Monday, June 13, 2011

Fakta Cirit-Birit

Benda paling leceh sekali di saat tengah bahagia adalah sakit perut dan cirit-birit.Tengah bahagia di sini merujuk kepada sedang menjalankan aktiviti harian secara rileks ok! Cuba bagi tau,siapa yang suka bila terkena cirit-birit? Orang yang suka tu,tak tahu la kan spesies jenis mana kan?

Hari ni nak kongsi sesuatu pasal cirit birit supaya korang tak perlu susah-susah nak cari fakta ni kat google lagi.Tolong jangan gelak dengan entri ni sebab korang akan cirit-birit bila-bila masa je dari sekarang.

Gejala - gejala

  • Peningkatan kekerapan membuang air besar.Najis yang berair dan cair, kadang-kadang didahului oleh atau terdapat kekejangan abdomen.
  • Terdapat angin atau kentut yang melampau serta kehilangan selera makan.
  • Adakalanya demam dan adakalanya terasa mual dan muntah.
  • Sakit otot.

Komplikasi

Komplikasi yang paling biasa adalah dehidrasi. Dehidrasi mungkin ringan atau teruk.Terdapat dehidrasi yang ringan apabila pesakit  mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-
  • Kehilangan 5-10% berat badan.
  • Gelisah dan mudah tersinggung.
  • Mata terbenam serta ketidakhadiran air mata.
  • Mengalami kekeringan mulut dan lidah serta dahaga dan meminum dengan keinginan yang tinggi.
  • Kulit kehilangan keanjalannya sedikit.

Pada dehidrasi yang teruk, pesakit  mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-
  • Kehilangan lebih dari 10% berat badan.
  • Keletihan dan mungkin hilang sedar.
  • Mata adalah terlalu terbenam serta ketidakhadiran airmata.
  • Mulut dan lidah adalah terlalu kering.
  • Meminum hanya sedikit atau tidak meminum langsung.
  • Kekenyalan kulit mengurang dengan nyata, iaitu apabila kulit dipicit ke atas, ia mengambil beberapa saat sebelum kulit menjadi rata kembali.
  • Kekurangan jumlah air kencing.

Punca-punca cirit-birit

  • Meminum air/makanan yang tercemar.
  • intoleran makanan, contohnya intoleran laktosa.
  • Jangkitan virus, bakteria atau parasit pada usus, contohnya Rotavirus, Shigella dan ameba.

Punca-punca kronik

Apabila cirit –birit berlarutan melebihi 3-5 hari, ia mungkin disebabkan oleh punca-punca kronik seperti :
  • Penyakit  gastrogenus atau perut – contohnya anemia, kanser.
  • Selepas pembedahan – contohnya, gastrektomi.
  • Penyakit-penyakit usus.
  • Jangkitan usus yang kronik – jangkitan bakteria seperti Salmonella, Shigella – jangkitan-jangkitan virus – jangkitan-jangkitan protozoa
  • Infestasi usus, contohnya oleh cacing kerawit
  • Kecacatan penyerapan
  • Selepas pembedahan
  • Fistula dalaman
  • Keadaan kekurangan zat, contohnya Pelagra
  • Penyakit ulser yang biasa, contohnya ulseratif kolitis.
  • Kolonopati berfungsi, misalannya penggunaan ubat julab yang melampau.
  • Kanser
  • Ubat-ubatan toksik yang mengandungi merkuri atau arsenik.
  • Penyakit-penyakit pankreas- contohnya tumor, pankreatitis kronik.
  • Penyakit pundi hempedu dan salur hempedu, misalannya fistula di antaa salur hempedu dan salur gastrousus.
  • Reflex diarrhoea due to extracolonic disease e.g. pelvic inflammation, urinary tract condition, appendicitis etc.
  • Constitutional diseases- e.g. hyperthyroidism, uraemia, collagen diseases.
  • Organic neurological diseases –e.g. intracranial disease.
Apa yang dapat dilakukan oleh anda

Cirit-birit yang mudah biasanya adalah untuk jangkamasa yang pendek selama 3 hari dan boleh terhenti dengan sendirinya, sekiranya dehidrasi yang dialami adalah dirawat dengan segera.
  • Minum banyak air.Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu.
  • Ambil cecair rehidrasi oral (sila runding dengan pegawai farmasi anda)
  • Ambil makanan yang lembut seperi bubur, biskut kraker atau roti bakar, atau epal atau pisang yang dimasak.
  • Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah, yang lebih susah untuk dihadam.
  • Jika cirit-birit tidak berhenti dalam 2-3 hari atau jika keadaan menjadi lebih tenat, runding dengan doktor anda.
  • Ambil ubat untuk cirit-birit selepas beunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda.

Sumber : Fakta Cirit Birit
p/s : Pada yang baru/akan terkena cirit birit,bersabar la ye.Ramai lagi orang dalam dunia ni yang akan/sedang terkena cirit birit.Mungkin hari ni hari orang lain,hari kita belum tentu lagi. 

6 comments:

Unknown said... Reply To This Comment

aitu saye tak kena cirit, saye kena muntah sebab food poisoning, gerai makan kat kolej saye tidak mengamalkan penjagaan kebersihan yang mantop, kerabu yang kuidamkan sedap rupanya racun dalam nasik campur! haha

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

Shukri : kesian nye...sy pn pernah kena..gelisah 2,3 malam..haha ;)

shira sharif said... Reply To This Comment

thanx fo the info :) sebab sy sokmo kena cirt birit. pergh memang seksa :'(

Isteri Encek Bard said... Reply To This Comment

nice entry nie

emieysandra said... Reply To This Comment

yg dehidrasi tu xtahan, rase kring je badan ni~

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

shira : ala kesiannye.takpe..normal la tu..semua org akan merasa.. ;)

Isteri En.Bard : Tq ;)

emy : btul tu emy...kering semacam je rse..huhu

Lilypie Angel and Memorial tickers