Tuesday, June 14, 2011

Bokbong tu apa?

Bokbong a.k.a Mongoose

Haiwan ni namanya Bokbong (Orang Kelantan panggil).Tapi tak tahu la bahasa standard apa dia.Bokbong sebenarnya adalah sejenis haiwan yang dalam Bahasa Inggerisnya dipanggil Mongoose.
Ia sangat hebat, lincah dan licik. Kepantasannya membuatkan ia mampu menewaskan Ular Tedung yang berbisa itu.Haiwan ni je yang boleh lawan dengan Ular Tedung.Kira hebat sangat la,kan?


Macam musang dan macam tupai

Nak tau lagi?? Boleh search kat google " Mongoose and Cobra",jangan lupa tengok gambar-gambar bokbong ni sekali.Pada kawan-kawan yang tahu,sila bagitau haiwan ni dipanggil apa kat tempat korang.


p/s : Sebenarnya dari kecik tak tau nak describe ni spesies musang atau sebaliknya.Yang pasti,dia bukan musang dan bukan tupai,tapi mirip kedua-duanya.Pada rakyat Kelantan,korang mesti kenal bokbong ni kan? ;)

9 comments:

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

masa kecik dulu nenek selalu usik jangan nakal2, nnt bokbong datang gigit... masa tu xtau pun cmne rupa bokbong, tp rasa takut...haha

Cik Ila said... Reply To This Comment

Azwan : Sy pn kena mcm tu jgk dlu...abg2 usik kalu nakal2,bokbong dtg amek nnti.haha

shindosai said... Reply To This Comment

ooohh..ni rupenyer bokbong..hehe

man yusoef said... Reply To This Comment

owh..tak ingt panggil nama ape utk binatang ni...tp yg pasti bukan bokbong la..huhu

::fadxieza:: said... Reply To This Comment

xpenah tgk pon binatang ni..
boleh bela kew?
huhu..

Cik Ila said... Reply To This Comment

shindosai : Ye...ni la rupenya.hehe

Man : ish.bokbong tu org Kelantan je pggl.hehehe

Fad : Ish...xleh bela benda ni..die gigit nnti.ahah

The Lion of Truth said... Reply To This Comment

nama melayu standard menatang nie adalah cerpelai. ;)

Cik Ila said... Reply To This Comment

@The Lion of Truth
Ooo..yeke..baru tau! hehe

Dan Makhtar said... Reply To This Comment

Eh! Bukan ke Bokbong tu "Baboon"? Baso Kelaté kan banyok sumber Inggeris.

Sakela = Circular
Pong = Form
etc..