Thursday, August 30, 2012

Entri malam merdeka

TV pun bosan.Tak ada cerita menarik.

Malam merdeka tayang cerita hantu.Yey! Memang aku tutup la TV.Agaknya TV pun tahu,semangat patriotik aku belum upgrade lagi.Sikit-sikit tu ada.Zaman sekolah dulu dah upgrade.Sebab cikgu semai.Tapi tolong ye,semangat patriotik aku bukan macam orang main mercun dan bunga api berkepul-kepul kat langit.

Baiklah,malam merdeka di usia 24 tahun banyak beza dengan malam merdeka di usia belasan tahun.Kenapa? Aku dah kata tadi,cikgu yang semai semangat patriotik. Betapa berkesannya didikan di sekolah waktu tu. Masa tu pengetahuan tentang Sejarah masih lagi fresh.Ala,setakat kisah Malayan Union tu,boleh cerita balik kot.Tanya sekarang tak usah la, bagi aku cari buku Sejarah dulu.

Seingat aku,sekali je aku sambut Merdeka di sekolah,masa form 1.Tahun-tahun berikutnya ada event di sekitar Johor. Tapi jangan salah sangka, aku bukan seperti Yuna mahu pun Najwa Latiff. Pergerakan aku secara beramai-ramai dengan kuantiti sebanyak 70-80 orang.Event di tengah padang,meraikan sambutan kemerdekaan peringkat negeri Johor. Persembahan kemuncak itu kami dah atur sebaiknya.Tunggu,lihat dan dengar saja.

Malam sebelum sambutan pada 31 Ogos, aktiviti yang biasa aku buat adalah tengok bunga api yang meriah di celah tingkap.Nak keluar tak boleh,cikgu dah pesan,kamu semua kena tidur awal,esok buat persembahan.Fine.Cicak atau lipas kat tingkap,aku tak peduli.Janji dapat tengok.Diorang pun nak teman aku kat tingkap.Sayangnya,dulu kamera guna film Kodak/Konica je.Salah tangkap,rugi film satu sebab gambar tak menjadi.

Suka tengok,tapi tak suka mendengarnya.Sakit jiwa!


Simpan ajelah kenangan dalam hati,walaupun hanya kenangan menyaksikan bunga api dari tingkap dan sambutan merdeka di tengah-tengah stadium.Umat manusia berpusu-pusu malam ni,countdown merdeka katanya.Tak mengapalah,aku tidur dulu.

p/s : Selamat Hari Kemerdekaan kepada semua.








Mimpi kain pulak!

Aku tak tau motif apa.

Semalam mimpi shopping kain pasang untuk buat baju kurung kat kedai kain.

Banyak woo

Gini la kalau jadi perempuan.Pilih kain pun boleh masuk alam mimpi.Siap demand pulak tu.Dalam mimpi tu mummy aku pilihkan aku kain.Pilih punya pilih terus dia assume aku suka tanpa tanya aku dulu. Lepas siap pilih terus nak tempah jahit kat kedai tu terus.Hangin la aku.Tak nak...tak nak,tak cantik aku kata. Mummy terus give up,suruh aku pilih sendiri.Dia nak keluar kedai dah katanya.

Sikit punya lama aku pilih,tak jugak jumpa.At last,aku sendiri tak tahu kain mana satu yang aku pilih semalam.Anyone can help? Siapa boleh kembalikan ingatan mimpi aku,aku bagi duit raya.hehehe ;p

p/s : Jadi perempuan,banyak nak kena fikir hal kemahiran hidup ni.Haha ;)

Menghitung hari..


Riak wajah manusia,kita boleh tau yang dia tak suka dengan keputusan yang kita buat.

Mereka kata itu tak mungkin berlaku.Mungkin salah satu kesilapan aku yang tampak jelas di bola mata dia dan mereka.

Pada mereka,itu tidak wajar berlaku atau setidak-tidaknya aku perlu fikir lagi ke arah yang lebih baik.Syukur,aku nampak jelas wajah orang-orang yang tak bersetuju dan membantah dalam hati tapi berdiam diri.Tak perlu tipu.Aku tau dalam hati kau orang semua.Tuhan beri peluang aku untuk aku tau.Itu kelebihan aku,mungkin. Yang menyokong pun 2x5. Mulut kata lain,hati kata lain. Benarlah, rambut sama hitam,hati lain-lain. Memang patut pepatah tu wujud.

Dia dan mereka terkejut,tapi tak boleh kata apa-apa.Keputusan hakiki di tangan si pembuat keputusan.Mungkin,kalau aku persoalkan,barangkali  keputusan  berubah sekelip mata adalah tahap maksima atau terus berkubur aje! Baik aku diam,sebelum keputusan aku bertukar dan aku pilih keputusan ke-2 yang lebih mengejutkan,jalan gelap yang tiada hujungnya.

Hari-hari yang berlalu semakin mengecewakan akibat riak wajah manusia sebegini.Tolong percaya,ini yang terbaik.Kalau la boleh aku yakinkan,dah lama aku buat.Tapi tak boleh. Banyak yang perlu difikirkan. Tolong jangan buat muka tak setuju lagi. Aku dah muak dengan permainan wajah kau orang semua. Cakap depan-depan,aku sakit hati sekejap je. Kalau muka sinis setiap masa, usah ditayang sana-sini,aku tak suka sampai tahap meluat.

p/s : Susah nak diceritakan. Tapi itulah sangkut-paut kisah. Benda paling jauh dengan kita adalah masa lalu.Terima kasih kepada orang-orang yang pernah wujud di samping aku pada masa lalu. Tanpa mereka, takkan ada keputusan untuk hari ini.

Sunday, August 26, 2012

Cincin RM7

Tengok orang lain punya blog,sikit punya cantik.Blog sendiri rasa macam kuno semacam jek.Tu pun ada hati nak update entri.Tiap-tiap hari buka dashboard blogspot.Nah! Rajinnya diorang ni update status.Aku pulak terpaksa mengemis tajuk-tajuk entri baru dalam ni.Kesian.

Tapi hari ni ada sesuatu yang aku mahu kongsi.Terutama untuk aweks-aweks di luar sana yang suka pakai aksesori cincin.Cincin handmade,cantik sangat dan berbaloi-baloi.Harga tak sampai pun RM10.Owner bisnes ni adalah ex-schoolmate aku juga.

Cantik dan sesuai dipakai untuk yang sukakan aksesori.

Cantik,simple dan murah.Kalau berminat,cepat-cepat la usha FB page Enhance & Enchant.

p/s : Sekian sahaja.Siapa yang beli,tolong belikan sama untuk aku.InsyaAllah,murah rezeki korang nanti.Eheh! ;p

Saturday, August 25, 2012

Lipas punya pasal

Selalu dengar cerita orang takut lipas.Aku cuma buat pekak.Dalam hati kata,eleh..lipas pun takut,rileks la! Riak punya pasal.Duk kat rumah tiap-tiap hari jumpa lipas dalam toilet.Benci sungguh bila lipas berkeliaran dalam toilet.Habis semua bau dia.Busuk.Yekk! ;(

Sebelum tidur gosok gigi dulu.Cuci muka pun sama.Dua rutin harian yang selalu aku amalkan.Tak kisah la lipas,kau nak main-main atas lantai pun mainlah.Janji malam ni aku dah buat dua rutin tu.Sedap je duk gosok gigi,entah dari mana lipas datang,naik ke kaki..laju je naik sampai ke tangan.Aku tepis punya tepis,dia jatuh dalam jamban.Padan muka dia,jatuh dalam jamban.Bye lipas,I don't want to see you again! Hee ;p

Ingatkan dah settle.Rupanya ada hati dia nak selamatkan diri.Aku flush 3-4 kali dengan harapan dia mati lemas.Kecewa,rupanya dia selamat lagi.Gila annoying lipas ni. Aku style bila dah flush,ada lagi yang terapung,aku jadi geli.Tambah pulak terapung tapi selamat naik semula ke permukaan.euww! Bertambah-tambah benci bila dia ada hati nak pergi kat kaki aku lagi.Eeee..tolong la lipas ni,dah masuk jamban,nak kejar kaki aku lagi.Adoi.Sudahnya,aku bunuh aje lipas tu dengan berus jamban.Belasah sekali terus mati.Masuk la semula kau ke jamban.

Selamat Hari Raya lipas.Maaf,memang aku sengaja.Jangan risau,tiap-tiap hari aku akan ke pusara kau.

p/s : Aku tak takut lipas,cuma geli dengan kaki bulu-bulu yang kesat tu.Menyakitkan.Menggelikan.




Friday, August 24, 2012

Ayam Masak Paprik

Dah macam masuk kelas masakan.Orang lain puasa,aku tak puasa.Masak la sorang-sorang pom pang pom pang kat dapur.Bukan pom pang pom pang mercun ye.Budak-budak punya mercun dah habis agaknya,senyap je.Kalau tidak,aku rasa nak maki je budak yang main mercun kuat-kuat tu.

Resepi rahsia kedua adalah Ayam Masak Paprik.Simple je,rasa nak buat sebab dah lama tak makan masakan paprik kedai makan kat universiti waktu jadi student dulu.

Limau purut buat modal.

Bahan-bahan;

Ayam (kuantiti ikut suka)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 labu bawang besar (ditumbuh)
1 sudu cili boh
Sos Tiram/ Kicap
Carrot (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris)
Daun limau purut

Cara-cara;

1. Rebus/Goreng ayam (ikut suka nak buat,gambar atas tu digoreng)
2. Tumis bahan yang ditumbuk bersama cili boh hingga naik bau.
3. Masukkan  sos tiram/kicap (ikut suka jugak,gambar atas guna sos tiram)
4. Masukkan ayam tadi dan kacau bersama carrot,bawang besar dan daun limau purut.Hidangkan.





Thursday, August 23, 2012

Ayam Masak Tomato

Disebabkan abah n mummy dah puasa 6 hari ni,terpaksa la masak sendiri untuk disuap ke mulut sendiri.Nampak sangat la selama ni tak masak,tunggu lauk siap je.haha.Resipi hari ini adalah Ayam Masak Tomato.Siap dimasak tengahari tadi.

Jemput makan semua!

Bahan-bahan;

Ayam (kuantiti ikut suka)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 labu bawang besar (ditumbuk)
1cm halia (ditumbuk)
3 biji lada kering (ditumbuk)
Sos tomato
Buah tomato (potong dadu)
1/2 labu bawang besar (dihiris)

Cara-cara;

1. Ayam digoreng terlebih dahulu.
2. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
3. Masukkan sos tomato bersama buah tomato yang dipotong dadu.
4. Masukkan ayam dan kacau rata bersama bawang besar yang dihiris.Hidangkan.


Kepada yang dah mula berpuasa-6,selamat berpuasa-6 diucapkan.Semoga mendapat pahala yang berlipat kali ganda. Amin.

p/s : Mummy pun tak tau apa benda yang aku campak dalam masakan ni.Rasa dia memang lain dari dia punya.Mummy teruja sebab dia kata akhirnya boleh la masak daripada tak tahu langsung.Ekeke.







Kebaya Suhaila

Kawan-kawan suka tanya,

"Nama penuh apa?". Aku jawap la Suhaila.Diorang tak puas hati.

"Aku tanya nama penuh!".Aku pun jawap lagi.Yelaa,nama penuh aku Suhaila.

"Takkan Suhaila je,tak ada Siti,Noor,Nur,Nurul?" Tak ada laaaa! Hanya Suhaila.

Oii..banyaknya soalan.Nak tunjuk kad pengenalan,tak comel pulak sebab kad dah buruk gila kuning pulak tu.Tambah pulak gambar masa form 3 tak tukar-tukar lagi sampai sekarang.Aku cakap kat mummy,nama aku tak commercial langsung.Drama dalam TV pun tak guna nama Suhaila.Mummy pun kata,nasib baik ada nama,kalau tak ada nama nak panggil Esah? ohh deng!

Tapi hari ni agak terkejut.Dari pagi cuci mata tengok website online shopping Zalora, terjumpa sejenis kebaya namanya kebaya Suhaila.Perasan la kejap konon-konon nama glamour pulak kan?

zalora.com.my!
Cantik bajunya,macam blouse short sleeves punya.Merah pulak tu.Tak de,sebenarnya nak highlight nama tu je.Hehe.Jemput shopping di Zalora semua! ;)

Wednesday, August 22, 2012

Hormat senior

Semua orang pernah melalui zaman jadi junior dan senior.Terutama di sekolah,kolej dan universiti.Tapi tak semua tau erti hormat antara senior dan junior.Tak semua tau macam mana beza bila bercakap dengan senior dan junior.Nak kata tak sekolah,tak pulak.Orang tua nasihat,sama macam iklan dalam TV.Yang tua dihormati,yang muda disayangi.Tapi orang zaman sekarang,yang tua diperli-perli dah lanjut usia.Yang muda pulak berlagak macam dia dah lama hidup atas muka bumi ni.Nasihat orang yang lebih tua dia ignore je.Biasalah,dah pandai.Agaknya laa..

Aku tiba-tiba rasa beruntung sebab diberi peluang untuk masuk sekolah berasrama di mana kat situ lah tempat aku belajar segala macam hal termasuk budaya untuk hormat orang.Sumpah! Zaman sekolah dulu,golongan ke-2 yang aku paling takut selepas cikgu adalah kakak senior. Macam takut habis! Kena pulak style muka bengis,suka marah-marah,suka menjeling budak junior,lagi la aku takut.Silap-silap kena sound,mampus! Senior suruh buat apa-apa, aku layan aje.Takut punya pasal.

Bila dah jadi senior,terbawa-bawa sifat macam senior dulu.Rasa nak buat muka bajet garang.Dalam hati baik sebenarnya.(Ya Allah,perasannya!).Secara automatik,junior pun ibarat macam kita junior dulu.Muka seposen sebab takut senior.

Kalau di sekolah kita ala-ala terpaksa hormat senior,bila keluar sekolah dan masuk kolej/universiti,secara automatik korang akan terbiasa hormat pada orang yang lebih tua. Benda ni memang terbukti bila aku masuk universiti.Aku terbawa-bawa perasaan takut dengan senior sampaikan takut nak berkawan dengan senior.Bukan nak riak,tapi kadang-kadang terfikir,budak yang tak boleh hormat orang ni,mesti time sekolah dia pun sama tak hormat sesiapa pun.

Ada orang yang tak minta dihormati,tapi tak bermakna kita boleh sesuka hati pijak kepala dia.Sekurang-kurangnya tunjuk rasa hormat pada diorang supaya orang rasa senang dengan kita. Sangat kecewa tengok budak-budak sekarang,tak ada langsung sifat hormat pada orang yang lebih dewasa dari dia.Kalau langgar tu main langgar jela,tak pusing dah minta maaf ke apa.Kalau bercakap tu memang tak berlapik la,main cakap je tak fikir apa.Haih.macam-macam la budak-budak sekarang.

p/s : Rasa excited melampau bila dulunya kita takut senior tu,takut senior ni.Tapi bila dah dewasa,senior yang kita kononnya takut tu baik dan lembut sangat.Rasa macam,alahai..kenapa dulu kau tak macam ni,kan bagus?Haha


Tuesday, August 21, 2012

Salam Aidilfitri!

Assalamualaikum.

Buat apa korang semua? Raya sakan eh? Blog sunyi sepi kat dashboard blogspot.
Itu menunjukkan semua orang beraya sakan dengan segala bagai jenis makanan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.Maaf Zahir Batin!

"Saya masih bujang" - kata pemilik Darling Angel.


Thursday, August 16, 2012

#HowIMetMyBestfriend

Juga tag dari twitter..

Cerita mengenai best friend,best friend forever (BFF),atau apa-apa yang sewaktu dengannya membuatkan aku terfikir.Siapa sebenarnya best friend dalam hidup kita ni?

Sejujurnya aku tak punya best friend pun.Percaya?

Tu bukan bermakna aku hidup sorang-sorang dan tak nak bercampur tapi berdasarkan pengalaman,best friend tu tak akan kekal lama.Baik macam mana pun tetap akan berpisah pada akhirnya dan aku sangat tak suka kepada perpisahan.Sungguh menyedihkan.Menangis dalam hati.

So,aku buat keputusan yang aku rela kalau tak ada best friend sebab tak sanggup untuk berpisah lagi dengan siapa-siapa yang aku pernah rapat.Lebih selesa apabila kita rapat dengan semua orang,tanpa melebihkan sesiapa.Kalau berpisah sekalipun,perasaan tu tak sekuat kita kecewa sebab terpaksa berpisah sampai kita seolah-olah tak boleh terima kenyataan kenapa perlu berpisah.

Yang kedua,ada best friend kita kena pandai jaga hati dia.Aku pulak jenis suka nak cakap lepas je tak kira rapat ke tak.Cakap lepas bukan bermakna aku tak reti jaga hati,tapi rasanya tu yang terbaik,jujur jela.Kalau tak cantik,cakap jela betul-betul tak cantik.Kenapa perlu jaga hati sampai terpaksa menipu?Oleh sebab tu,sebelum orang sakit hati,lebih baik jangan ada best friend.Kalau nak jugak,sila pekakkan telinga.

How I met my best friend (ikut tajuk di atas),selalunya best friend ni tak ikut tempat boleh jumpa.Jumpa kat toilet pun boleh jadi kawan baik.Seingat aku la kan,orang-orang yang aku pernah rapat,jumpanya kat kedai makan.Senyum-senyum,sembang-sembang,lama-lama boleh kamceng.Esok-esok jom lepak sama! haha

Masa kat Universiti,kekerapan jumpa kawan-kawan baru adalah situasi berada di dalam bas nak menuju ke tempat belajar dan tempat-tempat yang sewaktu dengannya termasuklah di tempat menunggu bas.Bila dah jumpa kat situ, gigih la balik terus cari Facebook,Skype,YM dan sebagainya dan berakhir juga di kedai makan.Alahai,nampak beno ler suka lepak kedai makan.haha.

Tapi tu la dia..kawan aje dengan semua orang.Jangan lebihkan sesiapa dan yang paling penting,jangan kawan semata-mata ada sebab.Tu namanya tak ikhlas.


#20ThingsIDontLike

Assalamualaikum.

Tag diambil dari twitter.

#20ThingsIDontLike

1. Jumpa dengan orang yang tak tahu tepati masa.
2. Menunggu seseorang bersiap atau sebarang jenis tunggu yang lama sangat.
3. Orang yang tak pandai hormat orang lain
4. Orang salahkan kita
5. Bersepah-sepah/kotor
6. Makan tak habis
7. Jumpa orang cerewet.
8. Membazir
9. Shopping berjam-jam
10.Bunyi bising
11.Tak boleh tidur
12.Mimpi ngeri
13.Barang hilang
14.Orang usik barang-barang kita
15.Tak minta kebenaran
16.Orang berlagak
17.Jiwa tak tenang
18.Rasa bersalah
19.Berdebar-debar
20.Orang menyusahkan kita

Wednesday, August 15, 2012

Wordless Wednesday #10


Gambar ihsan dari sebuah drama.Lupa tajuknya.Harap maaf kepada sesiapa yang menghubungi saya dalam 2-3 hari ni.Bila sedar je dah ada miscall,time telefon ada di sisi,tak bunyi pulak.Time kita ada urusan baru nak bunyi.Harap maaf.Sila call lagi.hehe. Mood : Malas nak call balik. ;p

Mu bilo nok nikoh?

Rasa-rasa aku,muda lagi ni (bila tengok diri sendiri kat cermin). Muhasabah diri tak jugak.Makin perasan ada la.Subhanallah.Geleng kepala.

Tapi semua orang tanya,

"Mu bilo nok nikoh?"

Ewah.Soalan.Dah rupa macam soalan yang selalu ditanya kepada blogger AZWAN AZIZ. Tapi ok la,tak ada la sebanyak soalan yang dituju kepada blogger AZWAN AZIZ.

Macam tu la manusia.Selagi belum berkahwin,duk mengadap soalan tu jela.Bila dah kawin orang tanya,bila nak ada anak.Bila dah ada anak,anak membesar orang tanya belajar kat mana.Bila anak dah kerja,orang tanya kerja kat mana.Bila anak dah nak kahwin,tanya kahwin dengan siapa.

Jawap jela kahwin dengan hang lerr..boleh? Haha

Apa-apa pun,adik/kakak,makcik/pakcik.Terima kasih kerana prihatin.Sila la berdoa kepada Yang Maha Esa,moga-moga soalan tuan/puan,makcik/pakcik tu terjawap dengan sendirinya tanpa perlu saya jawap.Akhir kata,sambutlah salam sayang dari saya. Semoga anda semua sentiasa terdetik di hati dan fikiran bahawa jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan.InsyaAllah.

Kepada rakan blogger AZWAN AZIZ, tabahlah menghadapi soalan yang bertubi-tubi. Haha


Tuesday, August 14, 2012

Baju tak cukup.

Sekarang cuaca tak menentu.Panas bukan kepalang..tapi berpalang-palang!

Kawan aku teruk,dia kata baik membogel aje dalam bilik.Teruk betul.Tak ada la sampai macam tu sekali.Aku cakap kat dia,ni baru panas dunia la kawan.Panas akhirat entah macam mana.Ok tak jadi membogel, katanya.

Siang tadi,di sebalik kepanasan dalam bilik,aku buka beg-beg baju lama.Baju yang dibawa balik dari Perlis lepas tamat belajar.Kebetulan juga baju sejak pulang dari Surabaya belum sepenuhnya dikeluarkan lagi dari beg.Teruk jugak budak ni.

Dilahirkan sebagai seorang perempuan.Oleh sebab itulah naluri membeli-belah itu dirasakan wajib setiap bulan.Banyak kali beli baju pun masih rasa tak cukup baju.Macam tu jugak dengan tudung.Rasa macam kenapa tudung aku kena beli lagi?

Budak lelaki senang je.Beli jersi pakai tiap-tiap minggu pun no hal.Kalau budak lelaki Kelantan,tiap-tiap minggu pakai jersi Red Warrior Yusmira putih-merah tiap-tiap minggu pun cukup. Kata diorang selesa pakai.Minggu depan pakai lagi.Ah,koya mung!

Perempuan? Kurung,t-shirt,blouse,dress,sweater,cardigan..tapi masih rasa baju tak cukup. Itu belum kira cikgu-cikgu sekolah lagi.Lepas pakai baju tu,lagi 3 minggu, belum tentu lagi jumpa balik baju yang sama tu. Bulan depan jumpa balik dia pakai baju tu.

Berbalik kepada topik membuka beg,baru aku sedar yang baju aku selama ni agak banyak. Banyak apa? Sebenarnya banyak baju yang dah TAK MUAT. Sebab tu la selalu rasa baju tak cukup.


Saturday, August 11, 2012

Menyekolahkan orang lain.

Hakikat,aku tak suka orang menyekolahkan aku.

Tau la aku sekolah sampai tingkatan lima je.Dia sekolah sampai tingkatan enam.Tinggi dia setingkat. 

Cikgu pernah kata, kalau kita tak boleh ditegur,kita ni besar kepala,cepat melenting,ego dan degil. Tapi tak pernah ada cikgu yang tuju ayat macam tu untuk aku.Jaga hati mungkin.Yang cikgu pernah cakap,aku 'tebulah's'(versi Red Warrior),atau dalam bahasa standardnya cuai/careless and what so ever..haa,amek kau! haha ;p

Cikgu kata kalau aku mengira memang tebulah's..Benda senang pun boleh salah.Nak je aku cakap,cikgu,saya memang tebulah's.Tu baru kira-kira,belum tengok lagi saya bawak cawan yang ada air dalam tu,berciciran tumpah sana sini..cikgu nak tolong lap? Kurang ajar statement tu kalau aku cakap betul-betul.

Baiklah.sekolah pun tamat.Masuk universiti pun sama.Tak ada yang berani cakap aku degil dan ego.Masuk 4th year,jumpa dengan seorang lecturer ni.Cakap dengan dia memang sentiasa rasa nak berapi.Tapi aku respect dia sebab berani cakap benda betul dan dia tak akan puji kalau benda dia rasa tak sepatutnya dipuji.

Katanya,

Awak ni ego dan degil awak tau tak.Kalau boleh,kurangkan ego tu,saya malas nak gaduh dengan awak.

Betapa berapi nya mula-mula aku dengar.Tapi lama-lama,rasa macam terharu pulak.Antara ramai-ramai orang,dia yang berani tegur.Harap-harap lepas ni akan jumpa lagi orang yang berani tegur secara terbuka.Sakitnya kejap je,tapi bila fikir balik,lebih baik macam tu daripada tiap-tiap hari dengar pujian yang kita sendiri tak tau orang tu ikhlas ke tidak. ;)

p/s : Sedang berkata dalam hati, orang tegur sebab orang sayang kita. Heee! ;p

Thursday, August 9, 2012

Panas Baran

Mungkin dilahirkan sebagai seorang yang boleh tahan panas baran jugak.Cuma tak la se'baran' kucing yang tengah gaduh kat luar rumah.

Bila rasa baran tu datang,terdetik dalam hati."Ohh baran,kenapa kau muncul,bikin aku susah la macam ni!"

Baran tu pandai.Dia datang masa orang lain tak baran.Heran jugak.Kenapa kau muncul wahai baran.Kau memang menguji iman.Tapi bagus jugak baran datang,sekurang-kurangnya terfikir untuk beristighfar pada Yang Maha Esa.Kembali kepada Pencipta yang Agung!

Baran,dilabel sebagai aspek kelemahan dalam diri kita.Dia datang dan pergi sesuka hati tanpa  kira waktu dan tempat kejadian.Tak nak pun dia datang,tapi dia datang jugak.Tanda-tandanya bila rasa bengang tahap gaban,kaki&tangan jadi sejuk,duduk tak boleh buat kerja,fikiran melayang entah ke mana..baran pun datang berlumba-lumba 1500meter dari arah entah dari mana.Selagi tak selesai,selagi tu la duduk dalam kesejukan,hati yang tak tenang,jiwa meronta.

Tolong ye ibu-ibu dan bapak-bapak,orang yang tengah baran jangan la diusik ataupun dinasihatkan seperti anak kecil.Makin baran ada la.

Baran sifatnya tak bagus.Dalam Islam pun menyuruh kita bersabar.So,kalau dia datang,pandai-pandai la jaga baran masing-masing ye.

p/s: Motif menulis,sedang agak baran sebenarnya.Tapi paksa diri untuk cool,bulan-bulan puasa ni kan,kena sabar.


Sunday, August 5, 2012

Pulang sudah ke Malaysia

Rasa macam lama sangat la pulak di Surabaya.Akhirnya semalam tiba dengan selamatnya ke Malaysia tanahair tercinta.Perjalanan Surabaya-Jakarta-KL.Pening lalat dalam flight,nasib baik tak muntah.Agaknya memang macam tu la setiap kali naik flight.Muka poyo je.Orang excited tengok tingkap,yang kita lebih baik tak tengok.Bila berpusing tu seram semacam jek!

High Point Apartment.Thanks kerana menaja!
Sesi perpisahan
Ruang bandara! Juanda International Airport Surabaya
Loading beg.
Serik dengan beg selalu terkopak,lepas ni memang kena bungkus la tiap kali nak naik flight.
Itu satu.Yang kedua,bila naik flight lepas ni memang akan selalu bungkus bagasi.Bukan apa,dah serik dengan zip rosak,patah dan ada pulak barang entah siapa punya tiba-tiba ada dalam beg kita.Kalau dia letak jongkong emas tak apa jugak.Setakat ni,perngurusan MAS memang terbaik berbanding yang lain-lain.Garuda tempat kedua.Yang lain-lain tak tahu sebab tak pernah rasa lagi.haha.Bila fikir balik,entah bila la nak dapat peluang macam ni lagi.Tahun depan belum tentu dapat berjalan-jalan macam ni.Kalau ikutkan turn,tahun depan program ni dianjurkan oleh Korea.Haih,biarkan takdir yang menentukan.InsyaAllah.

Lilypie Angel and Memorial tickers