Tuesday, March 15, 2011

Cuti sekolah dan kenduri!

Cuti sekolah datang lagi.Musim kenduri sudah sampai.Entri ni pun nak terjah majlis kenduri laaa.Tarikh bersamaan 13 Mac 2011,saya dan kawan-kawan pergi kenduri salah seorang kawan kami yang sama-sama belajar suatu ketika dahulu ( ada la 2 tahun lepas).Majlis dibuat adalah Majlis Menyambut Menantu yang diadakan di Kangar,Perlis.<-----Dekat je tu.



Kami sampai lebih kurang jam 2 lebih.Sangat ramai orang.Tapi terkejut jugak sebab tengok ramai sangat orang,kenduri ni pun mengambil kawasan yang banyak.Macam biasa,makan adalah diutamakan sebab kami sangat-sangat lapar,biasa la orang jauh (padahal datang dari Kuala Perlis je pun).Makan pun ada banyak,selain nasi berlauk paukkan masakan kenduri,ada jugak bubur kacang dan ABC.Wah,pertama kali datang tempat kenduri ada ABC.Terbaik di sini.haha



Lepas makan,masa untuk berjumpa pengantin dan keluarga.Pengantin cantik dan comel sangat.Meh kita tengok sini;


Selamat Pengantin baru kepada Iltizam& Wani

Sambut menantu ;)


Paling meriah bila DYMM Raja Perlis dan DYMM Raja Muda Perlis pun turut sama datang ke majlis mereka ni.Wah,seronok!


Daulat Tuanku! :)

Comel kan pengantin perempuan


Berseri-seri pengantin



Selesai sudah majlis mereka.Lepas ni? Kalau ada majlis lagi,InsyaAllah saya akan berusaha untuk datang.Orang kata ambil berkat dulu.Tak tahu la kenapa suka sangat pergi majlis kenduri.Mungkin sebab dapat jumpa kenalan-kenalan,dapat makan-makan, dapat tengok suasana majlis sebab tempat kita mungkin tak sama dengan tempat orang lain kan? Kita boleh tengok dari segi persiapan, makanan pun berbeza.Lain negeri,lain dia punya majlis walaupun kita nampak macam sama.



Bagi saya,selagi orang jemput,kita cuba la usaha untuk datang.Bayangkan betapa gembiranya kawan kita bila kita ada kat majlis dia.Kadang-kadang kita tak pernah sangka pun orang tu akan datang majlis kita.Ingat tu!
Selamat Pengantin Baru untuk Iltizam & Wani.Semoga berbahagia ke akhir hayat.Amin

2 comments:

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

anda bila lagi..? hee

Cik Ila said... Reply To This Comment

Azwan : InsyaAllah,bila tiba masanya tak lama lagi. :)