Thursday, July 14, 2011

Mengelamun bila dengar lagu...

Rasa macam dah lama sangat tak tulis blog.Nak kata sibuk,emm...sibuk la jugak sebenarnya.Lagi satu,nak tulis entri baru pun tak ada idea.Ohh tidak!!

Hari ni topik pasal dengar lagu.Semua orang kebanyakkan suka dengar lagu.Tapi ada jugak yang aku jumpa,tak suka dengar lagu.Pelik aku..punya la banyak lagu,takkan tak layan lagu kot.Bagi aku kalau tak ada lagu,lagi la bosan hidup.

Sebut pasal lagu,aku ni memang suka mengelamun bila dengar lagu.Rasa macam feel semacam je...Jenis lagu?? Macam-macam lagu aku suka dengar.Mungkin sebab masa aku lahir,aku dibesarkan dalam suasana banyak sangat lagu kat tepi telinga.Dari kecik,abang-abang suka pasang lagu sampai rasa macam studio muzik je kat rumah dulu.

Bila aku besar sikit,aku pandai dah pasang sendiri lagu.Bukan setakat pasang lagu,tapi aku cuba rakam suara aku menyanyi sendiri.Syok sendiri tuu! haha.Kalau tak menyanyi pun,aku buat-buat macam DJ radio bercakap dalam konti.Ishh..apa lah aku ni kan.
Aku memang minat menyanyi.Tapi mungkin kerana aku rasa suara aku tak sedap,aku tak menyanyi.Sebab minat dengan muzik,masa sekolah aku masuk pancaragam dan orkestra.Ok la tu muzik jugak.ahahah.5 tahun belajar muzik,sangat rasa puas hati.Bila masuk Universiti...aku minat pulak menari pulak,muzik la jugak kan?

Kesimpulan.aku memang suka dengar muzik,lagu dan benda-benda yang ada kaitan dengan muzik.Mungkin ditakdirkan aku membesar sebagai anak seni.Cewah!

p/s : Tapi aku belajar dalam bidang teknikal sekarang ni..Dua-dua bahagian otak aku guna,kiri dan kanan.

7 comments:

msredcheesecake said... Reply To This Comment

cik ila,

salam kenal cik ila

suka muzik fast...leh goyang kepala...nyanyila sikit cik ila...hhee

Cik Ila said... Reply To This Comment

tq membalas kunjungan,msre...

nyanyi? suara tak sedap..
hehe

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

agak2 bila cik ila nk buat show ni? hehe

Kucing Serius. said... Reply To This Comment

Okay. Darah lagu detected! Ahaha :D

Cik Ila said... Reply To This Comment

Azwan : haipppp,ape show2..

Kucing serius : hehehehe

adeeb khairudin said... Reply To This Comment

oyeah same. sep sket! hihi

Cik Ila said... Reply To This Comment

adeeb : sepppp! haha