Saturday, March 26, 2011

SPM 2010,soalan susah ke senang?

Result SPM 2010 kategori SBP - Klik utk tumbesaran


Saya pasti adik-adik yang cemerlang dalam SPM baru-baru ni sangat selesa bila dah dapat tahu keputusan masing-masing kan?Alhamdulillah,berkat doa semua,ramai yang dapat keputusan cemerlang semua A dalam setiap mata pelajaran.Tahniah semua!


Biasanya bila kita tunggu keputusan SPM dari akhbar mahupun berita,keputusan adalah meningkat berbanding tahun-tahun lepas.Persoalan di sini,

Mengapa prestasi pelajar meningkat? Adakah kerana; Soalan mudah,pelajar sekarang lebih cemerlang atau graf bagi gred subjek tidak seperti dahulu lagi di mana gred A- adalah umpama gred B waktu dahulu??

Ok.Jom kita ambil positif,pelajar sekarang lebih cemerlang dan pandai berbanding zaman dahulu.Setuju??Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada kecermelangan pelajar sekarang.Antaranya;


  1. Sikap ibubapa yang mementingkan pelajaran disebabkan persaingan yang semakin sengit dalam pendidikan mahupun pekerjaan pada masa sekarang dan akan datang.Ibubapa pun banyak yang kerja bagus-bagus,CEO,Doktor,Jurutera,Pensyarah,Arkitek dan lain-lain
  2. Ibubapa sendiri merupakan ikon kecemerlangan anak-anak di mana prestasi pendidikan ibubapa mereka suatu masa dahulu juga cemerlang ---> Anak-anak mewarisi kebolehan yang ada pada ibubapa mereka.
  3. Sikap keterbukaan ibubapa yang dilihat tidak sama seperti dahulu.Anak-anak bebas bersuara dan meminta apa sahaja yang dimahukan.
  4. Guru-guru yang semakin efektif dalam pengajaran dan pembelajaran.Kalau bukan cikgu yang ajar,siapa lagi? Sedangkan tuisyen pun ada CIKGU! Ini menunjukkan kejayaan tu mungkin hasil usaha guru yang mendidik itu juga.Guru cemerlang,pendidikan berkesan!!
  5. Memang betul budak-budak sekarang pandai-pandai.Untung sebab mereka dilahirkan dalam teknologi yang serba lengkap,kemudahan pun banyak.Nak ke tuisyen? Nak pergi sekolah? Kereta ada,motor ada.Lagipun,setiap rumah majoriti ada 2 buah kereta.


Apa-apa faktor sekalipun,USAHA,DOA,TAWAKAL tetap menjadi panduan.Dari situ adanya keberkatan.


Tahniah kepada adik-adik junior Cik Ila yang cemerlang!

0 comments:

Lilypie Angel and Memorial tickers