Saturday, June 18, 2011

Misteri Bunga Bakawali

Semalam kat TV1 ada paparan pasal Bunga Bakawali.Meremang jugak dengar paparan pasal tu sebab tengok TV sorang-sorang,kena pulak ulasan TV tu kaitan bunga ni dengan makhluk halus.
Memang seumur hidup tak pernah tengok bunga ni berkembang kat rumah sendiri.Mengikut kata mak,last bunga tu berkembang adalah pada tahun 1978.Mak kata bunga ni sangat cantik,sama macam TV cakap! ;)




Pokok bunga bakawali ini di kenali juga dengan nama saintifik nya Epiphyllum anguliger. Nama lain bagi bunga ini juga ialah ric rac cactus, moon cactus dan queen of the night.Bunga ni berkembang waktu tengah malam sahaja selama beberapa jam dan kemudian akan layu serta merta.








Menurut kepercayaan orang-orang cina,pokok Bakawali boleh mendatangkan tuah dan rezeki sekiranya berbunga dan selalunya ditanam berhampiran dengan tempat mereka berniaga dan diikat dengan reben merah pada tiap-taip dahan. Mereka juga percaya sekiranya pokok Bakawali itu mati atau layu bermakna mereka akan mendapat musibah atau suwey.
Orang-orang Melayu percaya ada orang Bunian akan berada berhampiran pokok bakawali semasa bunganya hendak kembang. Ada juga yang percaya bahawa terdapat seorang dewa dari kayangan yang menjaga bunga ini semasa ia kembang.Selain tu,ada juga yang percaya bahawa pokok Bakawali ini mempunyai hubungan yang rapat dengan orang yang menanamnya dan percaya sekiranya tuan punya pokok meninggal dunia, pokok bakawali yang ditanamnya turut akan mati.


Sumber ;

p/s : Jangan percaya sangat mitos tu.Semua hidupan tu Tuhan jadikan dengan kuasa-NYA.Subhanallah!

12 comments:

Azmie said... Reply To This Comment

ooo.. itu ke bunga bakawali.. x penah tengok langsung.. 1st time tgk neh.. macehh...

Cik Ila said... Reply To This Comment

Azmie : ye.Itu la bunga nya...cik Ila pn tak pernah tgk jgk.. ;)

Jasman said... Reply To This Comment

o0o0o0o ye ke...ingatkan bakawali hanya untuk burung..bunge pon ada..

Cik Ila said... Reply To This Comment

jasman : mesti la ade..cuma jarang yang kenal.. ;)

MyMye MyMya said... Reply To This Comment

cntik bunga bakawali :D

HAFIZAL said... Reply To This Comment

cantik kan bunga nie

Syat0za Zai said... Reply To This Comment

a'ah kan.. aritu ade masuk tv :) bunga rajawali band ada tak? xD

Cik Ila said... Reply To This Comment

MyMye : yep..cantik sgt! ;)

Hafizal : cantik2.. ;)

Syatoza : band tarak.bunga ada! haha

FasiHaH SupiaN said... Reply To This Comment

ahhaaaaa.........
ni kalau percaya leh jatuh khurafat nie.huhu

syuwai said... Reply To This Comment

macam2x kepercayaan tp yang paling percaya bunga ni memang cantik! ^^

ishiko said... Reply To This Comment

chanteknya bunga nii.. tiba2 tingat lagu bakawali nyanyian ct nurhaliza^^

ehh.. mcm brspirit je..

Cik Ila said... Reply To This Comment

Fasihah :Betul2,khurafat semata2 ;)

Syuwai : Kejadian Tuhan sgt cantik! :)

ishiko : Lagu tu? bkn CT la...Elly Mazlien nyanyi.. ;)