Wednesday, June 29, 2011

Budak-budak pulak yang sibuk pasal Politik,apa pasal????

Rasa menyampah pulak bila budak-budak sekolah sibuk post dekat wall facebook benda-benda politik.Korang bawah umur lagi,tak sesuai nak tulis kat wall benda-benda politik.Salahkan sana,salahkan sini.Cuba korang duduk diam-diam,bukak buku dan baca.Kalau tak faham boleh tanya aku.hehehe


Tiap-tiap hari aku tengok budak-budak sekolah post pasal politik dekat Facebook..(Kantoi pulak friend dengan budak sekolah).Korang sibuk menyalahkan satu-satu pihak sedangkan korang tak sedar korang kat mana sekarang.Korang tak tahu pun cerita sebenar dan aku pasti sangat berapa kerat je budak-budak yang memang betul-betul kaji pasal politik sebelum bersuara.Dik,kena kaji dulu la dik sebelum main lepas cakap,lepas tulis..Baca suratkhabar banyak versi la dik!!!!Ini tak,main hentam je asal ada satu benda yang berlaku.


Pasal ASTRO pun,sibuk nak kaitkan dengan politik..Ada kaitan ke dik???Ni yang aku geram nih.Mencemar wall aku je.Delete kang tak sampai hati.Kepada adik-adik bawah 21 tahun (kategori BELUM LAYAK MENGUNDI),tolong la jaga diri korang dulu dik,sebelum putar-belitkan cerita.Kaji dulu sebelum tulis/cakap..Bila dah layak mengundi,cerita la nak cerita apa pun.Jangan tuding jari camtu je,buat malu je kalau info salah.Dah la pendapat tak masuk akal.-->Ish marah sungguh-sungguh ni! hahaha

2 comments:

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

sabo cik ila, budak2 mmg camtu... dah nama pun bdk2 kan..hehe :)

Cik Ila said... Reply To This Comment

Azwan : tu la psl,sabo jela.hehe ;)