Saturday, July 23, 2011

Pengalaman itu berbeza

Yeyy,secara rasminya dah habiskan praktikal selama 2.5 bulan.Kejap je masa berlalu,sedar-sedar dah habis pun.Mula praktikal 2/5/2011 dan last pada 21/7/2011.Tapi rasa macam nak pergi lagi la,busan punya pasal duk rumah.Kalau pergi lagi,dapat online setiap masa,dapat belajar banyak benda!


Sebut pasal praktikal,setakat ni dah 2 tempat aku praktikal.Betul orang cakap,makin banyak tempat kita pergi makin banyak pengalaman yang kita dapat.Kedua-dua tempat tu bagi pengalaman yang berbeza dari segi pengalaman kerja,pergaulan,cara kerja,skop kerja,dan lain-lain.Lagi satu,berbeza jugak bila kerja free dan makan gaji.


Pengalaman setiap orang mungkin berbeza.Apa yang kita belajar,kita boleh cerita dan kongsi dengan orang lain,tapi kalau pengalaman..tak boleh nak kongsi sebab hanya orang yang alami pengalaman tu je tau macam mana kisahnya.Bila kerja,kita rasa lebih dewasa sebab orang di sekeliling kita adalah orang yang lebih berpengalaman dari kita,setuju??


Ini bukan candid,ini betul-betul posing

p/s : Makin nak habis belajar,makin confius..bidang mana yang aku lebih minat sebenarnya??huhu

2 comments:

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

SETUJU !

tp sy time stdy dulu skip praktikal...hehe

Cik Ila said... Reply To This Comment

skip praktikal??rugi2..ish3...