,"Lu terjah la sendiri!!"hahaha.Ala,isu ngetop sekarang pasal video-video lucah tu...Errr,Malas nak komen,tapi nak jugak komen.Rasanya media sekarang sangat terbuka dengan isu-isu hangat seperti yang melanda sekarang ni.Hei,korang tak takut ke anak korang yang kecik bertanya;


Mama,SEKS tu apa?
Papa,video SEKS tu macam mana?

Korang tak takut ke hidup korang dibelenggu persoalan-persoalan macam ni suatu hari nanti?? Serius,aku cukup takut kalau hari esok dan seterusnya aku dipersoal dengan benda-benda macam ni sedangkan umur diorang belum cukup lagi untuk tahu pasal benda-benda ni.Aku tak salahkan mana-mana pihak,tapi kenapa isu ni diperbesarkan?Ok,tak kisah la salah siapa pun kan,itu antara dia dengan Tuhan.Tapi yang lain,kenapa nak cari publisiti untuk benda-benda macam tu.Sampai keluar TV,keluar suratkhabar...Elok la sangat,lepas tu didik anak-anak baca suratkhabar dan tengok berita kat TV,walhal dalam berita tu bersepah berita pasal 18sx!!!! Ohh tidak,apa nak jadi dengan situasi sekarang?



Budak-budak kecik sekarang pun dah pandai,melebihi tahap yang sepatutnya.Tapi kalau dah kecik-kecik pun tahu semua benda,agak-agak bila besar macam mana la situasi budak tu agaknya.Ohh,mari kita ambil positif.---> Masa kecik diorang dah tahu semua benda,bila besar,semua pekakkan telinga sebab isu-isu yang hangat tu dah basi bagi diorang!!<----- Ok,itu contoh tanggapan positif aku la.hahaha.Tapi kalau negatif??? Meh aku bagi contoh lagi.---> Masa kecik belajar definisi je,bila besar,jom kita buat latihan amali..<----- Haa,siapa susah? Mak bapak diorang la yang susah nanti.Sama konsepnya bila pengarah dan penerbit filem keluarkan kisah pasal mat rempit,bohsia dan bohjan.Secara positif,ramai yang akan kata boleh jadikan pengajaran,tapi sebenarnya kisah-kisah macam tu sedikit sebanyak lagi nak tunjuk pada budak-budak dan remaja tentang realiti hidup sebenar yang menyebabkan mereka nak jugak tahu apa semua tu.Ohh,lagi satu,budak-budak zaman sekarang sangat percaya hantu.Kerana apa??


Budak A : Eee,kakak....situ ada hantu!!
Kakak : Mana ada hantu,siapa ajar pasal hantu ni??
Budak A : Ada,tengok dalam TV....
Kakak : Errr.....^&**#$@^%&68!!
*** Budak-budak lebih kenal hantu,syaitan+iblis,tak kenal!!        

Senang je diorang terpengaruh kan??Biasala,budak kecik.Secara jujurnya,aku masih lagi berfikiran sedikit sempit,mungkin belum betul-betul kenal realiti hidup yang sebenar,tapi sekurang-kurangnya,aku prihatin dengan generasi seterusnya.Ini sekadar pendapat,sebenarnya nak komen banyak lagi,cuma agak terbatas di ruangan blog ni.Siapa-siapa yang sama pendapat dengan aku,dialu-alukan untuk komen sekali entri ni,ok!

7 comments:

iniialahaku said... Reply To This Comment

macam2 cte2 hantu skang...maunya xkenal..silap2 jumpa hntu bleh wat gimme 5 lgi pa..

Fiza Rahman said... Reply To This Comment

Betul tu, bebudak zaman skang maikn advance. Topik² kat newspaper ngan berita semasa asyik dok citer pasal skandal seks, rumah urut lah, vieo lucah...hhmmmm...

None said... Reply To This Comment

tulah, budak sekarang memang advance kadang-kadang kita pun tak terfikir soalan2 yang bakal ditanya..haipp, makin mencabarlah proes nak didik anak2..hehe

emarieys said... Reply To This Comment

perosak pemikiran kanak-kanak boleh bermula dr surat khabar...tv... mengenai isu sebegini rupa

YUL said... Reply To This Comment

nice entri, yul suka entri, setuju sgt2, dunia dah semakin moden, macam2 boleh berlaku, dulu2 tv pon tkde kan? kalau ada itam putih je, sebab tu dieorang nie tak thu pape, tp skrg internet dah ada, hp dll lg -.-

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

iniialahaku : hahahaha..tu berani sangat tu..

fiza : Hmm,apa boleh buat,zaman sudah berubah..

Green Apple : Makin lama,makin mencabar..wuh,takut! huhu :(

Mamaema: betul!

Yul:Teknologi canggih sangat pun susah jugak..huhu

Redbloodsnow said... Reply To This Comment

tu la... bebudak skrg ni mmg tak mcm bebudak zaman kita kita dulu kan :(

Lilypie Angel and Memorial tickers