Rasa menyampah pulak bila budak-budak sekolah sibuk post dekat wall facebook benda-benda politik.Korang bawah umur lagi,tak sesuai nak tulis kat wall benda-benda politik.Salahkan sana,salahkan sini.Cuba korang duduk diam-diam,bukak buku dan baca.Kalau tak faham boleh tanya aku.hehehe
Tiap-tiap hari aku tengok budak-budak sekolah post pasal politik dekat Facebook..(Kantoi pulak friend dengan budak sekolah).Korang sibuk menyalahkan satu-satu pihak sedangkan korang tak sedar korang kat mana sekarang.Korang tak tahu pun cerita sebenar dan aku pasti sangat berapa kerat je budak-budak yang memang betul-betul kaji pasal politik sebelum bersuara.Dik,kena kaji dulu la dik sebelum main lepas cakap,lepas tulis..Baca suratkhabar banyak versi la dik!!!!Ini tak,main hentam je asal ada satu benda yang berlaku.
Pasal ASTRO pun,sibuk nak kaitkan dengan politik..Ada kaitan ke dik???Ni yang aku geram nih.Mencemar wall aku je.Delete kang tak sampai hati.Kepada adik-adik bawah 21 tahun (kategori BELUM LAYAK MENGUNDI),tolong la jaga diri korang dulu dik,sebelum putar-belitkan cerita.Kaji dulu sebelum tulis/cakap..Bila dah layak mengundi,cerita la nak cerita apa pun.Jangan tuding jari camtu je,buat malu je kalau info salah.Dah la pendapat tak masuk akal.-->Ish marah sungguh-sungguh ni! hahaha
Wednesday, June 29, 2011
Tuesday, June 28, 2011
Masa kecik tak demand,bila besar..SANGAT demand!
Masa kecik,aku belajar tak banyak komen pun.Maksud aku,contoh la kan,kalau mak aku suruh pakai baju yang dia suruh pakai,tanpa komen dan alasan..aku terus pakai.Tak pernah pun check sama ada baju ni ok ke,koyak ke,senget sebelah ke atau apa-apa lagi lah.
Tapi bila dah besar,banyak komen pulak.Itu tak kena,ini tak kena,itu tak cukup,ini tak cukup.
Kan best kalau perasaan masa kecik tu terbawak-bawak sampai ke tua?Kan kan?
Ahh,semua orang pun macam tu kan?Perasan tak? Kita masa kecik,main bantai je.Lagi satu bab makan.Masa kecik,entah-entah mak korang kasi susu basi pun korang minum.Haaa..hehe
Amboi sekarang bukan main demand.Itu tak sedap.Ini tak sedap.Jangan gelak eh korang.Aku dah jumpa ramai dah macam tu.Aku pun kadang-kadang macam tu jugak... (Peace!) hahahaha
Pengajaran kisah : Sentiasa bersyukur dan terima seadanya apa yang ada di depan mata.Hargai sebelum ianya tak ada..

Monday, June 27, 2011
Kepada ibubapa/pengasuh yang menjaga anak kecil..sila baca ni..
SUMBER : E-MAIL
McDonalds, Burger king, Time Zone etc..All places with ball pits in the children's play area.
Hi. My name is Lauren Archer, a friend of mine that resides in The Hill , Johannesburg ..
took his only son to McDonald's for his 3rd birthday.
After he finished lunch, his parents allowed him to play in the ball pit.
When he started whining later on, and his mother asked him what was wrong, he pointed to the back of his pull-up and simply said 'Mommy, it hurts.' they couldn't find anything wrong with him at that time. After bathing him when they got home, they found what looked like insect bites at the time.
Upon investigating, it seemed as if there was matter coming out of the wounds.
they were on there way to the hospital, but soon he started vomiting and shaking, then his eyes rolled back into his head.. From there, they went to the emergency room.
He died later that night.
He was found to have snake bites all over his legs & buttocks. When they cleaned the ball pit they found that there was a snake's nest in the ball pit.
He had suffered numerous bites from a very poisonous snake.

THIS WAS FOUND IN THE BALL PIT!!!!
p/s : Kepada yang jaga anak kecil tu,hati-hati ye.Apa-apa pun boleh berlaku sekelip mata je. ;)
Sunday, June 26, 2011
Belut dan khasiat
Hai semua.Aduh.Busy bagaikan menteri pulak aku sekarang.Minggu lepas terkejar-kejar ke Wad Bersalin.Alkisahnya kakak baru bersalin 20 Jun 2011.Jadinya,sebagai adik yang penyayang,terpaksa la tolong-menolong kakak yang tak berapa nak larat tu lepas bersalin.
Ok.Jom kita tengok entri baru ni.
Semalam pergi pasar dan ternampak gerai jual belut.Macam biasa,aku tak berapa berminat nak tengok secara dekat.Bukan apa,mind set aku tetap mengatakan belut ni macam ular.Walhal,belut ni aku tau dari spesies ikan,tapi nak buat macam mana,kalau dah itu yang aku fikir.
Sebut pasal belut,banyak khasiat belut salah satunya melicinkan kulit muka.Nak tau khasiat lain,sila search sendiri di Google.Bukan malas nak kongsi,tapi banyak sangat khasiatnya.
Ok.Jom kita tengok entri baru ni.
Belut oo belut |
Semalam pergi pasar dan ternampak gerai jual belut.Macam biasa,aku tak berapa berminat nak tengok secara dekat.Bukan apa,mind set aku tetap mengatakan belut ni macam ular.Walhal,belut ni aku tau dari spesies ikan,tapi nak buat macam mana,kalau dah itu yang aku fikir.
Sebut pasal belut,banyak khasiat belut salah satunya melicinkan kulit muka.Nak tau khasiat lain,sila search sendiri di Google.Bukan malas nak kongsi,tapi banyak sangat khasiatnya.
Saturday, June 25, 2011
Tafsir penyakit melalui mata
1. WARNA HITAM
Menandakan gejala tekanan darah rendah. Pening apabila bangkit terlalu cepat. Selalunya ketika sebaik sahaja bangun dari tidur atau bangun dari membongkok. Cepat rasa letih dan muka kelihatan pucat. Dan ianya ada kaitan dengan kelemahan penguncupan jantung. Oleh kerana terlalu banyak toksin dari oksigen, akhirnya toksin ini akan merosakkan seluruh organ-organ. Ada orang berpendapat, tekanan darah rendah ini tidak merbahaya. Sebenarnya ianya lebih merbahaya dari penyakit tekanan darah tinggi.
2. WARNA COKELAT
Ianya berkaitan dengan masalah kulit atau pun alahan. Terjadinya tompok-tompok merah. Kulit terasa gatal dan sakit. Termasuk juga semua jenis masalah kulit. Seperti muka berjerawat, kayap, kudis, ekzema, kurap, panau, kelemumur dan sebagainya. Bukannya mudah untuk mengatasi masalah kulit ini. Kerana ada banyak sebab yang perlu dikaji. Biasanya ia berkaitan dengan darah yang kotor. Berdasarkan pengalaman saya. Penyakit kulit ini berpunca dari kegagalan fungsi organ hati. Seperti mana yang kita ketahui hati bertindak sebagai agen penapis segala kekotoran dalam tubuh kita. Ia akan mengeluarkan segala kekotoran berupa najis, peluh, air kencing, bersin dan sebagainya melalui proses perkumuhan semulajadi. Tetapi apabila terlalu banyak toksin yang terkumpul dan menjadi beban pada tugas hati ini. Akhirnya ia gagal untuk berfungsi mengeluarkan kekotoran ini melalui sistem perkumuhan semulajadi. Maka dikeluarkan melalui sistem perkumuhan seperti bisul, kudis, kayap, kurap, jerawat dan sebagainya.
3. WARNA BIRU
Perjalanan darah tidak lancar. Akibat daripada pengumpulan toksin di saluran darah. Badan selalu rasa sejuk yang amat sangat. Terutama diwaktu pagi ketika mandi atau waktu hujan turun.
4. WARNA PUTIH.
Irisnya menunjukkan ada tanda yang disebut sebagai 'Sodium Ring' ( calsium ring atau salt ring). Ini menunjukkan proses penimbunan atau pengerasan sedang berlaku di dalam sirkulasi apabila campuran kalsium atau kolestrol mendap pada dinding salur darah utama dan kecil. Sekiranya mendapan ini bertambah, tentulah jantung mesti bekerja lebih keras demi memastikan sistem berfungsi. Kesannya pesakit tersebut mudah mendapat kekejangan, keletihan dan sakit-sakit pada bahagian tertentu tubuh bila mana dia bergerak. Alamat seperti ini menunjukkan sesuatu harus dilakukan ke atas sistem salur darah sebelum simptom yang lebih serius berlaku. Lebih-lebih lagi apa tangan dan kaki mula terasa kebas-kebas. Ini menandakan seseorang itu akan menghadapi masalah lumpuh atau mati sebelah badan jika lambat bertindak untuk membuang kolestrol. Inilah kelebihan iridolgis dapat menganalisis lebih awal lagi tahap kesihatan seseorang. Agar dapat bertindak sebelum terlambat.
5. WARNA UNGU.
Berkaitan dengan pembuluh darah atau urat menjadi bengkak. Akibat daripada pengumpulan racun yang tinggi menghalang perjalanan darah di pembuluh dan urat-urat saraf. Kita boleh lihat dengan jelas lagi apabila urat-urat berwarna biru atau hitam timbul disekitar kulit kita. terutama dikawasan betis kaki.
6. BENTUK BULAN SABIT
Antara jam 11.00 hingga jam 1.00. Menandakan mudah pelupa atau nyanyuk. Berkaitan dengan faktor usia yang sudah lanjut. Daya ingatan yang kurang bagus.
Jika terdapat di antara jam 11.00 hingga 1.00 dan jam 5.00 hingga 7.00. ini menandakan masalah Anemia iaitu kekurangan darah.
7. GARISAN KUNING
Ia berkaitan dengan masalah lebihan asid dalam darah. Badan selalu rasa panas. Kaki mulai rasa bisa-bisa. Perut selalu rasa kurang selesa terutama selepas sarapan pagi. Jika dibiarkan berlarutan akan menghadapi masalah gout.
8. GARISAN LEKUK.
Ia berkaitan dengan masalah stress. Akibat daripada beban ditempat kerja, rumahtangga, kesesakan lalulintas juga berkaitan. Terutama mereka yang tinggal di pusat-pusat bandar.
9. LEKUK ATAU LUBANG.
Dimana terdapat tanda-tanda berlekuk atau berlubang. Maka organ itulah yang bermasalah. Lagi besar lekuknya maka lagi kroniklah masalah yang dihadapi.
10. WARNA GELAP ATAU KELAM.
JIka anak mata kelihatan gelap atau pun nampak kelam sahaja. Ini menandakan ia tinggal dikawasan yang tinggi kadar pencemarannya. Atau pun terlalu lama mengamalkan ubat-ubat yang berunsurkan dadah.
11. COKELAT KEMERAH-MERAHAN.
Ianya berhampiran disekeliling anak mata. Menandakan daya serapan usus kecil kurang bagus. Akibatnya sistem pembuangan najisnya kurang bagus.
12. BENTUK SIKU KELUANG.
Ianya menandakan sarafnya bermasalah. Samada sarat tunjang atau saraf dari punggung hingga ke kaki. Diwaktu malam merasa sakit atau bisa yang amat sangat.
13. PERUT TERLEBIH AKTIF.
Kita boleh tanda usus semakin mengecil di sekeliling anak mata. Ini akibat terlalu banyak asid di kawasan perut. Ianya mengganggu sistem pencernaan.
14. KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN.
Jika terlalu banyak tanda lekuk atau lubang. Hingga sukar untuk mengenal pasti atau analisis. Mungkin disebabkan pernah mengalami kemalangan atau kecederaan yang teruk.
Sumber : Tafsir Penyakit Melalui Mata

Saturday, June 18, 2011
Misteri Bunga Bakawali
Semalam kat TV1 ada paparan pasal Bunga Bakawali.Meremang jugak dengar paparan pasal tu sebab tengok TV sorang-sorang,kena pulak ulasan TV tu kaitan bunga ni dengan makhluk halus.
Memang seumur hidup tak pernah tengok bunga ni berkembang kat rumah sendiri.Mengikut kata mak,last bunga tu berkembang adalah pada tahun 1978.Mak kata bunga ni sangat cantik,sama macam TV cakap! ;)
Pokok bunga bakawali ini di kenali juga dengan nama saintifik nya Epiphyllum anguliger. Nama lain bagi bunga ini juga ialah ric rac cactus, moon cactus dan queen of the night.Bunga ni berkembang waktu tengah malam sahaja selama beberapa jam dan kemudian akan layu serta merta.
Sumber ;
p/s : Jangan percaya sangat mitos tu.Semua hidupan tu Tuhan jadikan dengan kuasa-NYA.Subhanallah!

Menurut kepercayaan orang-orang cina,pokok Bakawali boleh mendatangkan tuah dan rezeki sekiranya berbunga dan selalunya ditanam berhampiran dengan tempat mereka berniaga dan diikat dengan reben merah pada tiap-taip dahan. Mereka juga percaya sekiranya pokok Bakawali itu mati atau layu bermakna mereka akan mendapat musibah atau suwey.
Orang-orang Melayu percaya ada orang Bunian akan berada berhampiran pokok bakawali semasa bunganya hendak kembang. Ada juga yang percaya bahawa terdapat seorang dewa dari kayangan yang menjaga bunga ini semasa ia kembang.Selain tu,ada juga yang percaya bahawa pokok Bakawali ini mempunyai hubungan yang rapat dengan orang yang menanamnya dan percaya sekiranya tuan punya pokok meninggal dunia, pokok bakawali yang ditanamnya turut akan mati.
Sumber ;
p/s : Jangan percaya sangat mitos tu.Semua hidupan tu Tuhan jadikan dengan kuasa-NYA.Subhanallah!
Thursday, June 16, 2011
Yang bertudung dipertikai,yang tak bertudung senang lenang
Perempuan dan tudung selalu dipertikai.Yang selalu jadi mangsa keadaan adalah yang bertudung.Tiap-tiap hari ada je topik pasal orang bertudung.Contohnya;
Balik-balik yang bertudung dipersoal.Apa nak kecoh? Benda tu boleh ubah jadi elok bila-bila masa je.Habis yang tak bertudung,kenapa tak dipersoal?Kenapa tak dihebohkan sedangkan itu satu tuntutan.
Dan tak kurang hebat bila keadaan ni berlaku,mesti ada pulak yang kata,
"Kalau dah macam tu,baik tak payah pakai tudung!" ---> Aku rasa ayat ni tak sesuai sebenarnya.
Sebab,bagi aku sekurang-kurangnya mereka pakai jugak daripada tak pakai langsung.Jadi kenapa perlu salahkan atau perlekehkan keadaan.Cuba bayangkan kalau keadaan tu berlaku pada orang yang baru nak bertudung,tak ke sakit hati bila dengar orang cakap macam tu.Terus tak jadi bertudung dengan sebab orang cakap-cakap.Patutnya kita lah yang bagi sokongan atau setidak-tidaknya mendoakan semoga orang tu bertudung dan sempurnakan cara pemakaian tu betul-betul menutup sepenuhnya walaupun kita tak la sempurna mana.
Ada satu kes pulak.Si A seorang yang tidak bertudung dan berniat mahu bertudung,tapi sebagai permulaan,dia nak pakai waktu-waktu tertentu je,kira on-off la kan.Tolong la JANGAN cakap kat Si A,
"Eh,kalau macam tu baik jangan pakai tudung je!"
Kalau ada yang cakap macam ni,tak mustahil Si A terus tak jadi nak teruskan niat dia.
Sekurang-kurangnya,tolonglah cakap macam ni,
"Tak apa,sekurang-kurangnya dapat pahala waktu pakai tu!"Haa,tak ke makin semangat Si A nak teruskan niat,kan???
Selalunya,yang banyak komen pasal tudung ni adalah mereka-mereka yang tidak bertudung.(Minta maaf la cakap).Kalau tak percaya,cuba dengar diorang cakap,mesti akan keluar ayat ni,
"Yang bertudung tak semestinya baik,yang tak bertudung tak semestinya jahat!
Mungkin ayat ni keluar sebab diri mereka dipandang lekeh hanya sebab tak bertudung.Banyak lagi alasan lain,contohnya ;
"Tunggu hidayah datang baru nak mula".Kihkihkih.Kita la yang patut cari Hidayah tu kan? ;)
Cuba buang mind set tu.Tak kira la orang tu bertudung atau tak,jangan la menilai orang tanpa kita tau apa niat dalam hati dia.Jangan senang-senang kata orang tu jahat,orang tu baik.Tapi sekurang-kurangnya,yang bertudung tu tetap dipandang elok walau keadaan adalah sebaliknya tanpa kita tau.Itulah hikmah agama suruh tutup aurat.Dah memang sah-sah tuntutan agama,terimalah kenyataan kalau anda dipandang lekeh hanya kerana tak bertudung atau hidup anda sentiasa difitnah kerana imej anda yang sebegitu rupa.Kalau ada orang nak buat baik,kita jangan halang,untung-untung,kita jugak dapat pahala. ;)
p/s : Entri ni tak memihak pada sesiapa.Maaf kalau ada menyinggung hati mana-mana pihak.Tapi jujur cakap,jangan asyik perlekehkan usaha orang dalam menunaikan kewajipan,tak kira la orang tu baru mula atau dah lama mula.
- Pakai tudung tapi seksi
- Pakai tudung tapi buat maksiat
- Pakai tudung tapi bersikap kurang ajar
- Pakai tudung sekadar ikut fesyen
- Pakai tudung kadang-kadang je,ikut time
Balik-balik yang bertudung dipersoal.Apa nak kecoh? Benda tu boleh ubah jadi elok bila-bila masa je.Habis yang tak bertudung,kenapa tak dipersoal?Kenapa tak dihebohkan sedangkan itu satu tuntutan.
Dan tak kurang hebat bila keadaan ni berlaku,mesti ada pulak yang kata,
"Kalau dah macam tu,baik tak payah pakai tudung!" ---> Aku rasa ayat ni tak sesuai sebenarnya.
Kenapa aku kata tak sesuai??
Sebab,bagi aku sekurang-kurangnya mereka pakai jugak daripada tak pakai langsung.Jadi kenapa perlu salahkan atau perlekehkan keadaan.Cuba bayangkan kalau keadaan tu berlaku pada orang yang baru nak bertudung,tak ke sakit hati bila dengar orang cakap macam tu.Terus tak jadi bertudung dengan sebab orang cakap-cakap.Patutnya kita lah yang bagi sokongan atau setidak-tidaknya mendoakan semoga orang tu bertudung dan sempurnakan cara pemakaian tu betul-betul menutup sepenuhnya walaupun kita tak la sempurna mana.
Ada satu kes pulak.Si A seorang yang tidak bertudung dan berniat mahu bertudung,tapi sebagai permulaan,dia nak pakai waktu-waktu tertentu je,kira on-off la kan.Tolong la JANGAN cakap kat Si A,
"Eh,kalau macam tu baik jangan pakai tudung je!"
Kalau ada yang cakap macam ni,tak mustahil Si A terus tak jadi nak teruskan niat dia.
Sekurang-kurangnya,tolonglah cakap macam ni,
"Tak apa,sekurang-kurangnya dapat pahala waktu pakai tu!"Haa,tak ke makin semangat Si A nak teruskan niat,kan???
Selalunya,yang banyak komen pasal tudung ni adalah mereka-mereka yang tidak bertudung.(Minta maaf la cakap).Kalau tak percaya,cuba dengar diorang cakap,mesti akan keluar ayat ni,
"Yang bertudung tak semestinya baik,yang tak bertudung tak semestinya jahat!
Mungkin ayat ni keluar sebab diri mereka dipandang lekeh hanya sebab tak bertudung.Banyak lagi alasan lain,contohnya ;
"Tunggu hidayah datang baru nak mula".Kihkihkih.Kita la yang patut cari Hidayah tu kan? ;)
Cuba buang mind set tu.Tak kira la orang tu bertudung atau tak,jangan la menilai orang tanpa kita tau apa niat dalam hati dia.Jangan senang-senang kata orang tu jahat,orang tu baik.Tapi sekurang-kurangnya,yang bertudung tu tetap dipandang elok walau keadaan adalah sebaliknya tanpa kita tau.Itulah hikmah agama suruh tutup aurat.Dah memang sah-sah tuntutan agama,terimalah kenyataan kalau anda dipandang lekeh hanya kerana tak bertudung atau hidup anda sentiasa difitnah kerana imej anda yang sebegitu rupa.Kalau ada orang nak buat baik,kita jangan halang,untung-untung,kita jugak dapat pahala. ;)
p/s : Entri ni tak memihak pada sesiapa.Maaf kalau ada menyinggung hati mana-mana pihak.Tapi jujur cakap,jangan asyik perlekehkan usaha orang dalam menunaikan kewajipan,tak kira la orang tu baru mula atau dah lama mula.
Tuesday, June 14, 2011
Bokbong tu apa?
Bokbong a.k.a Mongoose |
Haiwan ni namanya Bokbong (Orang Kelantan panggil).Tapi tak tahu la bahasa standard apa dia.Bokbong sebenarnya adalah sejenis haiwan yang dalam Bahasa Inggerisnya dipanggil Mongoose.
Ia sangat hebat, lincah dan licik. Kepantasannya membuatkan ia mampu menewaskan Ular Tedung yang berbisa itu.Haiwan ni je yang boleh lawan dengan Ular Tedung.Kira hebat sangat la,kan?
Macam musang dan macam tupai |
Nak tau lagi?? Boleh search kat google " Mongoose and Cobra",jangan lupa tengok gambar-gambar bokbong ni sekali.Pada kawan-kawan yang tahu,sila bagitau haiwan ni dipanggil apa kat tempat korang.
p/s : Sebenarnya dari kecik tak tau nak describe ni spesies musang atau sebaliknya.Yang pasti,dia bukan musang dan bukan tupai,tapi mirip kedua-duanya.Pada rakyat Kelantan,korang mesti kenal bokbong ni kan? ;)
Monday, June 13, 2011
Fakta Cirit-Birit
Benda paling leceh sekali di saat tengah bahagia adalah sakit perut dan cirit-birit.Tengah bahagia di sini merujuk kepada sedang menjalankan aktiviti harian secara rileks ok! Cuba bagi tau,siapa yang suka bila terkena cirit-birit? Orang yang suka tu,tak tahu la kan spesies jenis mana kan?
Hari ni nak kongsi sesuatu pasal cirit birit supaya korang tak perlu susah-susah nak cari fakta ni kat google lagi.Tolong jangan gelak dengan entri ni sebab korang akan cirit-birit bila-bila masa je dari sekarang.
Pada dehidrasi yang teruk, pesakit mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-
Sumber : Fakta Cirit Birit

Gejala - gejala
- Peningkatan kekerapan membuang air besar.Najis yang berair dan cair, kadang-kadang didahului oleh atau terdapat kekejangan abdomen.
- Terdapat angin atau kentut yang melampau serta kehilangan selera makan.
- Adakalanya demam dan adakalanya terasa mual dan muntah.
- Sakit otot.
Komplikasi
Komplikasi yang paling biasa adalah dehidrasi. Dehidrasi mungkin ringan atau teruk.Terdapat dehidrasi yang ringan apabila pesakit mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-
- Kehilangan 5-10% berat badan.
- Gelisah dan mudah tersinggung.
- Mata terbenam serta ketidakhadiran air mata.
- Mengalami kekeringan mulut dan lidah serta dahaga dan meminum dengan keinginan yang tinggi.
- Kulit kehilangan keanjalannya sedikit.
Pada dehidrasi yang teruk, pesakit mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-
- Kehilangan lebih dari 10% berat badan.
- Keletihan dan mungkin hilang sedar.
- Mata adalah terlalu terbenam serta ketidakhadiran airmata.
- Mulut dan lidah adalah terlalu kering.
- Meminum hanya sedikit atau tidak meminum langsung.
- Kekenyalan kulit mengurang dengan nyata, iaitu apabila kulit dipicit ke atas, ia mengambil beberapa saat sebelum kulit menjadi rata kembali.
- Kekurangan jumlah air kencing.
Punca-punca cirit-birit
- Meminum air/makanan yang tercemar.
- intoleran makanan, contohnya intoleran laktosa.
- Jangkitan virus, bakteria atau parasit pada usus, contohnya Rotavirus, Shigella dan ameba.
Punca-punca kronik
Apabila cirit –birit berlarutan melebihi 3-5 hari, ia mungkin disebabkan oleh punca-punca kronik seperti :- Penyakit gastrogenus atau perut – contohnya anemia, kanser.
- Selepas pembedahan – contohnya, gastrektomi.
- Penyakit-penyakit usus.
- Jangkitan usus yang kronik – jangkitan bakteria seperti Salmonella, Shigella – jangkitan-jangkitan virus – jangkitan-jangkitan protozoa
- Infestasi usus, contohnya oleh cacing kerawit
- Kecacatan penyerapan
- Selepas pembedahan
- Fistula dalaman
- Keadaan kekurangan zat, contohnya Pelagra
- Penyakit ulser yang biasa, contohnya ulseratif kolitis.
- Kolonopati berfungsi, misalannya penggunaan ubat julab yang melampau.
- Kanser
- Ubat-ubatan toksik yang mengandungi merkuri atau arsenik.
- Penyakit-penyakit pankreas- contohnya tumor, pankreatitis kronik.
- Penyakit pundi hempedu dan salur hempedu, misalannya fistula di antaa salur hempedu dan salur gastrousus.
- Reflex diarrhoea due to extracolonic disease e.g. pelvic inflammation, urinary tract condition, appendicitis etc.
- Constitutional diseases- e.g. hyperthyroidism, uraemia, collagen diseases.
- Organic neurological diseases –e.g. intracranial disease.
Apa yang dapat dilakukan oleh anda
Cirit-birit yang mudah biasanya adalah untuk jangkamasa yang pendek selama 3 hari dan boleh terhenti dengan sendirinya, sekiranya dehidrasi yang dialami adalah dirawat dengan segera.
- Minum banyak air.Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu.
- Ambil cecair rehidrasi oral (sila runding dengan pegawai farmasi anda)
- Ambil makanan yang lembut seperi bubur, biskut kraker atau roti bakar, atau epal atau pisang yang dimasak.
- Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah, yang lebih susah untuk dihadam.
- Jika cirit-birit tidak berhenti dalam 2-3 hari atau jika keadaan menjadi lebih tenat, runding dengan doktor anda.
- Ambil ubat untuk cirit-birit selepas beunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda.
Sumber : Fakta Cirit Birit
p/s : Pada yang baru/akan terkena cirit birit,bersabar la ye.Ramai lagi orang dalam dunia ni yang akan/sedang terkena cirit birit.Mungkin hari ni hari orang lain,hari kita belum tentu lagi.
Sunday, June 12, 2011
Bercinta semasa belajar?
Mana lagi bagus,mempunyai kekasih hati semasa belajar atau tidak mempunyai kekasih hati semasa belajar? Sila beri alasan-alasan yang munasabah.
Orang kata,kalau ada kekasih hati masa belajar,semangat belajar tu datang meluap-luap.Ada pulak yang kata buang masa sebab asyik dating dan bercinta 24jam macam belangkas.---> Kurang asam punya statement ni,24 jam tu sangat melampau,bila nak tidur?hahaha
Ada jugak yang kata bila ada bf/gf masa belajar,diorang boleh bagi semangat.Betul ke?Tipu! --> Kalau bf/gf ajak dating time tengah study,mesti pergi jugak kan?Pastu ajak study sama-sama kat library.Bukan study pun,bercinta je lebih! Pastu ajak bf/gf makan KFC/Pizza/McD/tengok wayang pastu shopping.Kalau tengah gaduh lain cerita,rasa lapar tapi sanggup kata dah kenyang.Ahh,penipu!
Apa-apa pun,lain orang lain pendapat.Tapi nak tanya jugak,kalau orang bercinta dengan lecturer,macam mana pulak?Agak-agak boleh belajar tak kalau bf sendiri yang mengajar dalam kelas?
p/s : Cerita ini adalah rekaan semata-mata.Tidak ada kena mengena dengan sesiapa.Harap maklum! haha ;)

Friday, June 10, 2011
Orang Kelantan ganas?
Aku tak pernah kisah kalau tak update blog,sebab aku tak paksa pun orang baca blog aku.Suka hati korang la nak baca ke tak.Tak timbul soal "I follow you,follow me back ya!"--> Hey,hey..paksa-paksa pe kes? hahaha
Emm,cuti sekolah dah nak habis.Kereta bukan main banyak.Biasalah,orang kota sudah mau pulang ke tempat kerja.Cikgu-cikgu pun dah mula korek laptop,siapkan apa-apa kerja yang tak siap,sama jugak dengan budak sekolah,masa ni la baru nak buat kerja sekolah! Budak-budak yang duk asrama,dah mula packing baju untuk bawak balik asrama---> Aku pun macam tu jugak dulu.
Ohh ye.Bukan tu je.Kereta banyak mungkin jugak sebab orang kampung mahu tengok bola esok,Piala FA.Penyu lawan Red Warrior...Tapi aku panggil Penyu lawan Kijang la senang.hahaha.Bila ada perlawanan bola,aku mesti tutup telinga sebab kawan-kawan aku kata orang Kelantan ganas-ganas.Aku tanya kenapa,diorang cakap penyokong Kelantan ni emo sikit.---> Beb,jaga sikit! Aku orang Kelantan!.hahaha
Mana la aku tau kenapa penyokong Kelantan jadi macam tu.Dah semangat diorang kuat,jangan salahkan orang Kelantan yang lain,ok? Dan jangan sebab korang gaduh dengan 'seorang' rakyat Kelantan,korang benci satu negeri Kelantan.Tak masuk akal kan?haha.
p/s : Kadang-kadang pelik,kenapa orang tak suka budak pantai timur?

Tuesday, June 7, 2011
Lekat Tulang ikan. ;(
Dengan sukacitanya nak beritahu,tekak aku dah kembali normal setelah LEKAT TULANG IKAN PATIN selama 2.5 hari !
Peritnya aku yang tahu.Nak mengadu pada siapa? Kalau mengadu,sah-sah lah mak aku suruh makan segumpal nasi dan telan.Kalau tak jadi jugak,mesti kena korek sendiri dengan tangan.Ohh tidak!! Tak mau!!
Bagi kes biasa macam aku,agaknya tulang biasa-biasa je kot.Tapi bila minum/makan tu memang rasa tak selesa.Bayangkan orang yang tercekik tulang yang dasyat.lagi kesian.Kan??
Okeh.Tadi aku sempat cari kat google penawar lekat tulang ni.Menarik jugak.
Petua : Ambil senduk gulai,letak air masak.Minum air masak dengan baca Bismillah dan Selawat.InsyaAllah cepat baik!
Sumber : Petua Lekat Tulang
p/s : Tapi tak sempat pun guna petua ni.Sebab tulang tiba-tiba hilang dari tekak.Alhamdulillah.hehehe
Eh,comelnya tulang ni. |

Sunday, June 5, 2011
Kafein..antara kebaikan dan keburukan
Kafein!
Bila aku cerita bahaya kafein kepada mak dan ayah aku,dia tak percaya.Katanya,kalau tak 'pekena' kafein,rasa gelisah.Laaa...pulak! ;(
So,lepas ni agak-agak aku kena print semua artikel pasal kafein dan tampal kertas artikel tu kat kabinet dapur untuk memudahkan mak aku menterjemah fakta tersebut.Itupun kalau dia nak baca! ;)
Ohh ye.Kat bawah ni ada artikel pasal kafein.'Check it out' kata budak-budak muda sekarang;
Kafein adalah gabungan alkaloid xantina yang berbentuk seperti Kristal serta berasa pahit. Ia juga dikenali sebagai trimethylxantine dengan rumus kimia C8H10N4O2 dan termasuk jenis alkaloida. Istilah “kafein” telah dijumpai oleh seorang Ahli Kimia dari Jerman, Friedrich Ferdinand Runge, pada tahun 1819.
Kafein boleh dijumpai secara semulajadi pada kopi, daun teh, buah kola, guarana dan pada minuman yang hampir setiap hari diambil. Apabila kafein diserap oleh tubuh badan, organ hati akan memprosesnya menjadi tiga produk primari iaitu paraxanthine, theobromine dan theophylline.
Kafein mengandungi pestisida semulajadi yang boleh melumpuhkan atau mematikan serangga tertentu yang merosakkan tumbuhan. Ia digunakan dalam bidang pertanian dengan cara pengekstrakan.
Dalam bidang perubatan, kafein digunakan sebagai ubat perangsang psikoaktif dan diuretik yang ringan. Ia juga baik bagi merangsang jantung serta meningkatkan pengeluaran urin. Pengambilan kafein yang sedikit dapat membantu dalam peningkatan stamina dan mengurangkan rasa lelah. Kafein juga mampu untuk menstimulasi otak. Beberapa negara yang maju, kafein telah digunakan untuk mengatasi masalah asma dan batu karang walaupun ia masih dalam kajian.
Artikel ni dicedok dari sumber ini ; KAFEIN . Oh lagi satu jangan lupa,kafein jugak boleh menyebabkan lingkaranubat nyamuk gelap bawah mata dan terjadinya gelaran seperti 'Mata Panda'.Harap maklum.
Bila aku cerita bahaya kafein kepada mak dan ayah aku,dia tak percaya.Katanya,kalau tak 'pekena' kafein,rasa gelisah.Laaa...pulak! ;(
So,lepas ni agak-agak aku kena print semua artikel pasal kafein dan tampal kertas artikel tu kat kabinet dapur untuk memudahkan mak aku menterjemah fakta tersebut.Itupun kalau dia nak baca! ;)
Ohh ye.Kat bawah ni ada artikel pasal kafein.'Check it out' kata budak-budak muda sekarang;
Eh,comel pulak gambar yang aku curi kat google ni. ;) |
Kafein adalah gabungan alkaloid xantina yang berbentuk seperti Kristal serta berasa pahit. Ia juga dikenali sebagai trimethylxantine dengan rumus kimia C8H10N4O2 dan termasuk jenis alkaloida. Istilah “kafein” telah dijumpai oleh seorang Ahli Kimia dari Jerman, Friedrich Ferdinand Runge, pada tahun 1819.
Kafein boleh dijumpai secara semulajadi pada kopi, daun teh, buah kola, guarana dan pada minuman yang hampir setiap hari diambil. Apabila kafein diserap oleh tubuh badan, organ hati akan memprosesnya menjadi tiga produk primari iaitu paraxanthine, theobromine dan theophylline.
Kafein mengandungi pestisida semulajadi yang boleh melumpuhkan atau mematikan serangga tertentu yang merosakkan tumbuhan. Ia digunakan dalam bidang pertanian dengan cara pengekstrakan.
Dalam bidang perubatan, kafein digunakan sebagai ubat perangsang psikoaktif dan diuretik yang ringan. Ia juga baik bagi merangsang jantung serta meningkatkan pengeluaran urin. Pengambilan kafein yang sedikit dapat membantu dalam peningkatan stamina dan mengurangkan rasa lelah. Kafein juga mampu untuk menstimulasi otak. Beberapa negara yang maju, kafein telah digunakan untuk mengatasi masalah asma dan batu karang walaupun ia masih dalam kajian.
Kebaikan vs.keburukan! |
Artikel ni dicedok dari sumber ini ; KAFEIN . Oh lagi satu jangan lupa,kafein jugak boleh menyebabkan lingkaran
Saturday, June 4, 2011
Kata-kata yang membuatkan aku mahu jadi rajin.
Antara ayat yang membuatkan aku sentiasa mahu menjadi seorang yang rajin dan bersemangat adalah ;
"Sekejap je ambik masa..tak lama pun,5 minit je,tak rugi pun!"
Bila aku dengar orang kata macam ni,terus aku fikir 2,3 kali.
Dalam hati,"Aah eh,betul jugak.Kalau nak banding dengan masa aku online yang berjam-jam tu,apa salahnya aku manfaatkan waktu 5 minit untuk buat benda lain pulak,lepas tu sambung la nak online ke ape ke...!"
Tapi kata-kata tu hanya berfungsi dalam keadaan aku tengah rileks,BUKAN semasa aku tengah tidur! Sebab bila aku tengah tidur,korang cakap la apa-apa pun,aku malas nak layan kecuali bila aku dengar orang mengumpat aku,baru aku pasang telinga! Hahahaha
p/s : Tu pun kalau mood tengah nak rajin,kalau tengah malas,aku tak layan pun ayat macam tu. ;)
Tak sampai hati nak publish gambar ni!
Aku sendiri tak sampai hati nak publish gambar ni.
Tapi demi pengajaran kepada manusia-manusia di luar sana termasuk aku sendiri yang sentiasa leka dengan duniawi,aku pun publish.
Innalillah.. |
Kepada yang tertanya-tanya dan masih tak tahu,ni la gambar bayi yang dibuang dari pangsapuri Sentul 2,3 hari yang lepas.
Nauzubillah.
Mengikut kata surat khabar,kemungkinan si pembuang yang celaka tu nak buang bayi ni ke dalam tong sampah sebab tong sampah memang dekat dengan tempat bayi ni dicampak.
Kesian kan?Entah-entah budak ni bila besar,jadi doktor ke,ahli farmasi ke,cikgu ke,tak ke menyesal si pembuangnya?
p/s : Semoga si pembuang bayi yang keji lagi celaka tu bertaubat la sekarang sebelum Tuhan hukum atas dunia lagi.
Thursday, June 2, 2011
Kisah cinta aku lagi?
Semenjak aku buat blog,ada la 2,3 orang tanya aku,
"Kenapa aku tak pernah cerita pasal cinta dalam blog??"
Ohh,bila aku baca persoalan tu,mata aku dua biji naik ke atas.Dalam hati aku,eh sibuk betul dia ni!! hahahaha ;)
Sebenarnya macam ni wahai tuan/puan yang bertanya;
Aku sebenarnya anggap cintan-cintun tu suatu yang terlalu personal untuk cerita dalam blog.Walaupun orang lain cukup berbangga dengan kisah cinta masing-masing.Sesungguhnya,kisah aku kalau cerita dalam blog ni,aku takut jadi website cerpen pulak.Terlalu syahdu dan menghiris hati.Cewah! haha
Orang lain pun ada kisah cinta.Tapi kisah cinta aku,kalau boleh aku tak nak pun orang tahu.Bukan terlalu nak berahsia sangat,tapi bukan style aku untuk cerita benda-benda tu kat orang.Bukan tu je,status FB pun aku tak pernah tulis pasal cinta-cinta ni.
Cinta aku tak la seagung mana pun tapi macam aku kata tadi,cukup personal kalau aku nak cerita.Kalau aku cerita pun,aku takut aku pusing cerita.So,baik jangan tanya sebelum korang tertipu dengan kisah cinta aku.Kepada seseorang yang aku pernah cerita kisah cinta,minta maaf sangat-sangat,apa yang aku cerita tu takkan sama dengan kisah sebenar.Niat aku cerita adalah untuk tidak menghampakan korang je.Maaf kawan!! ;(

Cinta tu buta dan membutakan! Serius! ahah |

Subscribe to:
Posts (Atom)